1. Senyum itu tanda
kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang
kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia
menghilangkan maruah diri.
2.
Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda
kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya
lagi.
3. Syukur nikmat
dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat
sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan
dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan
kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan
dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5.
Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat
melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni
bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih
darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada
tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6.
Orang yang sudah hilang sifat marah – dayus,
cepat melahirkan sifat marah – lemah mujahadah. Orang yang ada sifat
marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah
manusia normal.
7. Tahu
diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita
itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu,
khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8.
Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita,
apatah lagi untuk dibanggakan.
9.
Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah
haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10. Apabila
rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada
kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat
kebaikan.
Rujukan:
http://www.muslimdiary.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan