1. Ketika
berkumur, berniatlah kamu dengan, “Yaa Allah, ampunilah dosa mulut dan
lidahku ini”.
Penjelasan
1 : Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari melakukan dosa lidah dan
berkata perkara yang tidak sepatutnya.
2. Ketika
membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Yaa Allah, putihkanlah mukaku
di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan
2 : Ahli syurga wajahnya putih berseri-seri.
3. Ketika
membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Yaa Allah, berikanlah
hisab-hisabku di tangan kananku ini”.
Penjelasan
3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kanan.
4. Ketika
membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Yaa Allah, janganlah Kau
berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini.”
Penjelasan
4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kiri.
5. Ketika
membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, “Yaa Allah, lindungilah daku
dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy -Mu”.
Penjelasan
5 : Panas di Padang Mahsyar tidak terkira ibarat matahari sejengkal di atas
kepala.
6. Ketika
membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Yaa Allah, ampunilah dosa
telinga ku ini”
Penjelasan
6 : Seharian kadangkala kita terdengar orang mengumpat, memfitnah dan
sebagainya.
7. Ketika
membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. “Yaa Allah, permudahkanlah
aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan
7 : Ahli syurga akan melintasi titian Siratul Mustaqqim dengan pantas sekali.
8. Ketika
membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, “Yaa, Allah, bawakanlah
daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan
8 : Qadak dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di
antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam
Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan aturan mengambil
wudhuk. Di dalam tertibnya, sebenarnya tersembunyi hikmah yang sama sekali
tidak kita jangka. Maka, bersyukurlah dan sentiasalah mengerjakan solat dengan
permulaan wuduk yang sempurna.
Rujukan :
http://islam.dunyahalal.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan