Segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam, yang telah berfirman dalam
kitab-kitabNya yang mulia :
….قدجاءكم من الله نوروكتب مبين
“Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya daripada
ALLAH dan kitab yang menerangkan.”
Semoga selawat dan salam terlimpah kepada penghulu para nabi dan rasul, NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang telah bersabda:
خيركم من تعلم القران وعلمه
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran
dan yang mengajarkannya.”
Penulis awali dengan seruan, “Wahai
orang-orang yang ingin terbebas dari segala mara bahaya dan yang ingin
beribadah dengan benar, semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA melimpahkan taufikNya kepada kita. Untuk itu kita harus membekali diri
kita dengan ilmu, sebab beribadah tanpa bekal ilmu adalah sia-sia, kerana ilmu
adalah pangkal dari segala perbuatan.”
Perlu diketahui bahawa ilmu dan ibadah adalah dua mata rantai yang saling berkait, Kerana pada dasarnya segala yang kita lihat, kita dengar dan kita pelajari adalah untuk ilmu dan ibadah. Dan untuk ilmu dan ibadah itulah Al Quran diturunkan. Juga rasul-rasul dan nabi-nabi diutus oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA hanya untuk ilmu dan beribadah, Bahkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menciptakan langit, bumi dan segenap isinya hanya untuk ilmu dan ibadah.
Renungkan Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di bawah Ini
الله الذى خلق سبع سموت ومن الارض مثلهن يتنزل الامر
بينهن لتعلمو
اان الله على كل شىء،وان الله قداحا ط بكل شىءعلما
“ALLAH-lah yang menciptakan tujuh langit dan
seperti itu pula bumi. Perintah ALLAH berlaku padanya agar kamu mengetahui
bahawasanya ALLAH maha kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya ALLAH, ilmuNya
benar-benar meliputi segala sesuatu.”
(Surah 65 ATH THALAAQ :12)
Dengan merenungkan keberadaan langit dan bumi, diharapkan kita akan memperoleh ilmu darinya. Dengan menyimak ayat di atas kiranya sudah cukup menjadi bukti bahawa ilmu itu mulia. Lebih-lebih ilmu Tauhid, Sebab dengannya kita dapat mengenal ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan sifat-sifatNya.
Juga renungkan firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di bawah ini :
وما خلقت الجن والانش الاليعبدون
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka menyembahKu.”
(Surah 51 ADZ DZAARIYAAT : 56)
Semakin jelas kini bahawasanya manusia harus memiliki ilmu dan
beribadah, dan ilmu adalah lebih utama sebab, ilmu merupakan inti dan petunjuk
dalam menjalankan ibadah, bagaimana pula kita menjalankan ibadah jika tidak tau
caranya apalagi tidak tau tujuan dan hakikat yang sebenarnya.
Perhatikan sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM berikut :
العلم اما م العمل والعمل تا بعه
“Ilmu adalah imamnya amal, dan amal adalah
makmumnya.”
(Tulisan di atas adalah Kutipan Karya Imam Al Ghazali dalam Kitab
Minhajul Abidin)
Alasan bahawa ilmu adalah inti atau pokok yang harus didahulukan daripada ibadah, ada dua.
Pertama, agar berhasil dan benar dalam beribadah. Harus diketahui
terlebih dahulu siapa yang harus disembah, baru kemudian kita menyembahnya. Apa
jadinya jika kita menyembah, sedangkan yang kita sembah itu belum kita ketahui
asma’ dan sifat-sifat zat-Nya, serta sifat wajib dan mustahil bagiNya? Sebab
kadang-kadang seseorang menge’tikatkan sesuatu yang tidak layak bagiNya, maka
ibadah yang demikian itu adalah sia-sia.
Yang kedua agar tidak mudah tertipu oleh syaitan. Saudara-saudara kaum
muslimin yang berbahagia. Sehubungan dengan pentingnya ilmu bagi ibadah kita,
maka ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA telah menurunkan Al Quran sebagai bimbingan.
الحمدلله الذى انزل عل عبده الكتب ولم يجعل له عوجا ,
قيما
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menurunkan
kepada hambaNya Al Kitab(Al Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di
dalamnya, sebagai bimbingan yang lurus.”
(Surah 18 AL KAHFI :1-2)
Oleh sebab itu hendaklah kita sentiasa membaca Al Quran dan
menjadikannya sebagai dasar atau pedoman dalam hidup tentunya dengan berusaha
memahami isi bacaan tersebut.
ولقد يسنرنا القرءان للذكر فهل من مدكر
“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran
untuk pelajaran, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran”.
(Surah 54 AL QAMAR :17)
Sudah jelas bagi kita tentang fungsi Al-Quran, dan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA sudah memudahkannya bagi kita iaitu dengan menurunkan Al-Quran dalam
bahasa yang jelas (bahasa arab) iaitu bahasa yang paling fasih agar kita mudah
memahaminya. Akan tetapi ada saja alasan bagi orang-orang yang kurang
mengerti atau lemah keimanannya untuk menentang hal ini dengan dalih tidak
boleh berbahasa Arab. Padahal ALLAH SUBHANAHU WA TAALA lebih tahu tentang
kelemahan kita oleh sebab itu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberikan hidayah kepada orang-orang
pilihannya untuk menterjemahkan Al Quran ke dalam bahasa kita yang dimaksud
adalah ulama-ulama tafsir. Buktinya sekarang ada penafsir agama. Akan tetapi
kenapa kebanyakan kita tetap membangkang dengan dalih yang lain iaitu bahawa
kita tidak boleh sembarangan menafsirkan Al Quran kerana boleh berbahaya,
Alasan-alasan semacam itu sangat tidak akurat. Yang sebenarnya kita diwajibkan
membacanya, dan tahu apa yang kita baca (boleh melalui terjemahannya), ambil
yang dapat kita fahami seperti ayat-ayat mukhammat (ayat-ayat yang jelas) yang
isinya adalah pokok-pokok ajaran islam. Dan yang tidak boleh kita fahami
bertanya kepada ahlinya atau serahkan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Terutama ayat-ayat
mutasyabihat. Dan ayat-ayat mutasyabihat ini mesti ditafsirkan dengan teliti
tentunya melalui dukungan-dukungan hadist-hadist atau dengan kesepakatan para
ahli tajuwid atau ahli tafsir di bidangnya.
“Dialah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di
antara(isi)nya ada yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al Quran dan yang
lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong
kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang
mutasyaabihaat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya,
padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA.
“Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata; “kami
beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semua itu dari sisi Tuhan
kami.”dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang
yang berakal.”
(Surah 3 ALI IMRAN ; 7)
Saudara-saudaraku yang inginkan kebaikan dalam ibadahnya. Penulis merasa
alasan dan fakta di atas, cukup untuk membuka mata hati dan fikiran
kita tentang Al Quran iaitu tentang kewajipan membacanya.
Baiklah agar lebih jelas dan terperinci, penulis akan membahagikan bahasan ini dalam beberapa bahagian yang berhubungan dengan kewajipan kita (umat islam) terhadap Al Quran iaitu sebagai berikut(Kewajipan umat Islam terhadap Al-Quran dalam buku “Keagungan Al Quran Al Karim” oleh Syekh Mahmud bin Ahmad bin Saleh Al Dosari,Da’I resmi wakaf dakwah dan bimbingan Islam Saudi Arabia).
1. Beriman Kepada Al Quran
2. Memelihara dan menjaganya
3. Membacanya
4. Mentadabburi ayat-ayatnya
5. Mengamalkan isinya
6. Menjaga adab tatakrama terhadapnya
7. Mendakwahkan dan menyampaikan pesan-pesannya
1. Beriman Kepada Al-Quran
Sesungguhnya langkah pertama yang harus dilakukan oleh pembaca Al Quran
adalah dia mengimaninya terlebih dahulu
ءامن الر سول بمااانزل اليه من ربه , والمؤمنون
“Rasul telah beriman kepada Al Quran yang
diturunkan kepadanya, demikian pula orang-orang yang beriman.”
(Surah 2 AL BAQARAH :285)
Dan sesungguhnya iman yang hakiki adalah suatu kepercayaan yang diyakini
di dalam hati dan dibuktikan dengan amal perbuatan. Dan apabila seseorang itu
sudah beriman kepada Al Quran dengan keimanan yang sebenarnya maka ia akan
selalu membacanya dan dengan bacaan yang sebaik-baiknya pula.
Sudah pasti apabila ditanya kepada sesorang Islam tentang imannya kepada kitab suci ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu, mereka menjawab bahawa mereka beriman. Dan untuk membuktikan kesungguhan keimanan mereka dapat kita lihat apakah mereka suka membaca Al Quran? atau apakah mereka suka mendengarkan bacaan Al Quran? atau tidak kenal Al Quran sama sekali.
الذين ءاتينهم الكتب يتلونه حق تلاوته , أولئك يومنون
به
“Orang-orang yang telah kami berikan Al-kitab
kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu telah
beriman kepadanya.”
(Surah 2 AL BAQARAH :121)
2.Memelihara Dan Menjaganya
Yang dimaksud dengan memelihara dan menjaga kitab Al Quran bukanlah
sekadar hanya menyimpan mushabnya dilemari kaca, menyusunnya dengan rapi di
rak-rak yang indah, atau mengukirnya di kalung, gelang, atau menghiasinya
dengan renda di dinding atau dan sebagainya. Akan tetapi erti dari memelihara
di sini jauh dari pengertian lahiriahnya semata. Melainkan memeliharanya di
dalam dada, memahami ayat-ayat yang dibaca terbebas dari kelalaian ataupun
melampaui batas tidak juga melakukan bidaah yang merendahkan dan mengolok-oloknya.
Kewajipan umat Islam yang paling asas terhadap kitab Al Quran adalah memelihara dan menjaganya seperti sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM seperti yang diriwayatkan oleh Thalhah, ia berkata,
“Aku pernah bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa,
apakah nabi pernah berwasiat?” Dia menjawab, ”Tidak.” Aku berkata. “Tapi telah
ditulis wasiat itu untuk manusia, mereka diperintahkan untuk melaksanakan
wasiat itu, bagaimana mungkin beliau tidak berwasiat?” Dia berkata, “Beliau
berwasiat (untuk menjaga dan mengamalkan) kitab ALLAH.”
(H.R.Bukhari,3/1619, hadist no;502)
3. Membacanya
Telah datang perintah Ilahi, untuk membaca Al-Quranul karim di banyak
ayat dalam kitabNya. Di antaranya firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :
واتل ما أوحى اليك من كتا ب ربك لامبدل لكلمته , ولن
تجد من دونه,ملتحد
“Dan bacakanlah apa yang telah diwahyukan kepadamu,
iaitu kitab Tuhanmu (Al Quran). Tidak ada (seorangpun) yang dapat merubah
kalimat-kalimatNya. Dan kamu tidak akan menemukan tempat berlindung selain
daripadaNya.”
(Surah 18 AL KAHFI : 27)
Walaupun secara tekstual perintah ini ditujukan kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM, tapi pada saat yang sama perintahNya ditujukan pula bagi para
pengikutnya. Hal ini diperkuat oleh ayat yang lain :
فا قرء وا ما تيسر منه
“Kerana itu bacalah yang mudah bagimu dari Al Quran.”
(Surah 73 AL MUZZAMMIL ; 20)
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA telah mewajibkan membaca ayat-ayat yang mudah dari Al Quran, baik dalam
keadaan sakit mahupun dalam keadaan sihat wal’afiat. Dalam keadaan bekerja
untuk mencari rezeki apalagi dalam keadaan santai, dalam keadaan perang apakan
lagi dalam keadaan damai dan tenang. Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebagai berikut :
علم أن سيكومن منكم مرضى وءاخرون فى الارض يبتغون من
فضل الله وءاخرون
فى سبيل الله فاقرءواماتيس منه
فى سبيل الله فاقرءواماتيس منه
“Dia mengetahui bahawa akan ada di antaramu
orang-orang yang sakit, dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari
sebahagian kurnia ALLAH, dan orang-orang yang lain lagi yang berperang di jalan
ALLAH, maka bacalah apa yang mudah bagimu dari Al Quran.”
(Surah 73 AL MUZZAMMIL : 20)
4. Mentadabburi Ayat-ayatnya
Substansi dari tilawah Al Quran bukanlah seorang membacanya berulangkali
tanpa mengetahui erti yang ia baca. Namun seyogyanya Al Quran itu dibaca dengan
tadabbur walaupun sedikit jumlah yang ia baca. Maka yang demikian itu lebih
utama daripada orang yang membacanya secara cepat dan tergesa-gesa.
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mencela orang yang tidak membuka akal dan hatinya untuk memahami Al Quran; hikmah, nasihat dan syariat-syariatnya.
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA berfirman :
افلا يتدبرون القرءان أم على قلوب أقفا لها
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran
ataukah hati mereka terkunci?”
(Surah 47 MUHAMMAD ; 24)
Banyak ayat-ayat di dalam Al Quran yang menunjukkan bahawa ayat-ayat
yang kita baca adalah supaya kita merenungi, mentadabburi, berfikir dan
memahami maknanya, seperti firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :
كذ لك يبين الله لكم ءايته, لعلكم تعقلون
“Demikianlah ALLAH menerangkan kepadamu
ayat-ayatNya (hukum-hukumNya) supaya kamu memahaminya.”
(Surah 2 AL BAQARAH ; 242)
Saudara-saudaraku yang beriman. Sesungguhnya membaca atau mendengarkan
bacaan Al Quran bukanlah tujuan utama, melainkan ia merupakan sarana yang akan
menghantar kepada tujuan. Sesungguhnya orang-orang musyrik dulu juga telah
mendengarkan bacaan Al Quran, akan tetapi mereka berlalu begitu saja tanpa
pengaruh sedikitpun di dalam hati mereka, seperti yang banyak dialami oleh
sebahagian kaum muslimin saat ini, mereka mendengarkan bacaan Al Quran
bahkan setiap hari membacanya akan tetapi tidak berbekas sama sekali kepadanya.
Pendusta tetap dalam kedustaannya, orang yang terbiasa dengan riba tetap dengan
aktiviti ribanya, orang yang fasik tetap dengan kefasikannya, orang yang
berbuat syirik tetap dengan kesyirikannya, Dan seterusnya. Sesungguhnya hal
semacam ini suatu kesalahan yang besar.
5. Mengamalkannya
Mengamalkan isi ayat Al Quran yang agung itu, merupakan puncak tertinggi
dari kewajipan umat Islam, itu adalah tujuan yang sebenarnya atas diturunkannya
Al Quran.
وهدا كتب انزلنه مبارك فا تبعوه واتقوا لعلكم ترحمون
“Dan Al Quran itu adalah kitab yang kami turunkan
yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat.”
(Surah 6 AL AN'AAM ; 155 )
Di antara bencana terbesar yang menimpa kaum Yahudi, adalah kerana
mereka mencukupkan diri dengan membaca dan mendengarkan bacaan Taurat tanpa
diikuti dengan pengamalan, maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyerupai mereka
dengan keldai.
مثل الذين حملوا التورـه ثم لم يحملوها كمثل
الحماريحمل أسفارا بئس مثل القوم
الذين كذبوا بئايت الله والله لا يحدىالقوم الظلمي
“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya
Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa
kitab-kitab yang tebal. Amat buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan
ayat-ayat ALLAH itu. Dan ALLAH tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.”
(Surah 62 AL JUMU'AH ; 5 )
Berkata Ibnul qoyyim rahimahullah. Perumpamaan ini meskipun ditujukan
kepada orang-orang Yahudi namun maknanya meluas kepada orang-orang yang telah
diturunkan Al Quran dan dia tidak mengacuhkannya dan enggan untuk
melaksanakannya.
Dan kebanyakan dari umat islam sekarang terutama di daerah kita mereka
mengetahui ilmu tidak dari Al Quran melainkan dari sumber-sumber lain,
sedangkan mengenai Al Quran, mereka hanya mengenal tilawahnya saja.
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah memperingatkan kepada sahabatnya, agar tidak berbuat seperti orang-orang yang datang sesudah mereka, yang membaca Al Quran, tetapi bacaan mereka hanya memenuhi tenggorokan mereka saja, yang hanya sekadar memenuhi lubang suara tanpa pernah mereka memahami atau mengamalkannya.
يخرج في هذه , الأمه – ولم يقل منه , قوم تحقرون صلا
تكم مع صلا تهم , يقرؤون القران لا
يجا وز حلو قهم , أو حنا جرهم , يمرقون من الذ ين
مروق السهم من الرميه
“Akan keluar pada umat ini (Beliau tidak mengatakan
dari umat ini), sekumpulan orang yang meremehkan solat kalian dengan solat mereka,
mereka membaca Al Quran yang tidak melebihi kerongkongannya atau tenggorokannya
saja. Teramat cepat mereka keluar dari agama mereka, seperti keluarnya anak
panah dari busurnya.”
(H/R Bukhari, 4/2164, hadist no ;6913)
6. Menjaga Adab Tatakrama Terhadapnya
Adab adab tilawah Al Quran ada dua iaitu adab bathiniah dan adab
lahiriah. Dalam hal ini akan dijelaskan satu persatu sebagai berikut :
a. Adab Bathiniah meliputi
Mengetahui sumber kalam (perkataan)Nya; demikian akan membimbing kita
untuk selalu merasai keagungan dan ketinggian kalam yang kita baca serta
merasakan kurnia ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dan kasih sayangNya terhadap manusia.
Mengagungkan Zat yang telah menurunkan Al Quran, tanamkan dalam diri
bahawa yang kita baca adalah bukan perkataan manusia. Melainkan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA sedang berkata-kata kepada kita.
Menghadirkan hati sewaktu membacanya kerana orang yang mengagungkan
kalam ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA, dia merasa senag sewaktu membacanya selalu merindukan dan tidak akan
melalaikannya.
Memahami isi ayat yang terkandung di dalamnya atau mentadabburinya.
Mengondisikan hati sesuai dengan ayat yang dibaca, ayat tentang kiamat
mestilah kita merasa takut. Ayat tentang berita gembira tentulah kita senang
kerana perbuatan kita sesuai dengan perbuatan orang-orang yang akan menerima
kurnia itu, atau sebaliknya.
Tanamkan perasaan bahawa semua perkataan dalam Al Quran ditujukan kepada
dirinya. Ibnul Qoyyim rahimahullah dalam perkataannya, “jika kamu
ingin mengambil manfaat dari Al Quran maka hadirkan hatimu ketika membacanya
dan mendengarkannya, buka lebar-lebar telingamu dan rasakanlah seolah-olah ALLAH
berbicara langsung denganmu.”
Hadirkan getaran hati dari sir yang memancarkan ketakutan, kesedihan,
senang, malu dan sebagainya.
Menjauhkan diri dari dosa-dosa yang dapat menghalangi diri dan hati dari
kefahaman tentang Al Quran.
Membuang kesombongan atau bangga diri kerana tiada daya dan upaya
melainkan hanya kekuatan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA semata dan ayat yang kita baca adalah ayat dari ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA.
b. Adab Lahiriah
Meluruskan niat. Untuk apa kita membaca AL Quran itu. Bersuci atau yakin
dengan kesuciannya baik diri kita maupun tempatnya serta menutup aurat.
Memilih tempat disesuaikan dengan kondisi tertentu yang baik untuk
membaca Al Quran. Memegang mushab dengan tangan kanan atau dengan kedua tangan
atau meletakkannya sejajar atau lebih tinggi dari pusat, kendatipun mushab Al Quran
hanyalah tulisan-tulisan saja, akan tetapi adab ini termasuk kesopanan
mengingat isi kandungan ayatnya adalah pedoman hidup yang mesti kita junjung
tinggi.
Membaca Ta’awuzd dan Basmalah, membaca sodakollahul’aziim pada akhir
membacanya.
Meletakkan mushab di tempat yang baik, atau menulisnya pada
tempat-tempat yang layak dan tidak menjadikan ayat-ayat ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA sebagai penghinaan terhadap ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, misalnya
menggunakan ayat-ayat atau tulisan-tulisannya untuk ajimat atau untuk
kezaliman, atau untuk dikalungkan ke leher, atau untuk pelaris dagangan atau
untuk penjaga rumah dsb. atau dijadikan bahan senda gurauan dan sebagainya.
Memperindah suara. Ertinya kita sudah menghiasi Al Quran dengan suara
yng indah. Berhati-hatilah dengan pemahaman ini, jangan sampai keindahan
suaramu menjadikan ayat Al Quran menjadi tiada erti lantaran orang yang
mendengarkannya lebih cenderung kepada suaramu oleh sebab itu rendahkanlah.
Merendahkan suara dan tidak mencampur adukkan ayat-ayat ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA dengan suatu keharaman seperti muzik, mengingat bahawa muzik merupakan
seruling syaitan, sama halnya dengan merendahkan Ayat suci Al Quran, orang yang
mendengar lebih dominan kepada muziknya dan ayat-ayat ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA itu menjadi tiada erti tenggelam oleh seruling-seruling Syaitan.
Perlahan-lahan membacanya dengan tajuwid yang benar. Tidak mengabaikannya. Rasulullah saw pernah mengadu kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tentang umatnya yang mengabaikan Al-Quran iaitu mereka meninggalkan Al-Quran dengan tidak mentaati isinya yang agung. Misalnya tentang isinya yang menjelaskan perkara halal dan haram akan tetapi tiada yang mau mengindahkannya.
Tidak memberikan mushabnya kepada orang yang tidak mengerti kesuciannya.
Saudara-saudara kaum muslimin yang dirahmati ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Adab lahir dalam membaca Al Quran sangat tidak terbatas, meliputi
segala bentuk-bentuk penghormatan secara Islami kepada sesuatu yang sangat
berharga disertai rasa tunduk dan patuh kepada yang selalu mengawasi iaitu ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA baik mengenai tatacara atau adab membacanya juga adab terhadap
mushabnya.
Demikian secara singkat pengetahuan kita tentang Al Quran mudah-mudahan menambah keyakinan kepada kita semua tentang erti pentingnya Al Quran sebagai pegangan hidup sebagai sumber ilmu mengenal diri dan alam. Yang sudah barang tentu kita harus berpegang teguh kepadanya, jika benar-benar kita hendak beragama, sebab Al Quran adalah benar-benar Kalamullah. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan memberi kefahaman tentang ketauhidan kepada orang-orang yang dia kehendaki. Dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan menunjukkan jalan kepada orang-orang yang betul-betul mencari jalan kepada keredaanNya.
Sumber:
http://www.lailahaillallah.com/blog/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan