Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 29 Ogos 2012

H 49 Mencari Pertemuan Dengan Rasulullah Yang Mulia 10

Majlis ke sepuluh

Nabi rahmat (2)
Kasih sayangnya terhadap binatang dan benda mati

Kami telah menyebutkan bahawa kasih sayang kenabian sangat luas, mencakup kepada non muslim, terutama muslim yang mengesakan ALLAH SWT. Kami ingin menambahkan di sini, sesungguhnya rahmat NABI MUHAMMAD SAW melampaui jenis manusia, sehingga mencakup binatang dan benda mati. Sungguh NABI MUHAMMAD SAW pernah bersabda:

بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ، اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ، فَوَجَد بِئْرًا, فَنَزَلَ فِيهَا فَشَرِبَ, ثُمَّ خَرَجَ، فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ، يَأْكُلُ الثَّرَىَ مِنَ الْعَطَشِ. فَقَالَ الرَّجُلُ: لَقَدْ بَلَغَ هَذَا الْكَلَبَ مِنَ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِي كَانَ بَلَغَ مِنِّي، فَنَزَلَ الْبِئْرَ, فَمَلَأ خُفَّهُ مَاءً، ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ حَتَّى رَقِيَ، فَسَقَى الْكَلْبَ، فَشَكَرَ اللهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ” قَالُوا: يَا رَسولَ اللهِ! وَإِنَّ لَنَا فِي هَذه البَهائِمِ لَأَجْرًا؟ فَقَال r: “فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ” [مُتَّفَقٌ عليه].

Tatkala seorang lelaki berjalan di tengah jalan, ia merasa sangat kehausan, lalu ia menemukan sumur. Maka iapun turun ke dalamnya lalu minum. Kemudian ia keluar, ternyata ada seekor anjing yang menjulurkan lidah, memakan tanah kerana kehausan. Maka lelaki itu berkata, ‘Anjing ini sangat kehausan seperti yang telahku alami. Lalu ia turun ke sumur, mengisi air di sepatunya, kemudian memegangnya dengan mulutnya hingga naik. Lalu ia memberi minum kepada anjing tersebut. Maka ALLAH berterima kasih kepadanya dan mengampuninya.’ Mereka bertanya, ‘Wahai Rasulullah, dan apakah sesungguhnya untuk kami adalah pahala pada binatang-binatang ini? Maka beliau bersabda, ‘Di setiap hati yang basah ada pahala.’
(Muttafaqun ‘alaih).

Dengan kaedah umum ini ‘Di setiap hati yang basah ada pahala NABI MUHAMMAD SAW telah mendahului semua lembaga dan organisasi yang berperan membela hak-hak binatang dan kasih sayang kepadanya. NABI MUHAMMAD SAW telah mendahuluinya ratusan tahun yang lalu, di saat beliau bersabda:

“عُذِّبَتِ امْرَأةٌ فِي هِرَّةٍ, سَجَنَتْهَا حَتَّى مَاتَتْ، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ, لَا هِيَ أَطْعَمَتْهَا وَسَقَتْهَا إِذْ حَبَسَتْهَا، وَلَا هِيَ تَرَكَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ” [متفق عليه].

Seorang perempuan disiksa kerana seekor kucing yang dia tahan hingga mati. Maka dia masuk neraka kerana sebab itu. Dia tidak memberi makan dan minum kepadanya ketika menahannya, dan dia tidak pula melepasnya untuk makan dari binatang yang ada di bumi.”
Muttafaqun ‘alaih.

Maksud NABI MUHAMMAD SAW menceritakan hal ini adalah untuk mengajarkan kepada para sahabatnya sifat kasih sayang kepada haiwan dan berbuat baik kepadanya, dan menjelaskan kepada mereka bahawa membunuh haiwan yang tidak diizinkan membunuhnya atau menyebabkan terbunuhnya boleh menjadi penyebab masuk neraka –wal ‘iyadzubillah-. Ini adalah perkara yang tidak diketahui oleh undang-undang yang dipakai manusia untuk memutuskan hukum pada saat ini.

NABI MUHAMMAD SAW memperingatkan pembunuhan haiwan tanpa alasan. NABI MUHAMMAD SAWbersabda:

مَا مِنْ إِنْسَانٍ يَقْتُلُ عُصْفُوْرًا فَمَا فَوْقَهَا  بِغَيْرِ حَقِّهَا إِلاَّ سَأَلَهُ اللهُ عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ. قِيْلَ: فَمَا حَقُّهَا؟ قَالَ: حَقُّهَا أَنْ يَذْبَحَهَا فَيَأْكُلَهَا وَلاَ يَقْطَع رَأْسَهَا فَيَرْمِي بِهِ

Tidak ada seorang manusia yang membunuh burung pipit dan yang di atasnya (yang lebih besar) dengan tidak sebenarnya (tanpa alasan yang benar), melainkan ALLAH SWT akan mempertanyakannya di hari kiamat.’ Ada yang bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah haknya (alasan yang benar itu)? Haknya adalah menyembelihnya dan memakannya dan tidak memotong kepalanya lalu membuangnya.”
HR. An-Nasa`i.

Sesungguhnya NABI MUHAMMAD SAW memerintahkan berbuat baik saat menyembelih binatang sembelihan. NABI MUHAMMAD SAW bersabda :


إِنَّ اللهَ َكتَبَ اْلإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوْا اْلقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوْا الذِّبْحَةَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شفْرَتَهُ وَلْيُرِحْ ذَبِيْحَتَهُ

Sesungguhnya ALLAH  mewajibkan berbuat baik terhadap segala sesuatu, apabila kamu membunuh (dalam qishash) maka perbaikilah pembunuhan dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah sembelihan, dan hendaklah salah seorang darimu menajamkan pisaunya dan melapangkan binatang sembelihannya.”
(HR. Muslim)

Salah seorang ulama menyebutkan bahawa sebahagian bangsa Barat masuk Islam setelah mengetahui tatakrama Islam dalam menyembelih, dan ini menunjukkan kesempurnaan agama ini dari segala semua sisi. Hanya bagi ALLAH SWT segala puji dan kurnia.
Dan NABI MUHAMMAD SAW bersabda:

لَا تَتَّخِذُوا شَيْئًا فِيهِ الرُّوحُ غَرَضًا” [متَّفقٌ عليْهِ]

“Janganlah engkau menjadikan sesuatu yang mengandung ruh sebagai sasaran.” 
Muttafaqun ‘alaih.

Maksudnya janganlah engkau jadikan haiwan yang hidup sebagai sasaran yang kamu lempar dengan anak panahmu, kerana hal ini menafikan sifat kasih sayang yang seorang mukmin harus berakhlak dengannya.
NABI MUHAMMAD SAW melarang penganiayaan dan kekerasan hingga terhadap binatang dan sangat memperhatikan tentang masalah ini. NABI MUHAMMAD SAW pernah memasuki satu kebun milik seorang Anshar, ternyata di dalam kebun itu adalah seekor unta. Maka tatkala ia melihat NABI MUHAMMAD SAW, ia menangis dan berlinang air matanya. Maka NABI MUHAMMAD SAW  mendatanginya, lalu mengusap kepalanya, maka ia kembali tenang. Kemudian beliau bertanya, ‘Siapakah pemilik unta ini? Datanglah seorang anak muda dari kalangan Anshar, ia berkata, ‘Saya, ya Rasulullah.’ Maka NABI MUHAMMAD SAW bersabda:

أَلَا تتقِي اللهَ فِي هَذِهِ البَهِيمَةِ الَّتِي مَلَّكَكَ اللهُ إِيَّاهَا؟ فَإِنَّهُ شَكَى إِلَيَّ أَنَّكَ تُجِيعُهُ وَتُدْئِبُه [رَواهُ أَبُوداود وصحَّحه الألبَانيُّ]

Apakah engkau tidak takut kepada ALLAH  yang memberikan kepemilikannya kepadamu? Sesungguhnya ia mengeluh kepadaku bahawa engkau membuatnya lapar dan membinasakannya (dengan terus menerus bekerja).” 
(HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani)

Dan untuk benda matipun mendapatkan kasih sayang NABI MUHAMMAD SAW. Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa tatkala telah dibuatkan minbar untuk NABI MUHAMMAD SAW, maka batang kurma tempat NABI MUHAMMAD SAW berkhutbah di atasnya merintih seperti rintihan  anak kecil. Maka NABI MUHAMMAD SAW turun dari atas mimbar, lalu memeluknya. Maka ia menjadi tenang seperti anak kecil yang tenang. Maka NABI MUHAMMAD SAW bersabda:

بَكَتْ عَلَى مَا كَانَتْ تَسْمَعُ مِنَ الذِّكْرِ

“Ia menangis terhadap zikir yang telah didengarnya.”

Al-Hasan, apabila menceritakan hadits ini menangis dan berkata, ‘Wahai sekalian kaum muslimin, batang kurma merasa rindu kepada NABI MUHAMMAD SAW kerana rindu bertemu dengannya, maka kamu lebih berhak untuk merasa rindu kepadanya.’


Tiada ulasan:

Catat Ulasan