Sufyan Atsauri berkata: “Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:
1. Seorang
yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan
kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang
yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang
yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang
yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang
yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar
apa-apa daripadanya.
7. Dua
orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama
kawannya itu.
8. Seorang
diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda
yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang
yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari
makanannya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan