Terdapat
70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab.
Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada
Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:
1. Ahl
al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila
diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan
kejahatan terhadap mereka.
2. Ahli
as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah swt
dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.
3.
Jiran-jiran Allah swt- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah swt,
duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah swt.
(hadis
riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang
yang mati dalam perjalanan ke Mekah sama ada pergi atau balik
(hadis
riwayat Jabir)
5.
penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada
ibu bapa
(hadis
marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6.
Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim
sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.
(hadis
marfu’ sumber daripada Anas)
7.
Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”
(hadis
sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang
islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat
(hadis
marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Hamba
yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya
(hadis marfu’
riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Orang
yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan
ganjaran Allah swt
(Ibn
Mas’ud)
Al-Hakim
dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu’:
“Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang
masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan
kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan
barangsiapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat
setelah menerima siksaannya.”
Semoga
kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan
dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji
manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah taala.
*Sumber daripada buku Misteri di sebalik
tiupan sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur
al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang mati
& hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad
Ramzi Omar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan