Pada
suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung.
Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang
mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka
atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan
roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah
meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi
Musa a.s. Diketuknya pintu pelan- pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka
terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.
Perempuan
cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia Berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya
agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah
dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
“Saya
takut mengatakannya.”jawab wanita cantik. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak
Nabi Musa.
Maka
perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya… telah berzina.
“Kepala
Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari
perzinaan itu sayapun…lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…
cekik lehernya sampai… mati,” ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan
bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku
kerana perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana
jijik.
Perempuan
berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera
bangkit dan melangkah keluar. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi
Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tidak tahu harus ke mana lagi hendak
mengadu. Bahkan ia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila
seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal
menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi
Musa.
Jibril
lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat
dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi
Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan
pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada
Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”
“Ada!” jawab
Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang
meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih
besar dari pada seribu kali berzina.”
Mendengar
penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali
kepadanya. Nabi Musa memohonkan ampunan kepada Allah swt untuk perempuan
tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan
sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa
sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan
menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak
punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedang
orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih
mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah swt itu berada di jalan
ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Malah
dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata
“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir
terang-terangan”
(H.R.
Atthabarani)
Dalam
hadis Nabi s.a.w. disebutkan :
“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan
orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan
ibunya di dalam Ka’bah”.
Dalam
hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat
waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu
huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari
360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di
dunia.”
Al-Ghazzali
berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu
tingkat di sisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu
dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada
membunuh 100 orang kafir.”
Ahmad bin
Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan
sembahyang, tetapi dalam mazhab kami: Berkahwin dengan
wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang
meniggalkan sembahyang.”
Demikianlah
kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita
dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.
Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa
atuubuilaiik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan