Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 27 Disember 2018

T 7 : JAUHI SIFAT BAKHIL(KIKIR)

Jauhi Sifat Bakhil (Kikir) Kerana Sifat Ini Adalah Sifat Qarun Yang Dibinasakan Oleh Allah SWT.
Sesuatu yang sangat penting untuk diketahui setiap muslim ialah bahawa harta yang dimiliki dalam bentuk apapun yang ada di sekitarnya adalah milik ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA. 

Tidaklah seseorang itu boleh mendakwa bahawa harta yang dimiliki adalah haknya secara mutlak kerana apa yang dia miliki adalah dengan izin Allah, manusia tidaklah berkuasa sepenuhnya pada harta tersebut. Status harta itu hanya amanah atau pinjaman daripada ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA sahaja. Sebagaimana dalam hadis daripada Nabi SAW :

يَا عِبَادِيْ كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلَّا مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُوْنِيْ أُطْعِمْكُمْ يَا عِبَادِيْ كُلُّكُمْ عَارٍ إِلَّا مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُوْنِيْ أَكْسُكُمْ

“Wahai para hambaKu, kalian semua pada asalnya lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka mohonlah makanan kepadaKu. Wahai para hambaKu, sesungguhnya kalian pada asalnya telanjang, kecuali orang yang Kuberi pakaian, maka mohonlah kepadaKu pakaian.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Gambaran hadis di atas menguatkan bahawa manusia tidaklah memiliki apa-apa semua keperluan hidupnya dicukupkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA. Dan perlu diingat, manakala lahir di dunia manusia tidaklah membawa apapun walau sehelai benang, lalu ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA berikan rezeki kepadanya berupa makanan, pakaian dengan berbagai aneka ragam jenis dan jumlahnya. Dalil yang melarang dari perbuatan bakhil di antaranya adalah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ» قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا هِيَ؟ قَالَ: «الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالشُّحُّ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ»

Daripada sahabat Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam telah bersabda :

"Jauhillah tujuh kehancuran yang dapat menimpa kalian." Lalu (sahabat) bertanya, "Apakah itu wahai Rasulullah?" Lalu baginda menjawab, "Menyekutukan Allah, bakhil (kikir), membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh zina wanita mukminat yang suci.”
(Hadis Riwayat an-Nasai)

Banyak contoh tentang kehancuran orang-orang yang bakhil. Salah satunya adalah Qarun sebagai raja kebakhilan yang pernah muncul di muka bumi ini. Di mana ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA akhirnya menenggelamkannya beserta gedung dan harta kekayaannya. Kisah tersebut boleh dibaca dalam Al-Quran pada surah Al-Qashash. Perkara ini perlu dijadikan sebagai pelajaran bahawa bakhil dapat membawa kepada kehancuran di dunia dan akhirat.
Sifat bakhil terbena akibatkan kecintaan yang berlebihan terhadap dunia, tidak adanya keyakinan tentang kemuliaan yang ada di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA, sifat tamak dan kagum kepada diri sendiri serta sebab-sebab lainnya.
Sudah semestinya bagi hamba-hamba yang taat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA dan RasulNya untuk menjauhi sifat yang tercela ini, agar tidak menyesal kelak di kemudian hari.
Adapun bakhil ialah menahan harta yang sepatutnya dia keluarkan. Sebagai contoh, dia mempunyai kemampuan untuk membayar zakat tapi dia enggan dan ingkar (tidak menunaikannya), atau dia seorang yang memiliki banyak harta tapi manakala datang fakir miskin untuk meminta haknya lalu tidak dia berikan hak itu kepada mereka. Dia enggan bersedekah untuk pembinaan maahad tahfiz, sekolah agama dan tidak suka infak di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam memberi peringatan dalam sabdanya:

لَا يَسْأَلُ رَجُلٌ مَوْلَاهُ مِنْ فَضْلٍ هُوَ عِنْدَهُ، فَيَمْنَعُهُ إِيَّاهُ، إِلَّا دُعِيَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَضْلُهُ الَّذِيْ مَنَعَهُ شُجَاعًا أَقْرَعَ

“Tidaklah seseorang meminta kelebihan harta yang dimiliki tuannya lalu dia tidak memberinya kecuali akan didatangkan ketika hari kiamat kelebihan harta itu berupa ular botak.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Untuk dijauhi daripada sifat bakhil ini para ulama telah memberikan jalan penyelesaiannya. Di antaranya dengan banyakkan bersedekah dan berinfak, memikirkan tentang kehinaan dan kerendahan harta di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA, memikirkan balasan yang azab akan diterima di hari akhirat nanti, memahami hakikat harta adalah pinjaman dan tidak kekal, banyakkan bergaul dengan orang-orang soleh dan menjauhi orang-orang yang mempunyai sifat bakhil.

Islam menggalakkan kita bersedekah sebagiaman firman ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA yang bermaksud:

“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Baqarah ayat 271)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan