Ibarat
sebuah pohon, iman itu memiliki cabang-cabang. Dalam salah satu haditsnya,
Rasulullah saw bersabda:
“Iman memiliki lebih dari tujuh puluh atau enam puluh cabang. Cabang
yang paling tinggi adalah perkataan ‘La ilaha illallah’ (tauhid), dan yang paling
rendah adalah menyingkirkan duri (gangguan) dari jalan. Dan malu adalah salah
satu cabang iman.”
[HR.
Bukhari, Muslim]
Di antara
yang perlu kita fahami dari hadits tersebut adalah, bahawasanya
cabang-cabang iman itu amat banyak. Angka-angka dalam hadits tersebut
boleh kita fahami – tentu saja – secara literal, namun perlu juga kita fahami
dengan makna “banyak”. Wallahu a’lam. Hal lain yang perlu kita fahami
dari hadits di atas adalah bahawa cabang-cabang iman itu bertingkat-tingkat.
Ada yang tinggi dan ada yang rendah.
Imam
Al-Baihaqi, salah seorang terkemuka, mendaftar 77 cabang iman. Anda perlu
menyesuaikan apakah semuanya ada dalam diri Anda. Ataukah masih banyak yang
belum melekat pada diri Anda. Mari kita lihat apa sajakah ketujuh puluh tujuh
cabang tersebut.
1. Iman
kepada Allah Azza wa Jalla.
2. Iman
kepada para rasul Allah swt seluruhnya.
3. Iman
kepada para malaikat.
4. Iman
kepada Al-Quran dan segenap kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya.
5. Iman
bahwa qadar – yang baik ataupun yang buruk – adalah berasal dari Allah swt.
6. Iman
kepada Hari Akhir.
7. Iman
kepada Hari Berbangkit sesudah mati.
8. Iman
kepada Hari Dikumpulkannya Manusia sesudah mereka dibangkitkan dari kubur.
9. Iman
bahawa tempat kembalinya mukmin adalah Syurga dan bahawa tempat kembali orang
kafir adalah Neraka.
10. Iman
kepada wajibnya mencintai Allah swt.
11. Iman
kepada wajibnya takut kepada Allah swt.
12. Iman
kepada wajibnya berharap kepada Allah swt.
13. Iman
kepada wajibnya tawakkal kepada Allah swt.
14. Iman
kepada wajibnya mencintai Nabi saw.
15. Iman
kepada wajibnya mengagungkan dan memuliakan Nabi saw.
16. Cinta
kepada din, sehingga ia lebih suka terbebas dari Neraka daripada kafir.
17. Menuntut
ilmu, yakni ilmu syar’i.
18. Menyebarkan
ilmu, berdasarkan firman Allah swt : “Agar engkau menjelaskannya kepada manusia
dan tidak menyembunyikannya” .
19. Mengagungkan
Al-Quran dengan cara mempelajari dan mengajarkannya, menjaga hukum-hukumnya,
mengetahui halal haramnya, memuliakan para ahli dan huffazh-nya, serta takut
pada ancaman-ancamannya.
20. Thaharah.
21. Solat
lima waktu.
22. Zakat.
23. Puasa.
24. Iktikaf.
25. Haji.
26. Jihad.
27. Menyusun
kekuatan fii sabilillah.
28. Tegar
di hadapan musuh, tidak lari dari medan peperangan.
29. Menunaikan khumus.
30. Membebaskan
budak dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah swt.
31. Menunaikan
kaffarat wajib : kaffarat pembunuhan, kaffarat zhihar, kaffarat sumpah,
kaffarat bersetubuh di bulan Ramadhan ; demikian pula fidyah.
32. Menepati
akad.
33. Mensyukuri
nikmat Allah swt.
34. Menjaga
lisan.
35. Menunaikan
amanah.
36. Tidak
melakukan pembunuhan dan kejahatan terhadap jiwa manusia.
37. Menjaga
kemaluan dan kehormatan diri.
38. Menjaga
diri dari mengambil harta orang lain secara bathil.
39. Menjauhi
makanan dan minuman yang haram, serta bersikap wara’ dalam masalah tersebut.
40. Menjauhi
pakaian, perhiasan, dan perabutan yang diharamkan oleh Allah swt.
41. Menjauhi
permainan dan hal-hal sia-sia yang bertentangan dengan syariat Islam.
42. Sederhana
dalam penghidupan (nafkah) dan menjauhi harta yang tidak halal.
43. Tidak
benci, iri, dan dengki.
44. Tidak
menyakiti atau mengganggu manusia.
45. Ikhlas
dalam beramal kerana Allah swt semata dan tidak riak.
46. Senang
dan bahagia dengan kebaikan, sedih dan menyesal dengan keburukan.
47. Segera
bertaubat ketika berbuat dosa.
48. Berkorban
: hadyu, idul adh-ha, aqiqah.
49. Menaati
ulul amri.
50. Berpegang
teguh pada jamaah.
51. Menghukumi
di antara manusia dengan adil.
52. Amar
makruf nahi munkar.
53. Tolong-menolong
dalam kebaikan dan takwa.
54. Malu.
55. Berbakti
kepada kedua orang tua.
56. Menyambung
kekerabatan (silaturrahim).
57. Berakhlak
mulia.
58. Berlaku
ihsan kepada para budak.
59. Budak
yang menunaikan kewajibannya terhadap majikannya.
60. Menunaikan
kewajiban terhadap anak dan isteri.
61. Mendekatkan
diri kepada ahli din, mencintai mereka, dan menyebarkan salam di antara mereka.
62. Menjawab
salam.
63. Mengunjungi
orang yang sakit.
64. Mensolati
mayat yang beragama Islam.
65. Mendoakan
orang yang bersin.
66. Menjauhkan
diri dari orang-orang kafir dan para pembuat kerosakan serta bersikap tegas
terhadap mereka.
67. Memuliakan
tetangga.
68. Memuliakan
tamu.
69. Menutupi
kesalahan (dosa) orang lain.
70. Sabar
terhadap musibah ataupun kelazatan dan kesenangan.
71. Zuhud
dan tidak panjang angan-angan.
72. Ghirah
dan Kelemahlembutan.
73. Berpaling
dari perkara yang sia-sia.
74. Berbuat
yang terbaik.
75. Menyayangi
yang lebih muda dan menghormati yang lebih tua.
76. Mendamaikan
yang bersengketa.
77. Mencintai sesuatu untuk saudaranya
sebagaimana ia juga mencintainya untuk dirinya sendiri, dan membenci sesuatu
untuk saudaranya sebagaimana ia juga membencinya untuk dirinya sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan