Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 8 Ogos 2012

F 106 RAHSIA KEMENANGAN DARIPADA ALIM ULAMA

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi.
Alhamdulillah dan syukur kepadaNya dilapangkan waktu untuk mendengar pengajian sirah Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz LIVE melalui internet.
Allah…seronok mendengar sirah Rasulullah daripadanya. Lebih-lebih seronok lagi jika kita dapat lihat secara visual ketika beliau sedang menceritakan itu, seolah-olah dapat merasakan bahawa kita berada dalam cerita itu dan hidup di zaman Rasulullah.Subhanaallah! Beza mendengar ilmu dari mulut ulama dengan membaca secara sendirian.
Istifadah dari Pengajian Sirah bersama Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz on 31/7/10:
Apabila Rasulullah membawa Risalah, Allah swt menyuruh memperbanyakkan zikir dan ibadah agar ia menjadi sebab kemenangan.

Allah swt berfirman:

إذا جاء نصر الله و الفتح وَرَأَيْتَ ٱلنَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ ٱللَّهِ أَفْوَاجاً فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَٱسْتَغْفِرْهُ

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya…
~Surah An-Nasr:1-3

Habib Umar kata:

“Dalam ayat ini Allah menguatkan lagi tentang memperbanyakkan tasbih,zikir ,istighfar dan ibadah sebelum dan selepas kemenangan dan di dalam setiap keadaan.Maka,semestinya Syi’ar orang mukmin itu adalah hakikat pengabdian kepada

Allah s.w.t,tidak hanya bergantung pada persiapan secara zahir.Sepertimana Allah sebut melalui lisan sayyidina Musa:

ٱشْدُدْ بِهِ أَزْرِي وَأَشْرِكْهُ فِيۤ أَمْرِي كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيرا

Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu; 
Tiada pemikiran seperti ‘Engkau sekarang sedang dalam keadaan dan tugas yang berat dalam berhadapan dengan Firaun,buat apa sibuk memperbanyakkan zikir dan beribadah ‘ yang sepertimana wujudnya akal-akal yang kosong dari memahami hakikat wahyu dan syariat Allah.”
Ayat ini ….

كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيراً

Mengingatkan alfaqir Pengajian sirah bersama Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari on 1/4/09:
Firman Allah taala:

ٱذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ قَالَ رَبِّ ٱشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِيۤ أَمْرِي وَٱحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُواْ قَوْلِي وَٱجْعَل لِّي وَزِيراً مِّنْ أَهْلِي هَارُونَ أَخِي ٱشْدُدْ بِهِ أَزْرِي وَأَشْرِكْهُ فِيۤ أَمْرِي كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيراً

Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas.
Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
Dan mudahkanlah bagiku,tugasku;
Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku,
Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku;
Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
Surah Toha:24-34
Allah mengajarkan,menisyaratkan kepada Nabi Musa ‘alaihissalam 5 perkara sebelum berdakwah:

قَالَ رَبِّ ٱشْرَحْ لِي صَدْرِي

1)Meminta supaya dilapangkan hati iaitu dengan membersihkan hati.

وَيَسِّرْ لِيۤ أَمْرِي

2)Minta dipermudahkan urusan iaitu dengan diberikan taufik.

وَٱحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي

3)Meminta untuk melepaskan simpulan dari lidahnya iaitu dengan mengisi hati itu dengan ilmu ma’arifah, hikmah dan pengalaman.

وَٱجْعَل لِّي وَزِيراً مِّنْ أَهْلِي

4)Meminta dikurniakan teman dalam menjalankan tugas dakwah.

كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيراً وَنَذْكُرَكَ كَثِيراً

5)Sentiasa menghadirkan niat dan tujuan dalam menjalankan tugas tersebut iaitu beribadah kepadaNya dengan memujiNya, menyebut dan mengingatiNya.
Dari sini,terdapat 5 steps yang perlu dilakukan oleh seorang da’ie:

1)Melakukan tasfiyah iaitu membersihkan hati antara engkau dan Allah swt serta mengagungkan syiar-syiar agama.

2)Menghapuskan segala halangan yang menghalang dari bermua’amalah dengan manusia.

3)Mengisi hati dengan ilmu, ma’rifah,hikmah dan pengalaman kerana orang yang kosong tidak mampu memberikan apa2.

قيل : فقد الشئ لايعطي

Kehilangan sesuatu itu tidak mampu diberi.

4)Wujud teman yang membantu dalam kerja dakwah

5)Senantiasa menghadirkan niat2 dan tujuan2 asal.
P/s:Dowrah akan berakhir lagi beberapa hari,bagi siapa yang berkempatan untuk mendengar dan ikuti sila ke Link INI for more details.
Saya suka sangat Doa Sayyidi Al-Habib Umar ini dalam pengajian sirah lalu….
Wahai yang menghancurkan berhala-berhala buat Rasulullah di Mekah,
Maka dengan berkat kedudukannya disisiMu,
Kami meminta agar Engkau hancurkan ‘berhala-berhala′ yang wujud di hati-hati kami,
Yang memalingkan kami kepada selainMu,
Dan segala sifat pergantungan kepada mereka yang Engkau musuhi zahir dan Batin…



Tiada ulasan:

Catat Ulasan