وَإِذَا حُيِّيتُمْ
بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ
عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
"Dan apabila kamu
diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam),
maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau
balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung
tiap-tiap sesuatu."
[Surah an-Nisa' ayat 86]
Antara adab yang dianjurkan
oleh Islam ialah melazimkan ucapan salam. Sabda Nabi SAW yang bermaksud,
"Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang bilamana kamu kerjakan, maka kamu akan saling mencintai, sebarkan salam di antara kamu."
(HR Muslim)
Hal ehwal salam:
1. Mengucapkan salam itu
sunat dan menjawabnya adalah wajib. (HR Muslim)
2. Cara menjawab salam
disesuaikan dengan salam yang diucapkan atau dijawab dengan lebih baik.
(An-Nisak 86)
3. Sunat mengucapkan dan
menjawab salam dengan suara yang kuat. (HR al-Bukhari, al-Azkar&Zaadul
Ma'ad)
4. Sunat ucap salam kepada
semua Muslim samada kenal atau tidak. (HR al-Bukhari)
5. Sunat orang yang
berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, yang berjalan kaki
kepada yang duduk, yang sedikit kepada yang ramai dan yang lebih muda kepada yang
lebih tua. (HR al-Bukhari, lihat Fathul Bari)
6. Sunat ucap salam sebelum
meninggalkan majlis, forum, ceramah. (HR Abu Daud)
7. Makruh mengucapkan salam
sesama makmum semasa khutbah Jumaat sedang berlangsung. (HR al-Bukhari, Fatwa
Lajnah Daimah)
8. Dilarang ucap salam kepada
Yahudi dan Nasrani. (HR Muslim)
9. Dianjurkan ucap salam kepada
kanak-kanak. (HR Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan