Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 13 Ogos 2012

G 28 Memahami Takdir Allah SWT

Engkau tidak dikatakan beriman kepada ALLAH hingga engkau beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk dan engkau harus mengetahui bahawa apa saja yang akan menimpamu tidak akan luput darimu dan apa saja yang luput darimu tidak akan menimpamu.”

Beriman kepada Takdir

Kaum muslimin yang semoga dimuliakan oleh
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, salah satu rukun iman yang wajib diimani oleh setiap muslim adalah beriman kepada takdir baik mahupun buruk. Perlu diketahui bahawa beriman kepada takdir ada empat tingkatan :

[1] Beriman kepada ilmu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang azali sebelum segala sesuatu itu ada. Di antaranya seseorang harus beriman bahawa amal perbuatannya telah diketahui (diilmui) oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebelum dia melakukannya.

[2] Mengimani bahawa
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menulis takdir di Lauhul Mahfuzh.

[3] Mengimani masyi’ah (kehendak
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA) bahawa segala sesuatu yang terjadi adalah kerana kehendakNya.

[4] Mengimani bahawa
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menciptakan segala sesuatu. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA adalah Pencipta satu-satunya dan selainNya adalah makhluk termasuk juga amalan manusia.

Dalil dari tingkatan pertama dan kedua di atas adalah firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (yang ertinya),

Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya ALLAH mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi? bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi ALLAH.
(QS. Al Hajj [22] : 70)

Kemudian dalil dari tingkatan ketiga di atas adalah firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (yang ertinya),

“Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki ALLAH, Tuhan semesta alam.
(QS. At Takwir [81] : 29)

Sedangkan untuk tingkatan keempat, dalilnya adalah firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (yang ertinya),

ALLAH menciptakan kamu dan apa saja yang kamu perbuat.” 
(QS. Ash-Shaffaat [37] : 96)

 Pada ayat ‘Wa ma ta’malun’ (dan apa saja yang kamu perbuat) menunjukkan bahawa perbuatan manusia adalah ciptaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Macam-macam Takdir

Takdir itu ada 2 macam :

[1] Takdir umum mencakup segala yang ada. Takdir ini dicatat di Lauhul Mahfuzh. Dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah mencatat takdir segala sesuatu hingga hari kiamat. Takdir ini umum bagi seluruh makhluk. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda,

Sesungguhnya yang pertama kali diciptakan ALLAH adalah qalam (pena). ALLAH berfirman kepada qalam tersebut, “Tulislah.” Kemudian qalam berkata, “Wahai Rabbku, apa yang akan aku tulis?” ALLAH berfirman, “Tulislah takdir segala sesuatu yang terjadi hingga hari kiamat.
(HR. Abu Daud. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih wa Dho’if Sunan Abi Daud).

[2] Takdir yang merupakan rincian dari takdir yang umum. Takdir ini terdiri dari :


(a) Takdir ‘Umri iaitu takdir sebagaimana terdapat pada hadits Ibnu Mas’ud, di mana janin yang sudah ditiupkan ruh di dalam rahim ibunya akan ditetapkan mengenai 4 hal iaitu:
(1) rezeki, (2) ajal, (3) amal, dan (4) sengsara atau berbahagia.

(b) Takdir Tahunan iaitu takdir yang ditetapkan pada malam lailatul qadar mengenai kejadian dalam setahun. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman (yang ertinya),

Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”
(QS. Ad Dukhan [44] : 4)

Ibnu Abbas mengatakan, “Pada malam lailatul qadar, ditulis pada ummul kitab segala kebaikan, keburukan, rezeki dan ajal yang terjadi dalam setahun.”
(Lihat Ma’alimut Tanzil, Tafsir Al Baghowi)

Seorang muslim harus beriman dengan takdir yang umum dan terperinci ini. Barangsiapa yang mengingkari sedikit saja dari keduanya, maka dia tidak beriman kepada takdir. Dan bererti dia telah mengingkari salah satu rukun iman yang wajib diimani.

Salah dalam Menyikapi Takdir 

Dalam menyikapi takdir
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, ada yang mengingkari takdir dan ada pula yang terlalu berlebihan dalam menetapkannya.

Yang pertama ini dikenal dengan Qodariah. Dan di dalamnya ada dua kelompok lagi. Kelompok pertama adalah yang paling ekstrim. Mereka mengingkari ilmu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA terhadap segala sesuatu dan mengingkari pula apa yang telah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tulis di Lauhul Mahfuzh. Mereka mengatakan bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memerintah dan melarang, namun ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak mengetahui siapa yang taat dan berbuat maksiat. Perkara ini baru saja diketahui, tidak didahului oleh ilmu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan takdirnya. Namun kelompok seperti ini sudah musnah dan tidak ada lagi.

Kelompok kedua adalah yang menetapkan ilmu
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, namun meniadakan masuknya perbuatan hamba pada takdir ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Mereka menganggap bahawa perbuatan hamba adalah makhluk yang berdiri sendiri, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak menciptakannya dan tidak pula menghendakinya. Inilah madzhab mu’tazilah.

Kebalikan dari Qodariah adalah kelompok yang berlebihan dalam menetapkan takdir sehingga hamba seolah-olah dipaksa tanpa mempunyai kemampuan dan ikhtiyar (usaha) sama sekali. Mereka mengatakan bahawasanya hamba itu dipaksa untuk menuruti takdir. Oleh kerana itu, kelompok ini dikenal dengan Jabariah.

Keyakinan dua kelompok di atas adalah keyakinan yang salah sebagaimana ditunjukkan dalam banyak dalil. Di antaranya adalah firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (yang ertinya),

(iaitu) bagi siapa di antara kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki ALLAH, Tuhan semesta alam.
(QS. At Takwir [81] : 28-29)

Ayat ini secara tegas membantah pendapat yang salah dari dua kelompok di atas. Pada ayat, (iaitu) bagi siapa di antara kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus, merupakan bantahan untuk jabariah kerana pada ayat ini ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menetapkan adanya kehendak (pilihan) bagi hamba. Jadi manusia tidaklah dipaksa dan mereka berkehendak sendiri. Kemudian pada ayat selanjutnya, Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki ALLAH, Tuhan semesta alam,”  merupakan bantahan untuk qodariah yang mengatakan bahawa kehendak manusia itu berdiri sendiri dan diciptakan oleh dirinya sendiri tanpa tergantung pada kehendak ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Ini perkataan yang salah kerana pada ayat tersebut, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengaitkan kehendak hamba dengan kehendakNya.

Keyakinan yang Benar dalam Mengimani Takdir

Keyakinan yang benar adalah bahawa semua bentuk ketaatan, maksiat, kekufuran dan kerosakan terjadi dengan ketetapan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kerana tidak ada pencipta selain Dia. Semua perbuatan hamba yang baik mahupun yang buruk adalah termasuk makhluk ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Dan hamba tidaklah dipaksa dalam setiap yang dia kerjakan, bahkan hambalah yang memilih untuk melakukannya.

As Safariny mengatakan, “Kesimpulannya bahawa mazhab ulama-ulama terdahulu (salaf) dan Ahlus Sunnah yang hakiki adalah meyakini bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menciptakan kemampuan, kehendak, dan perbuatan hamba. Dan hambalah yang menjadi pelaku perbuatan yang dia lakukan secara hakiki. Dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjadikan hamba sebagai pelakunya, sebagaimana firmanNya (yang ertinya),

Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah.
(QS. At Takwir [81] : 29)

Maka dalam ayat ini ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menetapkan kehendak hamba dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengabarkan bahawa kehendak hamba ini tidak terjadi kecuali dengan kehendakNya. Inilah dalil yang tegas yang dipilih oleh Ahlus Sunnah.”

Jangan Hanya Bersandar pada Takdir
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

Sebagian orang ada yang salah faham dalam memahami takdir. Mereka menyangka bahawa seseorang yang mengimani takdir itu hanya pasrah tanpa melakukan sebab sama sekali. Contohnya adalah seseorang yang meninggalkan isterinya berhari-hari untuk berdakwah keluar kota. Kemudian dia tidak meninggalkan sedikitpun harta untuk kehidupan isteri dan anaknya. Lalu dia mengatakan, “Saya pasrah, biarkan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang akan memberi rezeki pada mereka.” Sungguh ini adalah suatu kesalahan dalam memahami takdir.

Ingatlah bahawa
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memerintahkan kita untuk mengimani takdirNya, di samping itu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA juga memerintahkan kita untuk mengambil sebab dan melarang kita bermalas-malasan. Apabila kita telah mengambil sebab, namun kita mendapatkan hasil yang sebaliknya, maka kita tidak boleh berputus asa dan bersedih kerana hal ini sudah menjadi takdir dan ketentuan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Oleh kerana itu, NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda,

Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu. Dan minta tolonglah pada ALLAH dan janganlah malas. Apabila kamu tertimpa sesuatu, janganlah kamu berkata: ‘Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini atau begitu’, tetapi katakanlah: ‘Qodarollahu wa maa sya’a fa’al’ (Ini telah ditakdirkan oleh ALLAH dan ALLAH berbuat apa yang dikehendak-Nya) kerana ucapan ‘seandainya’ akan membuka (pintu) syaitan.
(HR. Muslim)

Buah dari Beriman kepada Takdir

Di antara buah dari beriman kepada takdir dan ketetapan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA adalah hati menjadi tenang dan tidak pernah risau dalam menjalani hidup ini. Seseorang yang mengetahui bahawa musibah itu adalah takdir ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, maka dia yakin bahawa hal itu pasti terjadi dan tidak mungkin seseorangpun lari darinya.

Daripada Ubadah bin Shomit, beliau pernah mengatakan pada anaknya, ”Engkau tidak dikatakan beriman kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA hingga engkau beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk dan engkau harus mengetahui bahawa apa saja yang akan menimpamu tidak akan luput darimu dan apa saja yang luput darimu tidak akan menimpamu. Saya mendengar RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda,

“Takdir itu demikian. Barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak beriman seperti ini, maka dia akan masuk neraka.”
(Shahih. Lihat Silsilah Ash Shahihah no. 2439)

Maka apabila seseorang memahami takdir ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan benar, tentu dia akan menyingkapi segala musibah yang ada dengan tenang. Hal ini pasti berbeza dengan orang yang tidak beriman pada takdir dengan benar, yang sudah barang tentu akan merasa sedih dan gelisah dalam menghadapi musibah. Semoga kita dimudahkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untuk sabar dalam menghadapi segala cubaan yang merupakan takdir ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Yaa ALLAH, kami meminta kepadaMu syurga serta perkataan dan amalan yang mendekatkan kami kepadanya. Dan kami berlindung kepadaMu dari neraka serta perkataan dan amalan yang dapat mengantarkan kami kepadanya. Yaa ALLAH, kami memohon kepadaMu, jadikanlah semua takdir yang Engkau tetapkan bagi kami adalah baik. Amin Yaa Mujibbad Da’awat.


[Sumber rujukan utama : [1] Al Irsyad ila Shohihil I’tiqod, Syaikh Fauzan Al Fauzan, [2] Syarh Al Aqidah Al Wasithiyyah, Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin]
***
Penulis : Muhammad Abduh Tuasikal


Tiada ulasan:

Catat Ulasan