1-Satu kewajipan pada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA yang perlu
disempurnakan.
Surah Al-Lail, ayat : 12.
“Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi
hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).”
2-Hidayah terdapat di mana-mana dan dapat
menyelamatkan manusia.
Surah Taha, ayat 10 dan 20.
Ketika ia melihat api, lalu berkatalah
ia kepada isterinya: “Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku
dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat
api itu: penunjuk jalan.
Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba
tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.”
3-Hidayah tidak akan diberi kepada kaum
yang telah disesatkan.
Surah An-Nahl, ayat : 37.
Jika engkau (wahai MUHAMMAD) terlalu
tamak (inginkan mereka beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya ALLAH tidak
memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya; dan
tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
4-Hidayah daripada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA adalah amat benar.
Surah Al-Baqarah, ayat : 120 dan Surah
Ali Imran, ayat : 73.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak
sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai MUHAMMAD) sehingga engkau
menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka):
“Sesungguhnya petunjuk ALLAH (agama Islam itulah petunjuk yang benar). Dan demi
sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya
(wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah
engkau akan peroleh daripada ALLAH (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi
pertolongan kepada mu.”
Dan (mereka berkata lagi): “Janganlah
kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang mengikut agama kamu.” Katakanlah
(wahai MUHAMMAD): “Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk
ALLAH.” (Mereka berkata pula: “Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi
kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan
dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu.” Katakanlah (wahai MUHAMMAD):
“Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan ALLAH, diberikanNya kepada
sesiapa yang dikehendakiNya; dan ALLAH Maha Luas limpah kurniaNya, lagi
Meliputi pengetahuanNya.
5-Hidayah akan membawa ke Jalan Yang
Lurus.
Surah Al-Anam, ayat :87 dan 88.
“Dan (Kami juga lebihkan darjat)
sebahagian daripada datuk nenek mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan
keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka,
serta Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus.”
“Yang demikian itu ialah petunjuk ALLAH,
yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan
kalau mereka sekutukan (ALLAH dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari
mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).”
6-Hidayah daripada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA memerlukan
penjelasan daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Surah An-Nisa’, ayat : 115.
Dan sesiapa yang menentang (ajaran)
RASULULLAH sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya),
dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami
akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada
hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka
jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
7-Hidayah
akan mudah diterima jika tidak ada perkara yang menghalang.
Surah Al-Kahfi, ayat : 57.
Dan tidaklah ada yang lebih zalim
daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling
daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya;
sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu), Kami jadikan tutupan
berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan
(Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak).
Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian,
mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.”
8-Orang yang mendapat hidayah akan
bertambah ketakwaan atau perasaan takut kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Surah Muhammad, ayat : 17.
“Dan (sebaliknya) orang-orang yang
menerima petunjuk (ke jalan yang benar), ALLAH menambahi mereka dengan hidayah
petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertakwa.”
9-Hidayah tidak akan diberikan kepada
mereka yang memiliki sifat zalim.
Surah Al-Qasas, ayat : 50.
“Kemudian, kalau mereka tidak dapat
menerima cabaranmu (wahai MUHAMMAD), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka
hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada
orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk daripada
ALLAH. Sesungguhnya ALLAH tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang
berdegil dalam keingkarannya).”
10-Tidak semua manusia yang akan
mendapat Hidayah daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, hanya mereka yang dipilih oleh ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA sahaja yang akan
mendapat hidayah daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Surah Al-An’am, ayat : 35.
Dan jika perbuatan mereka berpaling
(daripada menerima apa yang engkau bawa wahai MUHAMMAD) terasa amat berat
kepadamu; maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk
menembusi ke bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya engkau
dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup).
Dan sekiranya ALLAH menghendaki, tentulah ia himpunkan mereka atas hidayah
petunjuk. (Tetapi ALLAH tidak menghendakinya), oleh itu janganlah engkau
menjadi dari orang-orang yang jahil.”
Membentuk Kecerdasan Daripada
Al-Quran. m/s : 121.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan