Jendela
Hikmah: Rasulullah berpesan hati-hati beri, terima pujian
Oleh Prof Madya Maznah Daud SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmunah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah swt. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam”.
Oleh Prof Madya Maznah Daud SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmunah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah swt. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam”.
(Surah al
Fatihah, ayat 2)
Segala
yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha Bijaksana
termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita.
Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila
mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?
Memuji
Allah swt dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ mengandungi pengiktirafan akan
Kebesaran, Keagungan, Kesempurnaan zat dan sifat-Nya. Di samping itu, ia juga
mengandungi pengertian kesyukuran tulus ikhlas di atas segala nikmat-Nya yang
tidak terkira.
Memuji
Allah swt adalah satu ibadat dan Allah swt sangat suka kepada hamba yang
memuji-Nya. Jabir bin
Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Zikir yang paling afdal ialah ‘LailahaillaAllah’ dan doa yang paling
afdal ialah ‘Alhamdulillah’.”
(Hadis
riwayat at-Tirmizi)
Anas bin
Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba,
lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’
yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.”
(Hadis
riwayat Ibn Majah)
Daripada
Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seseorang hamba berkata, “Wahai Tuhanku, untuk-Mu saja segala
pujian yang selayaknya dengan keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu,
dua malaikat terpinga-pinga, tidak tahu apa yang hendak dicatatkan. Lalu
kedua-duanya segera menghadap Allah dan berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
seorang hamba-Mu mengungkap satu ucapan yang kami tidak mengetahui bagaimana
menulis pahalanya. Allah bertanya apakah ungkapan itu sedangkan Dia sudah
mengetahuinya. Maka malaikat itu menyebut ungkapan yang didengari. Allah
berfirman kepada kedua-duanya: Kalian berdua tulislah apa yang diucapkan oleh
hamba-Ku itu. Apabila tiba waktu dia kembali menemui-Ku nanti Aku akan
memberinya ganjaran yang sesuai dengan ucapannya itu.”
(Hadis
riwayat Ibn Majah)
Diriwayatkan,
Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas
Baginda SAW bersabda yang maksudnya:
“Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian
Baginda SAW menambah: “Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak
daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan
sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.”
(Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Muawiyah
berkata bahawa Rasulullah SAW jarang sekali meninggalkan pesanan ini di dalam
khutbah Jumaatnya:
“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, diberinya kefahaman
yang mendalam mengenai agama. Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan.
Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya.
Berwaspadalah kamu daripada perangai puji memuji. Sesungguhnya pujian itu
adalah sembelihan.”
(Hadis
riwayat Ahmad)
Namun
kita perlu bezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan
pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan
digalakkan bertujuan memberi galakkan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan
kasih sayang. Nawaitu perlu dijaga sepanjang waktu.
Kita juga
dilarang memuji diri sendiri dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah yang
bermaksud:
“Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada
orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan
hak manusia) bahkan Allah jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa
yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan
dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.”
(Surah
an-Nisaa, ayat 49)
Menurut
al-Hasan dan Qatadah, ayat ini mengenai Yahudi dan Nasrani yang mendakwa mereka
adalah anak Allah dan kekasih-Nya.
Mereka juga berkata: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga
melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasran. Yang demikian itu
hanyalah angan-angan mereka saja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah ke mari
keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu,
jika betul kamu orang-orang yang benar.”
(Surah
al-Baqarah, ayat 111)
Al-Miqdad
bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke
muka orang yang suka memuji diri.”
(Hadis
riwayat Muslim)
Terkesan
dengan tarbiah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab pernah
berkata:
“Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum
kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang
beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang
berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga,
maka sebenarnya dia ahli neraka.”
(Hadis
riwayat Ibn Marduwaih)
Artikel disediakan dengan kerjasama wanita JIM.
Penulis boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan