1- Dapat melihat adanya bantuan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Dalam
Surah Ali Imran, ayat 13.
“Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua
pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam)
berperang pada jalan ALLAH (kerana mempertahankan agama ALLAH), dan yang satu
lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang
Islam dengan pandangan mata biasa – dua kali ramainya berbanding dengan mereka
sendiri. Dan ALLAH sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan
memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu
pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata
hatinya).”
2-Dapat
mengambil pengajaran daripada perubahan siang dan malam yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ciptakan.
Surah
An-Nur, ayat 44.
“ALLAH menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang
demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang
celik mata hatinya berfikir.”
3-Sentiasa
berzikir dan ingat pada hari Kiamat.
Dalam
surah As-Sad, ayat 45-46.
Ayat 45 :
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim dan Nabi
Ishak serta Nabi Yaakub, yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat setianya)
dan pandangan yang mendalam (memahami agamanya).
Ayat 46:
Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu
sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat.
4-Memperolehi
pelajaran daripada bukti-bukti kebesaran ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA.
Surah
Al-Hasyr, ayat 2.
Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab –
dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak
memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka
akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat),
dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan
serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) ALLAH. Maka ALLAH
menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran
mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu)
mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari
dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat
demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai
orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.
Membentuk Kecerdasan Melalui Al-Quran.
m/s : 200.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan