Berkata
ibnu ’Athaillah:
“Takutlah kamu daripada wujudnya kebaikanNya (nikmat) kepada engkau, sedangkan kamu tetap melakukan perkara-perkara yang buruk (maksiat) bersama kebaikan-kebaikan itu. Kerana semua nikmat itu akan berubah menjadi istidraj bagimu, (sebagaimana firmanNya): “Kelak Aku akan menariknya secara beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dengan cara yang tidak mereka ketahui.”
Maksud
Istidraj :
Istidrajullah
al-abda”( ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA
menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan)
membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA akan
membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu
juga ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA
membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan
terhadapnya dan setiap itu juga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan mengambilnya sedikit demi
sedikit (ansur-ansur) dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!
Secara
ringkasnya :
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA menambah
nikmat kepada mereka yang melakukan maksiat dengan tujuan terus melakukan
maksiat dan mati dalam kemaksiatan.
Nauzubillah
Min Zalik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan