Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 7 Ogos 2012

F 70 TIGA GERAK GERI YANG ALLAH SWT ATURKAN

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengatur perjalanan hayat alam ini mengikut syariat yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah tetapkan.
Semua pergerakkan makhluk adalah mengikut arahan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, pergerakkan tersebut ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bahagikan kepada 3 pergerakkan :

1.    Gerak yang dipaksa - seperti pergerakkan bumi, matahari yang membakar, laut yang berombak dan angin yang bertiup.

2.    Gerak yang diredai - seperti sujud seorang hamba, puasa seorang hamba, pemaaf seorang hamba, tawaduk seorang hamba dan takwa seorang hamba.

3.    Gerak yang dimurkai - seperti seorang yang berzina, minum arak, berjudi, penguasa yang bertindak zalim, peniaga yang makan riba, peniaga yang mengambil keuntungan berlebihan, tidak mahu membayar hutang dan menipu timbangan dan kiraan.

Di antara ketiga-tiga gerak geri tersebut, gerak geri yang diredai adalah gerak geri yang diredai adalah pilihan terbaik.


Kitab Melihat dengan mata hati, m/s : 128.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan