Jika kita
melihat contoh orang-orang terdahulu, contoh para ulama salaf, barangkali kita
akan tercengang. Bagaimana tidak? Sungguh menakjubkan amal yang mereka lakukan.
Semangat mereka amat luar biasa. Keberterusan mereka dalam beramal selalu
terjaga. Di antara buktinya adalah kisah-kisah berikut ini.
a. Waki’
bin Al Jarroh rahimahullah berkata, “Al A’masy selama
kurang lebih 70 tahun tidak pernah luput dari takbiratul ihram.”
Masya
Allah, lalu di manakah kita? Tatkala mendengar azan saja tidak dipedulikan.
Apalagi seringnya telat dan bahkan sering menempati shaf terbelakang.
b. Al
Qodhi Taqiyuddin Sulaiman bin Hamzah Al Maqdisi rahimahullah berkata, “Aku
tidaklah pernah solat fardhu sendirian kecuali dua kali. Dan ketika aku solat
sendirian, aku merasa seakan-akan aku tidak solat.”
Lihatlah
penyesalan Sulaiman bin Hamzah di atas. Ia teramat sedih luput dari solat
jamaah. Berbeza dengan kita yang tidak sesedih itu. Hati terasa tenang-tenang
saja (tidak ada rasa menyesal) ketika solat di rumah. Kalau kita teringat akan
pahala solat jamaah yang 27 darjat lebih mulia dari solat sendirian, tentu kita
tidak akan meninggalkannya.
c. Muhammad
bin Sama’ah rahimahullah berkata, “Selama 40 tahun aku
tidak pernah luput dari takbiratul ihram (bersama imam) walaupun sehari saja
kecuali ketika ibuku meninggal dunia.”
Lihatlah
Muhammad bin Sama’ah kerana ada uzur saja beliau tinggalkan solat jamaah. Tidak
seperti kita yang selalu kemukakan beribu alasan, sibuklah, ada tugaslah dan
alasan lainnya yang sebenarnya bukanlah uzur yang dibenarkan.
d. Dalam
biografi Said bin Al Musayyib rahimahullah di kitab Tahdzib
At Tahdzib disebutkan, “Selama 40 tahun tidaklah
dikumandangkan azan melainkan Said telah berada di masjid.”
Lihatlah
semangat yang luar biasa, berusaha tepat waktu ketika solat, berusaha ontime
sebelum azan. Tidak seperti kita yang masih asyik-asyikkan di depan TV, yang
masih asyik-asyikkan bercanda dengan teman, yang lebih senang bersama dengan
isteri dan anak-anak. Wallahul musta’an.
e. Asy
Sya’bi rahimahullah berkata, “Tidaklah azan
dikumandangkan semenjak aku masuk Islam melainkan aku telah berwuduk saat itu.”
Lihatlah
bagaimana semangat Asy Sya’bi yang selalu berusaha pula solat on time, bahkan
sudah berwuduk sebelum azan.
Ulama
belakangan pun ada yang punya kisah demikian. Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah
bin Baz rahimahullah terkenal dengan semangat beliau dalam
ibadah di samping beliau sudah makruf dengan perbendaharaan ilmu diin yang
amat luas. Beliau adalah orang yang rutin menjaga solat sunnah rawatib, rajin
menjaga zikir-zikir khusus dan rutin pula menjaga solat malam (tahajjud).
f. Anak
Syeikh Abdul Aziz bin Baz yang bernama Ahmad berkata, “Aku sudah lama
mengetahui kalau ayahku selalu bangun tidur satu jam sebelum solat subuh dan
ketika itu beliau solat (tahajjud) sebanyak 11 rakaat (sudah termasuk witir,
pen).”
Dari sini
maka sudah sepantasnya orang yang telah mengetahui suatu amalan agar semangat
untuk mengamalkannya. Menuntut ilmu agama bukanlah sekadar tambah wawasan dan
memperluas cakrawala. Hendaklah orang yang sudah mendalami ilmu agama berusaha
lebih giat lagi dalam ibadah kerana mereka adalah qudwah (contoh)
bagi yang lain. Jika orang yang menuntut ilmu agama telah semangat dalam
kebaikan seperti ini, maka yang lainpun akan ikut terpengaruh. Namun jika
mereka malas, maka yang lainpun boleh terpengaruh kebiasaan buruk tersebut.
Jadilah qudwah, jadilah teladan, barengkanlah ilmu dan amal. Tetap
perdalam dan rajin menuntut ilmu diin disertai semangat
mengamalkan ilmu tersebut. Ingat pula bahawa sebaik-baik amalan adalah
yang berterusan walaupun sedikit.
Wallahu
waliyyut taufiq.
Alhamdulillahilladzi
bi ni’matihi tatimmush sholihaat.
Reference:
Al Imam Ibnu Baz, Dr. ‘Abdul ‘Aziz As
Sadhaan, hal. 76-77, terbitan Maktabah Al Malik Fahd, cetakan kedua, 1428 H
Soeta Airport-Jakarta, on Journey to
Jogja, 11 Jumadal Ula 1432 H (14/04/2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan