Nabi Shallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda,
مَا لِيْ وَلِلدُّنْيَا؟ مَا
أَنَا وَالدُّنْيَا؟! إِنَّمَا مَثَلِيْ وَمَثَلُ الدُّنْيَا كَمَثَلِ رَاكِبٍ
ظَلَّ تَحْتَ شَجَرَةٍ ثُمَّ رَاحَ وَتَرَكَهَا
"Apalah ertinya
dunia ini bagiku? Apa urusanku dengan dunia? Sesungguhnya perumpamaanku dan
perumpamaan dunia ini ialah seperti pengendara yang berteduh di bawah pohon, ia
istirehat (sesaat) kemudian meninggalkannya."
(Hasan shahih: HR. Ahmad,
I/391, 441 dan at-Tirmidzi, no. 2377; Ibnu Mâjah, no. 4109)
Dan semenjak itu Ibn Umar
selalu berkata: “Apabila engkau berada pada waktu petang maka janganlah engkau tunggu
datangnya waktu pagi dan apabila engkau berada pada waktu pagi maka janganlah
engkau tunggu datangnya waktu petang dan ambillah peluang dari kesihatanmu itu
membuat amal untuk masa sakitmu dan peluang masa hidupmu berbekal untuk matimu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Musafir di dunia. ‘Ali bin
Abi Thâlib radhiyallahu anhu berkata:
اِرْتَحَلَتِ الدُّنْيَا
مُدْبِرَةً، وَارْتَحَلَتِ الْآخِرَةُ مُقْبِلَةً، وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا
بَنُوْنٌ، فَكُوْنُوْا مِنْ أَبْنَاءِ الْآخِرَةِ، وَلَا تَكُوْنُوْا مِنْ
أَبْنَاءِ الدُّنْيَا، فَإِنَّ الْيَوْمَ عَمَلٌ وَلَا حِسَابٌ وَغَدًا حِسَابٌ
وَلَا عَمَلٌ
"Sesungguhnya dunia
akan pergi meninggalkan kita, sedangkan akhirat pasti akan datang.
Masing-masing dari dunia dan akhirat memiliki anak-anak, kerananya, hendaklah
kalian menjadi anak-anak akhirat dan jangan menjadi anak-anak dunia, kerana
hari ini adalah hari amal bukan hisab, sedang kelak adalah hari hisab bukan
amal."
(Shahîhul Bukhâri, kitab:
ar-Riqâq, bab: fil Amali wa Thûlihi, Fat-hul Bâri XI/235. Lihat juga Jâmi’ul
‘Ulûm wal Hikam, II/378)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan