Alhamdulillah, hari ini kita sebagai orang-orang
Islam sedar bahawa Islam bukanlah milik orang-orang Arab atau Melayu sahaja
tetapi adalah untuk seluruh umat manusia. Malangnya kita umat Islam hari ini
telah lalai dari tanggungjawab yang diamanahkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada
kita untuk menyampai dakwah Islam kepada mereka yang belum terima Hidayah lagi. ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA mencela
golongan seperti ini dalam Surah Al-Baqarah 2:140
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan
keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan ALLAH kepadanya? Dan
(ingatlah), ALLAH tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.”
Na’uzubillah,
janganlah kita termasuk dalam golongan ini. ALLAH SWT memberikan penghormatan
kepada kita orang-orang Islam di dalam surah Ali Imran 3:110
“Kamu (wahai umat MUHAMMAD) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi(faedah) umat manusia.”
Kitapun
rasa sangat seronok mendengarkan ayat ini. Namun begitu kita lupa bahawa setiap
penghormatan itu datang bersama tanggungjawab. Lagi besar suatu penghormatan
maka lagi beratlah tanggungjawab yang harus dipikul. Tanggungjawab yang
diamanahkan oleh ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA kepada
kita orang-orang Islam yang melayakkan kita digelar ‘sebaik-baik umat’ juga
disebut dalam ayat yang sama;
“(Kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman
kepada ALLAH.”
Ini
bermakna kita harus menjadi masyarakat ‘amar maaruf nahi munkar’ iaitu
melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama
orang-orang Islam secara serentak.
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA
mengatakan di dalam surah Al-Asr 103:1-3
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
dan berpesan-pesan dengan sabra.”
‘Berpesan-pesan
dengan kebenaran’ bermakna melakukan ‘amal maaruf nahi munkar’ yakni melakukan
dakwah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang
Islam. Ayat ini jelas menunjukkan
tanggungjawab melakukan dakwah bukan tugas ustaz, imam atau Jabatan Agama
sahaja tetapi adalah tanggungjawab setiap orang Islam.
Di dalam Khutbah terakhir, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM telah bertanya kepada para sahabat yang tidak
kurang dari 110,000 orang,
“Adakah aku telah sampaikan pesanan Islam” dan para sahabatpun secara
serentak menjawab, “Yaa RASULULLAH! Kau telah sampaikan.” Maka
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM seterusnya memerintahkan mereka “Siapa-siapa
yang hadir di sini, sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir.”
Para sahabatpun faham akan perintah RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM lalu keluar dari negeri Arab menyampaikan dakwah
Islamiah. Maka Islam telahpun sampai ke Negeri Cina, India, Sepanyol dan
seterusnya ke Malaysia.
Alhamdulillah, sahabat-sahabat dulu tidak ada sikap
macam kita iaitu hanya mahu bercerita tentang Islam sekiranya ada yang bertanya
tetapi sebaliknya telah bertebaran kepelbagai pelusuk dunia dalam menyampaikan
syiar Islam.
Di dalam
Shahih Bukhari jilid 4 hadith 667 diriwayatkan dari Abdullah Ibn Amr bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM telah
bersabda,
“Sampaikanlah walau satu ayat.”
Kita
tidak perlu dapatkan Phd atau ijazah atau menjadi ustaz / ustazah dalam
menyampaikan dakwah Islam. Walaupun kita tahu satu ayat dalam al Quran, kita
boleh menyampaikannya. Sebagai orang Islam, kita tahu lebih dari satu ayat.
Sekurang-kurangnya kita tahu ‘La ilaha ilallah’, maka
sampaikanlah ia.
Dewasa
ini dunia kita sudah berubah menjadi materialistik. Setiap perkara yang
dilakukan mesti ada ganjaran atau keuntungan. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengajak kita berniaga denganNya
dalam Surah As-Saff 61:10-11
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu
perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi
sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan RasulNya, serta kamu berjuang
membela dan menegakkan agama ALLAH dengan hartabenda dan diri kamu.”
Kini bila
berniaga kita hendak tahu peratusan keuntungannya. Keuntungan yang dijanjikan
oleh ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dalam
Surah Al-Baqarah 2:261 adalah
“Bandingan (derma) orang-orang yang belanjakan hartanya pada jalan ALLAH,
ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan
melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya.”
Yakni
setiap satu biji benih tumbuh menjadi tujuh ratus biji benih. Di dalam bahasa
perniagaan, ini adalah keuntungan yang tidak kurang dari 70,000%! Mana ada
perniagaan lain di dunia ini yang menjamin 100% pulangan keuntungan sehingga
70,000%?
‘Master
key’ untuk melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam ada diterangkan
dalam Surah Ali Imram 3:64
“Katakanlah (wahai MUHAMMAD): ‘Wahai ahli kitab, marilah kepada satu
kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah
melainkan ALLAH, dan kita tidak sekutukan denganNya suatu juapun; dan jangan
pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan
orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada ALLAH.”
Untuk
mencari kalimah-kalimah yang bersamaan antara kita dengan mereka, maka kita
hendaklah mengkaji kitab mereka (bukan untuk beriman tetapi) untuk mencari ayat-ayat
yang menjurus kepada tauhid. Sekiranya di peringkat permulaan kita hanya
menggunakan al Quran dan Hadith sahaja mungkin orang-orang bukan Islam ini
tidak percaya atau tidak yakin kerana mereka belum beriman kepada al Quran.
Sekiranya kita menggunakan Bible maka orang-orang Kristian terpaksa
menerimanya. Berikut adalah beberapa hujah-hujah yang boleh kita gunakan dari
Bible terhadap orang-orang Kristian:
“My
Father is greater than I” [John 14:28]
“My father is greater than all” [John 10:29]
“…I cast out devil by the spirit of God…” [Matthew 12:28]
“…I with the finger of God cast out devils…” [Luke 11:20]
“I can of mine own self do nothing: as I hear, I judge: and my judgment is just; because I
seek not my own will, but the will of the Father which hath sent me.” [John 5:30]
“…and the word which ye hear is not mine, but the Father’s which sent me.” [John 14:24]
“Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adonai Ikhad.”
“Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord.” [Mark 12:29]
“My father is greater than all” [John 10:29]
“…I cast out devil by the spirit of God…” [Matthew 12:28]
“…I with the finger of God cast out devils…” [Luke 11:20]
“I can of mine own self do nothing: as I hear, I judge: and my judgment is just; because I
seek not my own will, but the will of the Father which hath sent me.” [John 5:30]
“…and the word which ye hear is not mine, but the Father’s which sent me.” [John 14:24]
“Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adonai Ikhad.”
“Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord.” [Mark 12:29]
Apabila
kita mulakan dakwah kepada orang-orang Hindu, adalah lebih baik sekiranya kita
mulakan dengan konsep ketuhanan dalam Islam yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas
112”1-4
“Katakanlah (wahai MUHAMMAD): ‘(Tuhanku) ialah ALLAH yang Maha Esa; ALLAH
yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada
beranak, dan Ia pula tiada diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang setara
denganNya.”
Seterusnya
kita boleh bincangkan mengenai ayat-ayat yang ada persamaan di dalam
kitab-kitab mereka contohnya Veda, Upanishad, Purana, Maha Bharata, Ramayana
dan yang paling popular di kalangan orang-orang Hindu adalah Bhagavad Geeta.
Berikut adalah beberapa contoh yang boleh kita gunakan:
“Those
whose intelligence has been stolen by material desires surrender unto demigods
and follow the particular rules and regulations of worship according to their
own natures.” [Bhagavad Gita 7:20]
“Ekam
evadvitiyam”
“He is One only without a second” [Chandogya Upanishad 6:2:1] 1
“He is One only without a second” [Chandogya Upanishad 6:2:1] 1
“Na casya
kascij janita na cadhipah.”
“Of Him there are neither parents nor lord.” [Svetasvatara Upanishad 6:9] 2
“Of Him there are neither parents nor lord.” [Svetasvatara Upanishad 6:9] 2
“Na tasya
pratima asti”
“There is no likeness of Him” [Svetasvatara Upanishad 4:19] 3
“There is no likeness of Him” [Svetasvatara Upanishad 4:19] 3
“Na
samdrse tisthati rupam asya, na caksusa pasyati kas canainam.”
“His form is not to be seen, no one sees Him with the eye.”
[Svetasvatara Upanishad 4:20] 4
“His form is not to be seen, no one sees Him with the eye.”
[Svetasvatara Upanishad 4:20] 4
“Na tasya
pratima asti”
“There is no image of Him” [Yajurveda 32:3] 5
“There is no image of Him” [Yajurveda 32:3] 5
“Shudhama
poapvidham”
“He is bodiless and pure” [Yajurveda 40:8] 6
“He is bodiless and pure” [Yajurveda 40:8] 6
“Andhatama
pravishanti ye asambhuti mupaste”
“They enter darkness, those who worship the natural elements” (Air, water, fire, etc.).
“They sink deeper in darkness, those who worship sambhuti (created things; table, chair, idol etc.).” [Yajurveda 40:9] 7
“They enter darkness, those who worship the natural elements” (Air, water, fire, etc.).
“They sink deeper in darkness, those who worship sambhuti (created things; table, chair, idol etc.).” [Yajurveda 40:9] 7
Brahma
Sutra of Hinduism:
“Ekam Brahm, dvitiya naste neh na naste Kinchan”
“There is only one God, not the second;
Not at all, not at all, not in the least bit”.
“Ekam Brahm, dvitiya naste neh na naste Kinchan”
“There is only one God, not the second;
Not at all, not at all, not in the least bit”.
Namun
begitu dalam kita menyampaikan dakwah kepada orang-orang bukan Islam, adalah
penting kita sentiasa mengambil kira nasihat yang diberikan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di dalam Surah An-Nahl 16:125
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai MUHAMMAD) dengan hikmat kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik, berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik.”
Adakah kita menggunakan hikmat kebijaksanaan dan
menasihatkan dengan cara pengajaran yang baik dan lemah lembut bila
menyampaikan dakwah Islamiah kepada orang-orang bukan Islam? Jarang sekali. Kebiasaannya bila
ada orang bertanya mengenai Islam, jawapan yang lazim diberikan adalah; “Dalam
Islam kita mesti sembahyang 5 kali sehari, Bulan Ramadan mesti puasa satu bulan
dari pagi sampai senja – tidak boleh makan atau minum, mesti bayar zakat, tidak
boleh makan ‘kerbau pendek’ (khinzir), tidak boleh minum (arak), mesti kena
‘potong’ dulu (berkhatan), pergi masjid mesti pakai songkok dan kain, kalau
pergi solat Hari Raya mesti pakai baju Melayu (seolah-olah solat itu tidak sah
tanpa memakai baju Melayu!) dan bermacam-macam lagi. Saya perhatikan bahawa
kita sebenarnya lebih banyak ‘meMelayukan’ seseorang yang masuk Islam dari
mengIslamkannnya. Kita memberikan gambaran seolah-olah Islam ini adalah satu
agama yang sangat menyusahkan umatnya.
Sepatutnya kita jangan terlalu tekan berkenaan fikah
(halal dan haram) pada peringkat permulaan. Yang harus diutamakan adalah
tauhid, apabila iman dia sudah mantap barulah kita sampaikan bab fikah secara
beransur-ansur ikut kemampuan seseorang individu. Bila iman sudah kukuh di
hati, seseorang itu akan mengerjakan perintah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tanpa
perlu disuruh, In sya ALLAH.
Saya
ingin mengajak semua yang hadir di sini termasuklah diri saya agar marilah kita
semua bangun. Bukannya bangun dari tempat duduk tetapi marilah kita bangun
tidur kita. Kita telah lama tidur dengan mata celik. Marilah kita bangun dan laksanakan
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada
kita untuk menyampaikan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan
Islah kepada sesama Islam.
BERHENTI
dari memberikan alasan. Bila saya mengajak orang untuk berdakwah, mereka selalu
memberikan alasan dan minta tunggu. Hendak tunggu apa lagi? ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberika amaran kepada kita
dalam Surah At-Taubah 9:24
“Katakanlah (wahai MUHAMMAD): “Jika bapa-bapa kamu, dan saudara-saudara
kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan
harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi
perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan RasulNya dan
(daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan
keputusanNya (azab seksaNya); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada
orang-orang yang fasik (derhaka).”
Hari ini
kita orang-orang Islam masih lagi tunggu!
Marilah
kita berhenti dari memberikan alasan-alasan seperti berikut:
a) Tunggulah saya pandai – sampai bila-bila pun
kita tidak akan cukup pandai sekiranya kita tidak cuba dari sekarang. Sekali
lagi saya rujuk kepada hadith di atas iaitu;
“Sampaikanlah walau satu ayat.”
b) Tunggu bila ada orang bertanya baru nak cerita tentang Islam – sekali lagi saya rujuk kepada petikan dari Khutbah terakhir RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM;
“Siapa-siapa yang hadir di sini sampaikanlah kepada yang tidak hadir.”
c) Negara kita negara majmuk, sensitif untuk melakukan dakwah – di zaman NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM terdapat tidak kurang dari 360 suku kaum. Ini tidak menghalang baginda dari memberikan dakwah kepada kaum Musyirikin pada masa itu malahan baginda telah berjaya menyatupadukan semua kaum tersebut di bawah panji Islam!
d) Agama ini urusan peribadi, jangan masuk campur dalam hal orang lain – Dalam Islam ia menjadi tanggungjawab semua orang-orang Islam mencampuri urusan orang lain apabila ia melibatkan perkara akidah; ‘amal maaruf nahi munkar.’
Saya akhiri dengan sketsa berikut; bayangkanlah
suatu hujung minggu kita pergi berkelah bersama keluarga ke pusat peranginan di
tanah tinggi seperti di Genting Highland (tanpa singgah di kasino). Bila sampai
ke puncak yang paling tinggi, kitapun menghamparkan tikar dan mula menjamu
selera bersama-sama dengan keluarga. Dalam kelekaan kita makan dan minum, anak
kita yang berumur 2 tahun telah berlari-lari sampai ke hujung tebing; di
hadapannya adalah jurang yang cukup dalam. Na’uzubillah, cuba bayangkan anak
atau adik kita yang berumur 2 tahun berada dalam situasi itu. Cemas tak?
Betul-betul sebelah anak kita ada seorang lelaki dewasa yang sihat dan waras.
Apa yang perlu dilakukannya adalah hulurkan tangan dia dan pegang anak kita, In
sya ALLAH anak kita akan selamat. Tetapi lelaki tadi tidak endahkan anak kita
dan anak kita melangkah lagi lalu jatuh ke dalam gaung dan mati. Ketika itu
adakah kita akan ucapkan terima-kasih kepada lelaki itu kerana tidak masuk
campur dalam urusan orang lain? Tidak, kita akan salahkan dia kerana tidak mahu
menolong anak kita. Kita akan tuduh lelaki itu sebagai seorang yang sangat
kejam.
Tuan-tuan
dan puan-puan, sebenarnya kitalah orang-orang Islam yang memegang watak lelaki
yang kejam tadi. Kita ada ramai kenalan bukan Islam seperti rakan kerja, kawan
jiran dan sebagainya tetapi kita tak pernah buka mulut kita menyampaikan mesej
Islam. Kita biarkan sahaja mereka
mati dalam keadaaan kafir. Di akhirat nanti mereka akan mengadu kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan
menarik kita sama-sama masuk ke neraka, na’uzubillah. Apakah alasan yang akan
kita berikan pada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA ketika itu? Marilah kita sama-sama bangun dan
sampaikan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama
orang-orang Islam.
Wa akhiri
da’wana anil hamdulillahi Robbil ‘alamin.
1. [The
Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 447 and 448]
[Sacred Books of the East, volume 1 ‘The Upanihads part 1’ page 93]
[Sacred Books of the East, volume 1 ‘The Upanihads part 1’ page 93]
2. [The
Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 745]
[Sacred Books of the East, volume 15 ‘The Upanihads part II’ page 263]
[Sacred Books of the East, volume 15 ‘The Upanihads part II’ page 263]
3. [The
Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 736 and 737]
[Sacred Books of the East, volume 15 ‘The Upanihads part II’ page 253]
[Sacred Books of the East, volume 15 ‘The Upanihads part II’ page 253]
4. [The
Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 737]
[Sacred Books of the East, volume 15 ‘The Upanihads part II’ page 253]
[Sacred Books of the East, volume 15 ‘The Upanihads part II’ page 253]
5.
[Yajurveda by Devi Chand M.A. page 377]
6.
[Yajurveda Samhita by Ralph T.H. Griffith 538]
7.
[Yajurveda Samhita by Ralph T.H. Griffith 538]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan