Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 10 Ogos 2012

G 11 Kebenaran Al-Quran-Besi di bumi diturunkan daripada langit

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah swt, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. QS. 4 An-Nisaa’:82

RAHSIA BESI

السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم .لا إله إلاَّ الله .محمد رسو   ل الله
الحمد لله رب العا لمين . الصلاة و السلام على رسو ل الله .اما بعد

Besi adalah salah satu unsur yang dinyatakan secara jelas dalam Al-Quran kerana terdapat surat bernama Al-Hadiid yang bererti Besi. Sangat menarik kerana mengapa Allah swt tidak mengemukakan unsur lain seperti Emas misalnya atau perak, intan, permata dan unsur lainnya yang lebih mahal di mata manusia? Dalam Surat 57 Al-Hadiid ayat 25 yang bermaksud:

…dan Kami “TURUNKAN BESI” yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia…

Kata “Anzalna” yang bererti “KAMI turunkan” ini khusus digunakan untuk besi dalam ayat ini, iaitu satu-satunya ayat tentang penciptaan atau adanya besi di bumi kita ini.
Kata ini dapat digunakan secara kiasan untuk menjelaskan bahawa besi diciptakan untuk membawa manfaat yang besar bagi manusia, tapi ketika kita menimbangkan makna Harfiah dari kata “Anzalna” ini iaitu secara nyata diturunkan dari atas atau dari langit, maka ayat ini memiliki keajaiban dan Mukjizat ilmiah yang sangat penting.

Hal ini disebabkan penemuan Astronomi masa kini bahawa logam besi yang ditemukan di bumi kita berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar. Logam berat di Alam Semesta dibuat dan dihasilkan dari inti-inti bintang raksasa, tapi sistem tata suria kita tidak memiliki struktur yang sesuai untuk menghasilkan besi secara sendiri.

Besi ini hanya boleh dibuat dari bintang-bintang yang ukurannya jauh lebih besar dari matahari yang suhunya mencapai ratusan juta darjah. Ketika besi telah melampaui jumlah batas tertentu dalam sebuah bintang, bintang tersebut tidak lagi mampu menanggungnya dan akhirnya meledak melalui sebuah ledakan yang disebut “Nova” atau “Super Nova”.

Akibat dari ledakan ini, meteor-meteor yang mengandung besi bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak dalam ruang hampa di alam semesta hingga mengalami gaya tarikan oleh graviti benda-benda luar angkasa.

Semua ini menunjukkan bahawa logam besi tidak terbentuk di bumi, melainkan kiriman dari bintang-bintang yang meledak di luar angkasa melalui meteor-meteor dan diturunkan ke bumi.

Persis seperti yang dinyatakan dalam ayat tadi bahawa besi itu diturunkan oleh Allah swt dari langit. Bukti ini tidak dapat ditemukan pada abad 7 saat Al-Quran diturunkan kerana pada masa itu belum ada teleskop, pesawat luar angkasa, satelit ataupun lainnya.

Dan tentu ayat ini bukan kebetulan kerana ribuan ayat Al-Quran yang berbicara tentang ilmu pengetahuan tidak ada satupun yang bertentangan dengan penemuan dan bukti ilmiah yang baru ditemukan abad 19-20 baru-baru ini, bahkan masih banyak lagi yang belum mampu dibuktikan.

Sekali lagi ini membuktikan bahawa AL-Quran bukan ciptaan Rasulullah Muhammad SAW, tapi memang dari sisi Allah Yang Maha Sempurna. Sementara dalam Bibel tidak ada ayat yang menyatakan bahawa besi berasal dari atas atau dari langit, tapi Alkitab Kristian malah berbicara sebaliknya!

Ulangan 28:23  Juga langit yang di atas kepalamu akan menjadi tembaga dan tanah yang di bawahpun menjadi besi.

Bagaimana mungkin tanah bumi boleh menjadi besi sedangkan penemuan masa kini membuktikan bahawa bumi dan sistem tata suria kita sekalipun tidak memiliki struktur untuk menghasilkan besi secara sendiri?

Logam besi hanya bisa dihasilkan oleh inti bintang raksasa dan memerlukan suhu yang jauh lebih besar dari Matahari sekalipun hingga ratusan juta darjah!
Ayat christian di atas jelas sangat bertentangan dengan bukti ilmiah?
Apakah ALLAH keliru berfirman?
Apakah ALLAH tak tahu asal mula besi?
Apakah itu firman ALLAH?

Rujukan :
http://islamterbuktibenar.net/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan