ARTIKEL
mengenai malas beribadat yang disiarkan dua minggu lalu mendapat perhatian
pembaca ruangan ini. Ada yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara
itu dan cara mengatasinya.
Dalam artikel lalu, dinyatakan antara bentuk malas beribadat adalah rasa malas beribadah dan kadang-kadang boleh meninggalkannya sama sekali. Sikap lemah itu timbul akibat renggangnya hubungan seorang hamba dengan Penciptanya.
Cara
menghadapi malas beribadat dalam diri.
1-
Membaca, merenung dan memikirkan kandungan al Quran.
Firman ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA
bermaksud:
“Dan Kami turunkan al Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat
kepada orang yang beriman.”
(Surah
al-Isra, ayat 82)
Ada dua
perkara yang dianjurkan Ibnul Qayyim bagi mengatasi kemalasan daripada
kekerasan hati.
Pertama,
bertafakur dan alihkan hatimu dari dunia untuk beberapa waktu, lalu ditempatkan
di akhirat.
Kedua,
hadapkan seluruh hatimu pada pengertian al Quran, memikirkan dan memahami apa
yang dimaksudkan serta mengapa ia diturunkan. Hayati semua ayatnya. Jika suatu
ayat diturunkan untuk mengubat hati, maka dengan izin ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA hati itu
pun akan sembuh.
2-Merasakan
keagungan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA.
Antara
ungkapan indah Ibnul Qayyim ketika menyifatkan keagungan ALLAH Yang Maha
Tinggi: “Dia yang mengatur urusan semua hamba, memerintah, melarang,
mencipta, melimpahkan rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan dan
menghinakan manusia. Begitu juga menjadikan malam dan siang, menggantikan hari
demi hari antara manusia, membalikkan kekuasaan dan menggantikannya dengan
kekuasaan yang lain serta urusan dan kekuasaanNya berlaku di bumi dan antara
kedua-duanya, di lautan dan daratan. IlmuNya meliputi segala sesuatu dan mampu
menghitung segala sesuatu.
“PendengaranNya
mencakupi pelbagai suara dan tidak ada yang menyerupaiNya. Bahkan, Dia dapat
mendengar suara hiruk-pikuk yang saling bertindih dengan pelbagai perbezaan
bahasa. PendengaranNya tidak akan diganggu oleh pendengaran yang lain, tidak
menjadi kacau-bilau kerana banyak masalah. Tidak pernah jemu meskipun terus
menerus diajukan secara bertubi-tubi dengan permintaan orang yang mempunyai
keperluan.
“PenglihatanNya
meliputi segala sesuatu yang nampak, sehingga Dia mampu melihat langkah kaki
semut hitam di tengah-tengah padang pasir yang luas terbentang pada tengah
malam gelap-gelita. Yang ghaib dapat disaksikan dan yang tersembunyi nampak
jelas bagiNya.”
Firman ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA
bermaksud:
“Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap
waktu Dia dalam kesibukan.”
(Surah
ar-Rahman, ayat 29).
3-
Mendalami ilmu syariat.
Maksudnya
adalah ilmu yang mampu menimbulkan rasa takut kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA dan
menambah beratnya timbangan iman. Dengan mengetahui ilmu itu, seseorang akan
mengetahui apa yang terjadi sesudah mati, kehidupan di alam kubur, ketakutan
dahsyat di padang Mahsyar, nikmat yang dikecapi di syurga dan azab pedih di
neraka. Begitu juga nikmah syariat, masalah halal dan haram serta perjalanan
hidup nabi dan pelbagai perkara yang tidak terhitung manfaatnya.
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA berfirman
bermaksud:
“Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak
mengetahui?”
(Surah
az-Zumar, ayat 9).
4-Mencari
persekitaran dan sahabat soleh.
Keadaan
seseorang banyak ditentukan persekitarannya. Lingkungan baik akan meningkatkan
keimanan. Di sanalah seseorang mendapat teguran dan bimbingan ketika melakukan
kesalahan.
Di sana
pula dirasakan suasana berlumba dalam melakukan ketaatan, zikrullah, turunnya
rahmat dan datangnya ketenteraman hati.
5-Memperbanyakkan
kerja amal.
Kerja
amal mampu memberikan pengaruh ketara terhadap hati dan jiwa manusia. Apabila
kita melakukan kerja kebaikan dan apa saja amal soleh, jiwa pasti puas dan
penuh kedamaiannya.
6-Tumbuhkan
rasa takut su’ul khatimah (kesudahan yang buruk)
Takut
kepada kematian dalam dosa atau sesat akan mendorong seorang Muslim untuk taat
dan memperbaharui iman.
7-Banyak
mengingati mati.
Mengingati
mati juga akan membenteng seseorang daripada derhaka kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Hati
keras berubah menjadi lembut. Tidaklah seseorang itu mengingati mati ketika
dilanda kehidupan yang sempit melainkan akan membuatnya menjadi lapang.
Antara
cara mengingatkan mati adalah dengan sering menziarahi kubur. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM
bersabda:
“Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah, sekarang ziarahilah
kubur kerana itu boleh melunakkan hati, membuat mata menangis, mengingatkan
hari akhirat dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang kotor.”
(Hadis
riwayat Hakim)
8-Kepatuhan
dan berlepas diri
Saling
tolong-menolong dan patuh terhadap sesama mukmin serta berlepas diri daripada
orang kafir. Hati yang bergantung dan terpaut pada musuh ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA, akan
menjadi lemah. Keimanannya akan menurun dan mencair. Sebaliknya, apabila
kepatuhan dimurnikan dan hanya kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, maka ia akan menghidupkan
keimanan dan semangat dalam hati.
9-Muhasabah
jiwa ketika datang kelemahan
Menurut
Ibnu al-Qayyim, hati memiliki dua sikap iaitu menerima dan menolak. Manfaatkan
dua keadaan itu, sama ada ketika cenderung menerima dan menolak. Ketika hati
cenderung menerima, perbanyakkan amal soleh dan ibadah sunnah. Laksanakanlah
ibadah sebanyak mungkin pada waktu siang dan malam.
Pada
waktu hati sedang menolak (futur), ikatnya dengan melakukan amal wajib saja RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM ditanya
seorang sahabat : “Wahai RASULULLAH, apa pendapat anda apabila aku merasakan
lemah dalam melakukan suatu amal?” Baginda menjawab: “Peliharalah keburukanmu daripada
manusia kerana itu adalah sedekah bagi dirimu.” Maksudnya jangan
menunjukkan keburukan kita di depan manusia lain.
10-Menelaah
kisah teladan salafussoleh.
Sikap dan
teladan salafussoleh, termasuk ulama dan mujahidin hingga zaman kini akan
menumbuhkan rasa hina dalam diri hingga menyuntikkan semangat baru dalam jiwa
seseorang untuk menjadikan mereka sebagai contoh.
Oleh Endok Sempo Tahir
Pandangan dan masalah layari
www.wanitajimceria.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan