Menghabiskan waktu malam dengan
bermunajat kepada Ilahi
Berbekalkan Hidayah berhubung dengan
Allah SWT.
Semoga Kesengsaraan dan Penderitaan
Umat Islam menjadi bekalan ke Syurga.
Dalam penderitaan zuriat yang
mengenali Ilahi disemai dengan penuh harapan kemenangan.
Penderitaanku adalah Hadiah Paling
Berharga Anugerah Ilahi.
Terus berjuang dengan penuh kenikmatan
kesabaran dan kesyukuran kepada Allah SWT.
—— Nota—- Hadiah kepada Pencinta Bahasa Allah SWT
—— Nota—- Hadiah kepada Pencinta Bahasa Allah SWT
Dengarlah dengan penuh kesedaran
kepada mereka yang Cintakan Bahasa Allah SWT,
Hanya insan yang memiliki Mata hati
sahaja yang sentiasa melihat Zat Allah SWT.
Insan yang memiliki 2 biji mata hanya
melihat dunia yang berada di hadapannya dan buta untuk melihat Kebesaran Allah SWT.
Semoga anda berusaha memahami Bahasa
Allah SWT.
Seorang Teman saya dari amerika yang
memeluk Islam dan berkahwin dengan wanita Fatani, semasa dalam kesakitan
sebelum menemui Allah SWT, dia sentiasa meminta isteri tersayangnya
membaca Al Quran di sisinya, walaupun dia tidak memahami Bahasa Arab tetapi dia
merasakan bahawa dia memahami Bahasa Al Quran dan tenang mendengar Al Quran.
Segala kesakitannya terubat dan hilang
apabila mendengar Ayat – Ayat Suci Al Quran.
Yakinlah Kemampuan Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan