Penulis:
Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilali
Edisi Indonesia:
Penyebab Rusaknya Amal Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah yang Shahih.
Penterjemah:
Badrussalam, Lc
Muraja’ah: Team
Pustaka Imam Syafi’i.
Penerbit: Pustaka Imam
Syafi’i, Bogor.
Ukuran: 15x17Cm2, 91
halaman.
Sesungguhnya kebahagiaan abadi seorang
hamba adalah ia berada dalam Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Dan
ini tidak boleh dicapai kecuali dengan beribadah kepada ALLAH SWT di atas Ilmu.
Ibadah dalam Islam tidak boleh
diterima kecuali memenuhi dua syarat, iaitu ikhlas hanya kepada ALLAH SWT, dan
ittiba’ (mengikuti contoh dari) RASULULLAH SAW. Sehingga, tanpa dipenuhinya dua
syarat ini, maka ibadah seorang muslim sia-sia dan tertolak.
Untuk itulah, kami persembahkan di
hadapan para pembaca sebuah risalah yang berjudul “Penyebab Rosaknya Amal Menurut al Quran dan
as Sunnah yang Shahih,” yang kami terjemahkan dari kitab “Mubthilaatul A’maal
fii Dhau-il Qur’aanil Kariim was Sunnah Ash-Shahiihah Al-Muthahharah” karya Syeikh
Salim bin ‘Ied Al-Hilali, dengan kajian yang dipenuhi dalil-dalil yang shahih,
disertai dengan penjelasan yang mudah difahami.
Risalah ini kami terbitkan agar para
pembaca dapat mengetahui penyebab rosaknya amal seorang muslim. Yang mana di
saat ini, kondisi sebahagian besar kaum muslimin tidak mengetahui apa yang ada
dalam agama mereka. Sehingga, banyak dari mereka melakukan hal-hal yang
bertentangan dengan syariat, bahkan merosak amalan mereka.
Risalah ini berisi penjelasan
bagaimana para salafus shalih takut jika amalan-amalan mereka batal tanpa
terasa, dan bagaimana mereka menyikapinya. Selain itu, penulispun merincikan
pembatal-pembatal amal yang kesemuanya dipaparkan disertai dengan dalil.
Akhirnya hanya kepada ALLAH SWT kami
memohon, semoga risalah ini bermanfaat bagi kaum muslimin dan menjadikan upaya
ini sebagai amal soleh semata-mata mengharap redhaNya. Selawat dan salam
semoga dilimpahkan kepada NABI MUHAMMAD SAW beserta keluarga, sahabat dan
pengikutnya yang baik hingga hari kiamat.
Daftar Isi:
Muqaddimah
Bab 1. Salafus Shalih Merasa Takut
Jika Amalan Mereka Batal Tanpa Terasa
Bab 2. Madzhab Salafus Shalih Tentang
Pembatal-Pembatal Amal.
Pembatal-Pembatal Amal
1. Kufur, Syirik, Murtad dan Nifaq.
2. Riak.
3. Mengungkit-ungkit Kebaikan Disertai
Menyakiti (Hati) Orang Yang Diberi Kebaikan.
4. Mendustakan Takdir.
5. Meninggalkan Solat Asar.
6. Bersumpah Atas Nama ALLAH SWT.
7. Menentang Rasul Dengan Perkataan atau
Perbuatan.
8. Berbuat Bidaah Dalam Agama.
9. Melanggar Batasan ALLAH SWT Dalam
Keadaan Rahsia.
10. Merasa Senang Dengan Pembunuhan Orang
Mukmin.
11. Tinggal Bersama Orang-Orang Musyrik di
Negeri Harbi.
12. Mendatangi Dukun dan Peramal.
13. Durhaka Kepada Kedua Orang Tua.
14. Pecandu Khamar.
15. Berkata Dusta dan Beramal Dengannya
16. Memelihara Anjing, Kecuali Untuk
Menjaga Ternak dan Tanaman Serta Anjing Untuk Berburu.
17. Budak Yang Kabur, Sampai Ia Kembali
Kepada Majikannya.
18. Wanita Yang Durhaka Kepada Suaminya
Sampai Ia Kembali Taat.
19. Orang Yang Menjadi Imam dan Makmum
Benci Kepadanya
20. Menghajr (Isolir) Seorang Mukmin tanpa
Alasan Syar’i.
Rujukan :
http://ummualiyyah.blogspot.com/search/label/Buku%20Pembersih%20Jiwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan