1-Solat
ikut-ikutan.
Solat secara zahir sahaja, solat secara
membuta-tuli, solat tanpa mengetahui hukum hakam solat.
Solat ini
adalah solat orang durhaka dan
mendapat kemurkaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di dunia dan akan diazab
oleh ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA di Akhirat kelak.
2-Solat
ikut mood.
Solat orang yang tahu hukum-hakam solat tetapi tidak
melawan kehendak hawa nafsu selepas menunaikan solat. Kebanyakkan umat Islam zaman sekarang solat sebegini, mereka solat
mereka juga buat dosa, mereka solat mereka buka aurat dan berpakaian seksi,
mereka solat mereka turut berzina dan minum arak serta berjudi, mereka solat
mereka juga pakai gelang kaki, mereka solat mereka juga hisap dadah. Bagi
mereka solat perkara biasa dan buat maksiat juga perkara biasa, mereka tidak jadikan Sunnah Rasulullah SAW
sebagi panduan tetapi mereka jadikan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
sebagai patung yang bertugas sebagai pengampun dosa mereka, mereka hanya beriman kepada Al-Quran beberapa ayat sahaja, di
antaranya, “ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA Maha Pengampun dan Maha Penyayang, maka mereka
berpeluang melakukan apa sahaja perkara durjana dan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA tetap mengampunkan dosa kecuali dosa syirik” oleh yang demikian pada
anggapan mereka, mereka tidak pernah melakukan syirik pada hal kehidupan mereka sentiasa dipenuhi
dosa syirik khafi, yang mana pada hakikat sebenarnya, mereka telah
melakukan syirik besar tanpa mereka sedari.
3-Solat
orang yang lalai.
Solat golongan ini adalah solat mereka yang tidak
mencintai Bahasa ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA, mereka
jadikan Bahasa ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA sebagai
bahasa Arab, sedangkan mereka tidak dapat membezakan Bahasa Al-Quran dengan
Bahasa Arab. Bahasa Al-Quran yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA turunkan dalam Al-Quran Al-Karim
adalah Istilah-Istilah yang amat tinggi yang perlu dikupas dengan kupasan atau
tafsir atau penerangan melalui hadis. Jika seseorang dapat mengamati Bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim
pasti orang tersebut tidak akan lalai di dalam solat kerana orang tersebut
sedang mengungkap Bahasa ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA bukan
Bahasa Arab.
Orang yang memahami Bahasa ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA akan menjadikan dirinya kagum dan suci semasa
melafazkan setiap huruf-huruf Al-Quran Al-Karim. Jasad dan Rohnya akan
berintreraksi dengan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA semasa solat. Solat orang sebegini tidak akan lalai
tetapi solat orang yang lalai adalah solat yang mereka kerjakan sebagai adat
budaya bangsa mereka dan sebagai pesta ibadat kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA yang bercampur dengan berbagai Misi dan Visi.
4- Solat
Awam.
Solat golongan yang cukup syarat, tahu bahasa Arab,
tahu fadhilat, tahu doa dan sempurna segala bacaan berkaitan dengan solat. Semasa solat mereka masih
terselit tujuan solat yang bermatlamatkan pahala, syurga, bidadari dan
sebagainya. Mereka tidak akan
solat jika tidak dibalas dengan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya. Mereka
akan mempertikaikan janji ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang termaktub di dalam Al-Quran Al-Karim. Mereka masih merasakan mereka lebih besar
daripada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dan mampu mendakwa dan memerintah ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA untuk melaksanakan segala janji-janji ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA kepada mereka.
5-Solat
orang yang kurang khusyuk.
Golongan ini mampu mencapai khusyuk di dalam solat
tetapi bukan sentiasa dalam keadaan sedemikian, namun kadang-kala khusyuk. Solatnya masih khayal dan teringatkan urusan dunia di luar solat, mereka
insaf dan sedar tetapi hatinya tidak putus dengan urusan dunia.
Golongan ini masih lemah iman dan masih bertuhankan
hawa nafsu pada hakikatnya. Golongan ini masih memerlukan ‘Mujahadah’ untuk mendekatkan diri
kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA.
6- Solat
Orang Soleh.
Golongan ini solat dengan penuh keilmuan, memahami
lafaz-lafaz ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim, hati dan
jasadnya telah dekat dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Urusan dunia tidak mampu melalaikannya
kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Kekayaan dunia dan pangkat yang dimilikinya
di luar solat tidak akan menjauhkan dirinya daripada Rumah ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Malah Pangkat dan
Kekayaan dunia yang dimilikinya makin mendekatkan dirinya kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Hati dan lidahnya sentiasa
memuji Kebesaran ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA sehingga
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA
menggelarkan mereka dengan gelaran “Al-Abrar atau Ashabul Yamin.”
7-Solat
Golongan Al-Muqarrabin.
Solat golongan ini adalah solat yang ditunaikan
dengan penuh kenikmatan dan hubungan mereka semasa solat amatlah Indah. Mereka terlalu dekat dengan
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA semasa
solat, sujud dan tasbih sentiasa mengiringi setiap gerak geri hati dan
pergerakkan mereka semasa solat dan di luar solat.
Solat
adalah peluang terbaik untuk mereka memuja ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, mereka hanya memuja ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Mereka
tidak memuja dunia, pangkat dan wanita, setiap pekerjaan dunia mereka, merek
akan olahkan menjadi syariat dan satu kefardhuan atau kewajipan yang mesti
selaras dengan kehendak ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Tiada
politik kepentingan peribadi dan tiada menjadikan Islam dan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA sebagai
barang dagangan yang boleh dijual beli. Segala-galanya daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dam
mesti dikembalikan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kita sebagai manusia yang lemah tidak layak memiliki sesuatu kerana
segala-galanya adalah milik ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Golongan
ini ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA
anugerahkan pangkat “Al-Muqarrabin.”
8-Solat
Golongan As-Siddiq.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi
kedudukannya di sisi ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Solat adalah talian hayat
hidup mereka. Semua kandungan hikmah di dalam solat dizahirkan ke alam fana.
Unsur puasa di dalam solat, unsur khusyuk, unsur kesucian, unsur pemujaan dan
sebaginya dilahirkan atau dizahirkan di dalam kehidupan seharian.
Akhlak semasa solat adalah sama Akhlaknya di luar
solat. Hati
mereka sentiasa sejuk dan tenang. Segala kesakitan dan penderitaan akan hilang
apabila dia mengadap ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA atau
semasa solat.
Segala
ilmu dan teknologi yang manusia harapkan adalah milik mereka. Segala tindakan
makhluk tidak akan memberi apa-apa kesan dalam kehidupannya. Sesungguhnya mereka telah mewakilkan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA dalam semua urusan, sama ada urusan dunia mahupun
urusan Akhirat.
Mereka
adalah Golongan yang daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan gelaran “As-Siddiq.”
Rujukan:
Berdialog Dengan Allah SWT , m/s :
55-59.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan