Kita mungkin pernah mendengar
ungkapan-ungkapan sepert ‘lidah tidak bertulang’ atau lidah itu lebih tajam
daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur
kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang
tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.
Jika kita
merenung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t nyatalah terdapat pelbagai
keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua
sebagai tanda tentang keagungan dan keesaaan Allah s.w.t.
Di antara
keanehan keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan
lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah
Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama
lain, menerusi percakapan mahupun untuk mencapai keredhaan Tuhan.
Lidah
jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.
Berhati-hati
Oleh
kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, maka kita
hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah. Dalam hubungan lain, kita
hendaklah berhati-hati apabila bertutur. Kesan tersalah cakap boleh membawa
sakit hati kepada orang lain. Tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan
kerugian.
Oleh itu,
sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini
ialah dengan diam. Diam dalam erti kata tidak bercakap dalam perkara yang sia –
sia dan tidak baik.
Sehubungan
dengan ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud.
“Manusia itu ada tiga macam (jenis).
“Manusia itu ada tiga macam (jenis).
Pertama: Yang mendapat pahala.
Kedua: Yang selamat daripada dosa.
Ketiga: Yang binasa.
Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati Allah,
berzikir dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang
diam, manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa melakukan
perkara-perkara maksiat.”
Orang
yang beriman dan bijaksana selalunya tidak berkata atau bercakap sesuatu yang
tidak berfaedah. Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan.
Mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia
apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia. Sesuai dengan Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan
diri, maka dekatilah dia, kerana dia akan mengajarkan kau ilmu hikmah.”
Nyatalah
orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk
perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir
semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat
pahala. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada
percakapannya, Kerana, semakin banyak kita bercakap, semakin banyaklah
kesilapan. Orang-orang munafik pula akan bercakap apa sahaja tanpa
memikirkannya terlebih dahulu.
Di dalam
sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Najah dan Abu Hurairah,
disebutkan Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk
syurga. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:
“Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.”
Apabila
ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah
s.a.w. menjawab:
“Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”
Daripada
hadis di atas jelaslah penyalahgunaan lidah iaitu kerana tuturkata dan
percakapan dan juga penggunaan kemaluan yang bertentangan dengan hukum-hukum
boleh membawa manusia ke neraka.
Seorang
ahli sufi yang terkenal, al-Hassan al-Basri pula pernah menyebutkan, orang
yang tidak menjaga lidahnya ialah orang yang tidak memahami agamanya. Oleh
itu, sebagai orang Islam, kita hendaklah menjaga lidah kita daripada bertutur
perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti mengumpat, mencaci dan
berbohong.
Bertentangan
Bertentangan
Sabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud:
“Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan
kelebihan hartanya.”
Untuk
menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kira mengawal lidah
agar tidak timbul perselisihan dan perbalahan. Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni
terbentuk kerana ahlinya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak
menghasut dan mempelagakan antara satu sama lain.
Luqmanul
Hakim pernah ditanya: “Apakah falsafah hidupmu?” Beliau menjawab: “Aku tidak
bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku
akan sesuatu yang tidak penting bagiku.”
Tidak syak
lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan sahaja menjadikan seseorang
itu menerima seksaan Allah swt malah kesannya amat buruk kepada masyarakat.
Kesan percakapan yang tidak sihat dan tuduh menuduh, umpat mengumpat dan hasut
menghasut menjadikan sebuah masyarakat huru hara dan porak peranda.
Oleh itu
kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila bercakap. Sebelum
berkata, fikirlah dulu buruk baiknya kerana jika tersilap kata buruk padahnya. Peribahasa kita ada
menyebut: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Dengan
apa yang dipaparkan ini, semoga dapat dimanfaatkan bersama dan juga yang
lainnya.
Wallahu a’lam
Wallahu a’lam
Rujukan:
http://www.muslimdiary.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan