Alangkah
bahagianya hidup ini jika kita disayangi dan dicintai, apatah lagi jika yang
menyayangi dan mencintai kita itu adalah Tuhan yang menciptakan kita, Raja
segala Raja. Pastinya Allah swt akan sentiasa dekat dengan hamba yang menjadi
kekasihNya dan sentiasa menolong dan membimbingnya ke arah keselamatan dan
kebahagiaan, di dunia dan di akhirat.
Sebenarnya
petua-petua untuk disayangi dan dicintai Allah swt ada di dalam al Quran.
“Sesungguhnya
Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan
diri.”
[al
Baqarah:222]
“Katakanlah:
“Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi
dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[ali
Imran:31]
“Dan
Allah mencintai orang-orang yang sabar.”
[ali
Imran :146]
“Sesungguhnya
Allah mencintai orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
[ali
Imran: 159]
“Dan
Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan.”
[al
Maidah: 93]
“Sesungguhnya
Allah mencintai orang-orang yang bertakwa.”
[at
Taubah:7]
“Sesungguhnya
Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.”
[al
Mumtahanah:8]
“Sesungguhnya
Allah mencintai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur
seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” [as Saff :4]
Daripada
ayat-ayat al Quran di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa untuk menjadi hamba
Allah yang dicintaiNya, kita haruslah:
1.
Sentiasa bertaubat dan mensucikan diri (zahir dan batin).
2.
Sentiasa melakukan segala apa yang diperintahNya (melalui RasulNya) dan
meninggalkan segala laranganNya.
3.
Sentiasa bersabar.
4.
Sentiasa bertawakkal.
5.
Sentiasa berbuat kebajikan.
6.
Bertaqwa.
7.
Sentiasa berlaku adil.
8.
Berjuang di jalan Allah dalam satu barisan.
Sesungguhnya
cinta Allah itu tiada tandingan.
Yaa Allah,
kami mencintaiMu…
Taken
from http://www.azansubuhkhamis.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan