Antara
pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang
dikurniakan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dalam
hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda,
memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.
Imam
Malik berkata: “Aku melihat ALLAH meletak cahaya dalam hatimu,
kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”
Sementara
itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair;
Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia
mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah
ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan ALLAH tidak diberikan kepada ahli maksiat.”
Rezeki tidak lancar
Rezeki tidak lancar
Dalam Musnad Ahmad, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:
“Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat
yang ia lakukan.”
Seperti ketakwaan kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan
mendatangkan kekafiran.
Keterasingan antara ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA
Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apapun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.
Ada
seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat
lalu dijawab: “Jika kamu menemukan
keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu
dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang
rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.”
Keterasingan antara manusia
Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.
ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA akan
menyulitkan urusannya
Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.
Kegelapan
dalam hati
Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat
dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah
cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan
dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal
yang menghancurkan tanpa disedari.
Maksiat
melemahkan kekuatan hati
Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal
disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat
fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan
dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.
Renungkan
bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika
memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan
hati mereka.
Malas mengerjakan ibadat
Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA nilainya melebihi dunia dan segala isinya.
Terbiasa berbuat dosa
Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.
Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan
dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada
pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan.
RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:
“Semua umatku akan dimaafkan oleh ALLAH kecuali muhajirun (yang
terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika ALLAH menutupi
seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia
mengatakan, “Hai teman, semalam aku
melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika ALLAH
menutupnya.”
(Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumber:intim.wordpress.com/page/4/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan