Pusingan bumi, Matahari yang membakar,
Laut yang berombak, Angin yang bertiup dan lain-lain pergerakan Fitrah Alam.
2-Gerak
yang mendapat keredaan Allah SWT seperti :
Sujud
seorang hamba
kepadaNya,
Puasa
seorang hamba yang
benar-benar mukmin kepada Allah SWT,
Sifat
Pemaaf yang benar-benar
Ikhlas dan Yakin kepada Janji Allah SWT,
Tawaduk
seorang hamba
yang-benar-benar takut kepada Kuasa Allah SWT,
Ketakwaan kepada Allah SWT yang benar-benar
takut kepada amaran Allah SWT dalam keadaan di hadapan mata manusia dan
di belakang mata manusia kerana Sifat Penglihatan Mata Allah SWT tidak sama
sekali seperti pandangan mata manusia
dan lain-lain sifat murni yang Allah
SWT sebutkan dalam Al-Quran Dan Al-Hadis daripada Rasulullah SAW.
Pergerakkan ini Allah SWT izinkan
berlaku supaya pelakunya dapat memasuki dan memanuhi Syurga Allah SWT, mereka
adalah Insan Pilihan Allah SWT untuk mendapat jawatan di dalam Syurga Allah
SWT, mereka adalah Insan Yang Amat Beruntung.
Mereka adalah Golongan yang cintakan
Sifat Mahmudah dan menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan seharian semasa
di dunia.
3-Pergerakkan
yang amat dimurkai oleh Allah SWT seperti :
Berzina, minum arak, berjudi, membuka
aurat, menindas golongan yang lemah, makan riba/interes, mengambil keuntungan
berlebihan atau berlipat kali ganda, tidak membayar hutang, menipu dalam
timbangan dan lain-lain sifat Mazmumah.
Pergerakkan ini Allah SWT izinkan
berlaku supaya pelakunya dapat memasuki Neraka Allah SWT dan memegang jawatan
tertentu di dalam Neraka Allah SWT. Mereka adalah Insan Pilihan Allah SWT untuk
menjalankan tugas-tugas khas di dalam neraka dan mentadbir Neraka Allah SWT
secara kontrak ataupun berjawatan tetap.
Mereka adalah manusia yang paling
jahat yang telah Allah SWT takdirkan nasib mereka atau dengan kata lain Qadak
dan Qadar mereka adalah Insan Dijadikan Daripada Api Neraka dan Dikembalikan Ke
dalam Neraka seperti Firaun dan Abu Jahal serta tentera-tentera
pembantunya.
Rujukan dan Rumusan daripada Buku ” Melihat
Dengan Mata Hati “, m/s : 128.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan