“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya”
QS Al-Mu’minuun : 1-2
Perhatikan tiga kata dalam ayat di atas Iman, khusyuk dan solat:
Iman : Hanya orang-orang yang beriman yang merindukan ibadah solat.
“(iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."
QS Al Baqarah : 46
Solat: Hakikatnya adalah zikir.
“Sungguh Aku ini adalah ALLAH, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.”
QS Thaahaa : 14
Khusyuk: Adalah buah dari iman kepadaNya:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga mengerti apa yang kamu ucapkan.”
QS An Nisa : 43
HR Bukhari dan Muslim:
“Sesungguhnya Anas ra pernah berkata: Sungguh aku tidak kuasa solat dengan kamu sebagaimana aku pernah melihat Rasulullah SAW solat dengan kami, iaitu apabila mengangkat kepalanya dari rukuk, beliau berdiri tegak sehingga orang-orang menduga bahawa beliau lupa, dan apabila mengangkat kepalanya dari sujud, beliau diam sehingga orang-orang menduga bahawa beliau lupa.”
HR Bukhari, Muslim dan Ahmad:
Daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Nabi SAW pernah masuk masjid. Nabi SAW bersabda: “Apabila kamu berdiri solat bertakbirlah, lalu bacalah ayat yang mudah bagimu, kemudian rukuklah sehingga tumaninah dalam rukuk, kemudian bangkitlah sehingga iktidal dalam keadaaan berdiri, kemudian sujudlah sehingga tumaninah dalam keadaan sujud, kemudian bangkitlah sehingga tumaninah dalam keadaan duduk, kemudian sujudlah sehingga tumaninah dalam keadaan sujud, kemudian berbuatlah demikian dalam semua solatmu.”
Rujukan :
Pelatihan Shalat Khusyu
Oleh: Abu Sangkan
Keluaran: Shalat Center
Halaman: 133 mukasurat
Penulis mengajak kita untuk memasuki sebuah pengalaman baru, sebuah pencerahan jiwa yang benar-benar dapat dirasai dengan mudah. Kita tidak diajak untuk menciptakan rasa khusyuk tetapi kita akan memasuki dan menerima rasa khusyuk tersebut. Kita hanya boleh merasakannya bukanlah menciptakan rasa khusyuk tersebut.
Sebagaimana kita pernah mengalami rasa cinta terhadap seorang kekasih, kita tidak pernah menciptakan rasa cinta tersebut, tetapi kita hanya menerima rasa kecintaan tersebut. Mungkin agak sukar untuk diceritakan keadaannya bagi orang-orang yang tidak pernah mengalaminya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan