Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 7 Ogos 2012

F 88 DERMAWAN PALING KAYA DI DUNIA

Saiyidina Abu Bakar ra merupakan seorang hartawan dan juga jutawan yang sanggup dengan rela hati ikhlas memberikan seluruh harta bendanya bagi suatu perjuangan suci, lalu sanggup pula hidup miskin kerananya. Beliau adalah di antara orang yang mula-mula sekali memeluk Islam dan menjadi sahabat baginda Rasulullah SAW yang paling karib serta paling disayangi.

Sebelum memeluk Islam lagi Saiyidina Abu Bakar ra sudah terkenal sebagai seorang bangsawan Arab yang kaya, baik akhlak serta dihormati oleh masyarakat Quraisyh Mekah. Tetapi setelah ia memeluk Islam, beliau merupakan tokoh Islam yang utama sekali dengan mengorbankan seluruh harta bendanya bagi menegakkan agama Islam di Tanah Arab. Di kalangan para sahabat dialah orang yang paling murah hati dan dermawan sekali.

Pernah dalam peperangan Tabuk, Rasulullah SAW telah meminta pada sekalian umat Muslimin agar mengorbankan harta mereka pada jalan Allah SWT. Maka datanglah Saiyidina Abu Bakar ra membawa seluruh harta bendanya, lalu diletakkan antara dua tangan baginda. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Abu Bakar ra itu baginda menjadi terkejut lalu bertanya kepadanya: “Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah seluruh harta bendamu kau korbankan, apakah lagi yang akan kau tinggalkan untuk anak-anak dan isterimu?” Pertanyaan Rasulullah SAW dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar ra dengan tenang sambil tersenyum, katanya: “Saya tinggalkan mereka Allah dan rasulNya.” Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidian Abu Bakar Al-Siddiq ra yang tiada bandingannya di dunia hingga hari ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan