Majlis ke
Dua Puluh Empat
Kehidupan
Nabi saw
Sungguh
Nabi saw mengetahui hakikat dunia, bahawa ia cepat hilang dan sirnanya. Maka
beliau hidup di dunia seperti kehidupan orang-orang miskin, bukan seperti
kehidupan orang-orang kaya yang berlimpah ruah. Lapar di suatu hari, beliau
sabar, dan kenyang di suatu hari maka beliau bersyukur.
Rasulullah
saw telah menjelaskan kepada umatnya akan bahayanya fitnah dunia serta
tenggelam dalam kesenangan dan keindahannya, beliau bersabda :
“إِنَّ
الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ, وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخِلَفُكُمْ فِيهَا، فَنَاظِر
مَا تَعْمَلُونَ, فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ, فَإِنَّ أَوَّلَ
فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ” [رواه مسلم].
“Sesungguhnya dunia ini manis dan hijau, sesungguhnya Allah akan
menugaskan kalian disalamnya lalu Ia akan melihat apa yang kalian lakukan di
dalamnya, maka hati hatilah kalian terhadap dunia dan hati-hatilah kalian
terhadaap godaan kaum wanita, kerana sesungguhnya fitnah pertama yang terjadi
pada kaum bani israil adalah fitnah wanita.”
(HR.
Muslim)
Beliau
mengetahui bahawa sesungguhnya dunia adalah tempat tinggal bagi orang yang
tidak punya rumah dan syurga bagi orang yang tidak punya bahagian di akhirat
kelak, beliau bersabda:
“Ya Allah sesungguhnya tidak ada kehidupan-yang hakiki- kecuali
kehidupan di akhirat”
(Muttafaq
‘alaih) .
Oleh
kerana itu beliau menjadikan semua keinginan dan cita-citanya hanya untuk
akhirat dan mengosongkan hatinya dari kesibukan dunia, sehingga dunia mengejar
beliau padahal beliau berusaha untuk menghindarinya, beliau bersabda:
“Perumpamaanku dengan dunia adalah seperti seorang musafir yang berteduh
di bawah sebuah pohon kemudian ia pergi meninggalkannya”
(HR.
tirmidzi dan ia berkata hadits ini hasan shahih).
‘Amr bin
Harits saudara lelaki Juwairiyah isteri Rasulullah saw. Berkata: “Ketika
Rasulullah saw. meninggal beliau tidak meninggalkan harta warisan berupa dinar
dan dirham, juga tidak meninggalkan budak baik lelaki maupun perempuan, beliau
hanya meninggalkan seekor keldai putih yang dulu menjadi kenderaan beliau dan
sepucuk senjata, serta sebidang tanah yang disedekahkan dijalan Allah”
(HR.
Buhkari).
Inilah
harta peninggalan orang yang paling mulia di alam semesta ini semoga Allah swt
selalu melimpahkan selawat dan salam kepada beliau yang menolak untuk menjadi
raja dan rasul tapi memilih untuk menjadi hamba dan rasul, diriwayakan oleh Abu
Hurairah ra. Bahawa ia berkata: Jibril pernah duduk di hadapan beliau kemudian
ia menengadah ke langit tiba-tiba ada seorang malaikat yang turun lalu Jibril
berkata padanya, ini adalah malaikat yang belum pernah turun ke dunia sejak dia
diciptakan kecuali pada saat ini, ketika telah sampai ia berkata:
“wahai Muhammad! Aku diutus oleh Tuhan-Ku untuk memberikan pilihan
untukmu, apakah kamu ingin dijadikan sebagai seorang raja ataukah sebagai hamba
dan Rasul?”
Maka
beliau menjawab:
“Bahkan aku ingin menjadi seorang hamba dan rasul”
(HR. Ibnu
Hibban dan disahihkan oleh Al Abani).
Begitulah
kehidupan beliau yang didasarkan atas tawadhuk dan zuhud serta merasa cukup
dengan yang ada. ‘Aisyah ra. Berkata:
“Ketika Rasulullah saw. Wafat di rumah beliau tidak ada makanan yang
boleh dimakan kecuali sedikit gandum yang aku makan dalam waktu yang cukup lama
sehingga menjadi rosak”
(Muttafaq
alaih).
Ketika
Umar bin Khatab ra. Menyebutkan tentang kemegahan yang diperoleh oleh manusia,
ia berkata:
“Pada hari ini aku melihat Rasulullah saw. kelaparan kerana tidak
mendapatkan kurma buruk yang boleh mengisi perutnya”
(HR.
Muslim).
Dari ibnu
Abbas ra. Diriwayatkan Rasulullah saw. Dan keluarganya pernah beberapa malam
kelaparan tidak punya sesuatu yang disantap di malam hari, dan paling banyak
yang mereka miliki adalah roti gandum
(HR.
Tirmizi dan ia berkat hadits ini hasan shahih).
Beliau
terbiasa duduk dan tidur di atas tikar, Umar bin Khatab pernah masuk ke rumah
beliau dan beliau sedang duduk di atas tikar, lalu aku duduk dan beliau hanya
mengenakan kain sarung dan tikar tersebut membekas dipinggang beliau, dan akau
melihat satu sha’ (2,5kg) gandum dan kacang qardh (semacam kacang adas) yang
ada dipojokan kamar beliau serta belulang yang tegantung, lalu aku menangis.
Beliau bertanya, “Wahai Ibnu Khatab kenapa engkau menangis?” aku
menjawab: wahai nabi Allah, bagaimana saya tidak menangis sungguh tikar ini
telah membekas di tubuhmu, dan tempat penyimpanan barangmu tidak berisi kecuali
sangat sedikit, sedangkan kaisar romawi dan Persia bergelimang harta, padahal
engkau adalah Nabi pilhan Allah, dan hanya ini yang engkau miliki!
Maka Nabi
saw bersabda:
يَا ابْنَ الخَطَّابِ! أَمَا
تَرْضَى أَنْ تَكُونَ لَنَا الْآخِرَةُ وَلَهُمُ الدُّنْيَا؟
‘Wahai putra Khathab, apakah engkau tidak redha bahawa akhirat
untuk kita dan dunia untuk mereka?’
(HR. Ibnu
Majah dan dishahihkan oleh al-Mundziri).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan