Setiap amalan yang hendak
dilaksanakan mestilah ikhlas semata-mata kerana ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA. ALLAH
SUBHANAHU WA TA’ALA tidak akan memandang sesuatu amalan yang dilaksanakan
kerana riak atau untuk mendapat pujian daripada manusia. Sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:
"Barangsiapa
beramal kerana riak, ALLAH akan menolak amal itu pada hari kiamat."
(Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Abu Hurairah r.a. berkata,
"Aku telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda,
"ALLAH
SUBHANAHU WA TA’ALA berfirman yang bermaksud, 'Aku adalah Zat Yang paling kaya
dari persekutuan-persekutuan yang ada. Barangsiapa beramal dengan suatu amalan
bercampur dengan syirik (persekutuan) di dalamnya antara Aku dengan selain Aku,
Aku akan meninggalkannya dan apa yang dipersekutukan itu."
(Hadis Riwayat Muslim)
Daripada hadis yang lain
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Barangsiapa
mempelajari ilmu yang seharusnya untuk mencari reda Allah (namun) ia tidak
mempelajarinya, kecuali untuk mendapatkan perhiasan dunia, sungguh ia tidak
akan mendapatkan baunya syurga pada hari Kiamat."
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan