1-Tanda
Perintah Allah SWT yang mencintai hambanya.
Solat
adalah diantara perbuatan malaikat yang Allah jadikan sebagai tugas suci Para
Malaikat. Ada di antara malaikat yang Allah SWT perintahkan sujud dan bertasbih
kepadaNya sampai hari Kiamat. Sebagai membuktikan Allah SWT ingin memuliakan
manusia melebihi malaikat maka Allah SWT perintahkan manusia melakukan amalan
suci solat yang difardukan ke atas kita sekarang.
2-Talian
Suci diantara makhluk dan pencipta.
Dalam
solat kita berada dalam keadaan suci rohani dan jasmani, kita berinteraksi
dengan Allah SWT tanpa memakai pangkat dan tanpa berlandaskan hawa-nafsu.
Hubungan kita adalah hubungan yang Maha Penting, segala urusan dunia yang kita
lakukan diluarkan solat kita persembahkan kepada Allah SWT agar dinilai dan
dikritik oleh Allah SWT pada hakikatnya, walaupun kita tidak sebut satu-persatu
tetapi sebenarnya apa yang ada di dalam hati kita dan apa yang kita pakai
semasa solat sudah cukup memberi nilai kepada kiraan Allah SWT. Oleh itu
kekusyukkan solat juga adalah bertolak dari perbuatan dan pekerjaan di luar
solat. Jika baik amalan dan pekerjaan di luar solat maka senanglah baginya
untuk mendapat khusyuk di dalam solat, begitulah disebaliknya.
3-Solat
adalah penyejuk hati di Sisi Allah SWT.
Apabila
solat yang dipersembahkan kepada Allah SWT sebagai lambang kesucian amalan dan
pekerjaan seharian, maka solat tersebut adalah penyejuk hati kepada pandangan
Allah SWT yang menembusi tujuk lapis bumi dan langit.
Perbuatan
yang penuh beradab dan berakhlak semasa solat serta bacaan yang mengandungi
sebutan makhraj yang betul, bacaan yang amat teratur akan dirakamkan oleh
Jibrail A.S. dan disimpan di Luh Mahfuz. Solat tersebut mendapat pujian
daripada Allah SWT serta para malaikat.
4-Mikraj
kepada Allah SWT.
Solat
yang kita lakukan dengan penuh sifat kerohanian adalah Mikraj atau Pendakian
Roh (hubungan kerohanian) kita untuk bertemu dengan Allah SWT semasa solat.
Pada saat
kita berdiri dan membaca serta melakukan solat sebenarnya Roh kita telah
mendaki alam Roh (hubungan kerohanian) dan berada dihadapan Allah SWT,
bayangkan satu hari satu malam, lima kali Roh (hubungan kerohanian) kita berada
mengadap Zhat Allah SWT. Apakah kita masih sanggup menipu Allah SWT
dicelah-celah waktu selain daripada solat ? Maha Suci Allah SWT dalam
memfardukan Solat kepada kita semua.
5-Solat
Adalah Kunci Khazanah Kepada Segala Kekayaan Allah SWT.
Solat
merupakan kunci penggerak kehidupan dan penghubung kepada segala perbuatan dan
amalan seharian kita semua. Ramai orang melakukan solat hajat setelah barang
milik mereka hilang atau apabila ada hajat seperti untuk menghadapi
peperiksaan, memulakan perniagaan dan sebagainya. Apakah semua hajat tersebut
telah diredhai oleh Allah SWT dan telah menepati seratus-peratus dengan apa
yang Allah SWT gariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah sehingga kita sanggup
menjadikan keputusan dan hajat kita adalah sama dengan hajat dan keputusan
Allah SWT.
Sebenarnya
solat lima fardu adalah kenci penyelesaian kepada segala permasalahan tersebut.
Solat Lima Fardu sebenarnya adalah pengukur Allah SWT untuk menerima dan
memakbulkan segala permintaan hambaNya. Jika setiap malam dan siang kita
memperolehi khazanah milik Allah SWT, pasti jumlahnya setiap bulan dan tahun
kita akan mendapat Bonus Rahmat dan Ihsan Allah SWT.
6-Menepati
Kehendak Allah SWT.
Solat
adalah satu ibadat yang paling mencukupi prinsip-prinsip penghambaan dan
prinsip-prinsip ketuhanan. Allah SWT adalah pencipta pasti berada di
kedudukan yang amat betul dan manusia sebagai seorang hamba juga tidaklah
keterlaluan.
Qiam,
Sujud, Rukuk dan Tahiyat adalah perbuatan yang paling mulia. Jika kita lihat
dalam pemujaan lain, Tuhan dijadikan berbagai fahaman dan manusia pula
dijadikan hamba yang keterlaluan. Oleh yang demikian Solat merupakan
Ibadat dan Cara penghubung yang paling sesuai dalam beribadat kepada Allah SWT
Yang Maha Pencipta.
Rujukan dan Rumusan daripada :
Berdialog dengan Allah SWT, m/s: 32-40.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan