Wanita
solehah, cerminan Ainul Mardiah…
Sabda
Rasulullah s.a.w:
“Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah.”
HR Muslim
Ramai
manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang
menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan dan tidak kurang juga pada
keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya…
Kemuliaan semua makhluk Allah swt adalah terletak pada nur taqwa..
Wanita
adalah makhluk Allah swt yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu
bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi
teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Oleh yang
demikian, Allah swt telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di
pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip
oleh wanita solehah.
Kerana
itulah…
Sebagai
anak, dia menjadi anak yang solehah…
Sebagai
isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya…
Sebagai
ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai
hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya
kepada-Nya…
Firman
Allah dalam surah an-Nisa’: 24
“Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun
wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan
mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”
Dalam
Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya
hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita
diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap
lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan,
sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan
wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah swt, Mardhatillah.
Rasulullah
s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia
dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud…
“Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari
tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk
meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap
bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu.”
Al-Bukhary
dan Muslim
Nilai
wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk
memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu
dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita
solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari
dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya,
senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan
aurat tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Dalam
mazhab syafie ada khilafnya.. berdasarkan ayat dalam surah an-Nur, 30.
Allah
melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya kecuali apa yang telah zahir
daripadanya.
Ulama
Syafie berpendapat makna “apa yang zahir daripadanya” adalah muka dan tapak
tangan tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi
aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya
pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya,
mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah
dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak
menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan
lain-lain.
Suaranya
bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti
kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi, kerana memahami
perintah Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab ayat: 33.
“Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga
bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya”.
Jadi,
bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah
Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib.
Bagaimana
mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai
pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa
a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak
mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang
daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk
menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah
al-Qasas: 23-25)
Daripada
peristiwa ini, Allah swt menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang
tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki
ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah
dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan).
Khalwat
paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga
adalah bunga-bunga perzinaan.
Berbual-bual
di telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang
juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua –
duaan..fikirkanlah.
Saidina
Umar r.a berkata, “Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa
daripada berjalan di belakang seorang wanita”.
Seorang
wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana ia
faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana
pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di
belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudungmu sehingga menutup juyub(tulung rusuk
paling bawah) dan menutup punggung.
Ketahuilah
bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,
seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar
dari rumahnya tanpa jilbab, seseorang telah menegurnya, “mengapa engkau
tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?”
Lalu
wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya,
beliau berkata, “aku tidak mahu selangkahpun aku berjalan dalam keadaan
melanggari perintah Allah swt”.
Diriwayatkan
juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk
memeluk Islam dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah
Allah swt walaupun belum memeluk Islam.
Hari ini
apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih
tiada kekuatan untuk mengamalkannya…
Wanita
solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yang mustahak.
Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak
keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan-jalan di kampung
mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah swt.
Oleh itu,
mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan
pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan Allah…
Keluarnya
wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat
menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran
mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum.
Aku
bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, “di mana tempat membeli belah
paling besar di kota ini?” sedang ia menjawab, “saya tidak tahu”. Seorang
wanita solehah juga tidak bertabarruj(berhias diri)
firman
Allah swt:
“Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan
jahiliyah”.
(surah
al-Ahzab_33)
Ya,memang
benar…Islam itu mudah, tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang
tidak mengambil mudah terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40,
Rasulullah
s.a.w bersabda,
“Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang
bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang”
Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia
adalah perintah dari Allah
(an-Nur,30-31),
ia tidak
akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi
pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi, lantaran sifat malu kepada tuhannya
untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu,
ibarat mencari sesuatu yang hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur manusia
yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja’ul aqro, sekali ia
menghembuskan bisanya ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh dan di
hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta.
Wanita
solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu
yang melalaikan, umpatan dan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga
kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur, di mana
sungaipun akan berhenti mengalir kerana kemerduan suaranya.
Dia akan
dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di
hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat
wajah Allah swt, Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman… MasyaAllah…
Saudariku,
Bangkitlah
dari lenamu yang panjang, dan tidak berkesudahan, sekali kamu terjatuh, jangan
biarkan diri kamu jatuh selamanya, kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan, yakinlah kasih
sayang dan maghfirah Allah swt terlalu luas…
Saudariku…
hidup ini
seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan
dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya tapi bila dia sedar dari
lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia
dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui, tapi bila raja itu sedar
dari lena, dia tetap seorang raja…
Saudariku…
itulah
hakikat hidup di dunia, kalau susah, susah yang sementara, kalau senang, senang
yang sementara, tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun
di dunia, kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya…
Saudariku…
matanglah
dalam urusan akhiratmu, jgn kerana kesenangan dunia yg sementara, kau sanggup
menempah sengsara di akhirat selamanya, jgn kerana kasih makhluk yg sementara,
kau hilang kasih Allah swt di akhirat, jika kau hilang kasih Allah swt, kau
hilang segalanya…
Saudariku…
Saidatina
Aisyah r.a pernah berpesan,
“sebaik
baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”
Jangan
kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki, itu bukan kemuliaan
bagimu, tapi adalah satu penghinaan, jika kau berasa bangga, kau menyamakan
dirimu dgn pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya, tapi jika kau menganggapnya
sebagai satu musibah pada dirimu, Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara
Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja…
Saudariku…
ingatlah
pesan Rasulullah s.a.w, “barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka dia daripada kalangan mereka”
lihatlah
penampilanmu, percakapanmu ataupun akhlakmu, moga – moga ia mirip Asiah dan
Maryam a.s, mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a, kelak
di hari kebangkitan, mereka akan menjadi jiranmu, tapi apa khabar nasibmu, jika
penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu, seperti akhlak wanita-wanita
jahiliyah…?
Saudariku…
jadilah
wanita solehah, yang taat pada Allah swt dan Rasulnya, teguhlah menjalankan
perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan
kau cuba menambah atau menguranginya walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu, binalah hubungan baik
dengan Tuhanmu, beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan, agar tarikan dan
hembusan nafasmu, di dalam keredhaan tuhanmu, didiklah hatimu seperti hati
Rasulullah s.a.w, walaupun dicaci, dilukai dan disakiti, tapi baginda tetap
mendoakan kebaikan utk umatnya…
Saudariku…
ajarlah
jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan, ia tidak semudah pengucapan, kau akan
didatangi pelbagai musibah dan ujian, di kala jasadmu bersama manusia, tapi
ruhmu jauh terbang merindui tuhan, di kala manusia lalai dengan keduniaan,
jiwamu menangis kerana takutkan tuhan, hiasilah setiap tarikan dan hembusan
nafasmu dengan zikir LailahaillaAllah, berjalanlah di atas jalan seorang
solehah, da’ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah, jalan yg pernah dilalui
oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a, di mana seorang yang
butapun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah swt …
Semoga
kamu dimuliakan Allah swt seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita
di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah swt akan memerintahkan setiap
manusia supaya menundukkan pandangan kerana beliau adalah wanita yang tegar
menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita
solehah..semoga kamu diberi taufik dan hidayah Allah swt hendaknya. aamiin
Ibnu Aminah aljuhury…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan