Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 31 Ogos 2012

H 69 Mencari Pertemuan Dengan Rasulullah Yang Mulia 30

Majlis ke Tiga Puluh

Kasih Sayang (Kelembutan) Nabi saw Kepada Umatnya (1)

Nabi saw sangat sayang kepada umatnya. Maka tidak pernah beliau diberi pilihan di antara dua perkara kecuali memilih yang termudah di antara keduanya, untuk memberikan kemudahan kepada umat dan ingin menghilangkan kesusahan darinya. Kerana sebab itulah Nabi saw bersabda:

إِنَّ اللهَ لَمْ يَبْعَثْنِي مُعَنِّتا وَلَا مُتَعَنِّتًا, وَلَكِنْ بَعَثَنِي مُعَلِّمًا مُيَسِّرًا” [رواه مسلم].

“Sesungguhnya Allah tidak mengangkat aku sebagai orang yang memaksakan kehendak dan tidak pula keras kepala, akan tetapi Dia mengutusku sebagai guru/pengajar lagi memberikan kemudahan.”
(HR. Muslim).

Dan beliau saw bersabda:

إِنَّ اللهَ تَعَالَى رَفِيقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ, وَيُعْطِي عَلَيْهِ مَا لَا يُعْطِي عَلَى الْعُنْفِ” [رَواهُ أَبُوداودَ وصحَّحَه الألبانيُّ].

Sesungguhnya Allah Yang Maha Lembut menyukai kelembutan dan memberikan kepadanya sesuatu yang tidak diberikan-Nya kepada kekerasan.”
(HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh syaikh al-Albani).

Dan beliau saw bersabda:
مَا كَانَ الرِّفْقُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ، وَمَا نُزِّعَ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا شَانه” [رَواهُ مسْلِم].

Tidak ada kelembutan pada sesuatu kecuali menghiasinya dan tidak diambil dari sesuatu kecuali mengotorinya.”
(HR. Muslim).

Dan Allah swt menggambarkan Nabi-Nya dengan sifat kasih sayang, Allah swt berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.
(QS. at-Taubah:128)

Di antara kasih sayang Nabi saw kepada umatnya, sesungguhnya seorang lelaki datang kepada Nabi saw, ia berkata,
‘Aku binasa, wahai Rasulullah.’ Beliau saw bertanya,
‘Apakah yang telah membinasakan engkau?’ Ia menjawab,
‘Aku terjatuh (jima’) atas isteriku di bulan Ramadan.’ Beliau saw bertanya lagi, 
‘Apakah engkau mempunyai sesuatu untuk memerdekakan budak? Ia menjawab, ‘Tidak.’ Beliau bertanya lagi,
‘Apakah engkau mampu puasa dua bulan berturut-turut? Ia menjawab,
‘Tidak.’ Beliau bertanya lagi,
‘Apakah engkau mempunyai sesuatu untuk memberi makan enam puluh (60) orang miskin? Ia menjawab,
‘Tidak.’ (Perawi) berkata, ‘Kemudian ia duduk, lalu Nabi saw diberikan karung yang berisi kurma. Maka beliau saw bersabda,
‘Bersedekahlah dengan ini. Laki-laki itu bertanya,
‘Apakah kepada orang yang lebih miskin dari pada kami? Tidak ada di antara dua batu (maksudnya, kota Madinah) satu keluarga yang lebih memerlukannya dari pada kami.’ Maka Nabi saw tertawa sehingga nampak giginya. Kemudian beliau bersabda, 
‘Pergilah, maka beri makanlah kepada keluargamu.’ 
(muttafaqun ‘alaih).

Perhatikanlah kasih sayang Nabi saw kepada laki-laki yang bersalah ini, yang berhubungan badan dengan isterinya di bulan Ramadan. Sesungguhnya Nabi saw bersikap lembut kepadanya dan turun bersamanya dari hukuman yang berat kepada yang lebih ringan. Hingga akhirnya beliau yang memberikan sesuatu untuk menebus kesalahannya. Bahkan nabi saw mengizinkan untuknya mengambil pemberian ini dan memberi makan kepada keluarganya, kerana melihat keperluan dan kemiskinannya. Alangkan agungnya kasih sayang nabawi ini, alangkah indahnya kelembutan Nabi Muhammad saw.

Mu’awiyah bin al-Hakam as-Sulami berkata, ‘Ketika aku solat bersama Rasulullah saw, tiba-tiba seorang laki-laki bersin. Maka aku berkata, ‘Yarhamukallah (semoga Allah swt memberi rahmat kepadamu).’ Maka semua orang mengarahkan pandangannya kepadaku. Aku berkata, ‘Wa tsukla umayyah (ibu kalian kematian anaknya), kenapa kamu memandang saya? Maka mereka memukul tangan ke paha mereka. maka tatkala aku melihat mereka menyuruhku diam, akupun diam. Maka tatkala Nabi saw selesai solat, aku tidak pernah melihat sebelum dan sesudahnya seorang guru yang lebih baik pengajarannya darinya. Demi Allah, nabi saw tidak menggertak dan tidak pula memukulku. Beliau bersabda:

إِنَّ هذِهِ الصَّلاَةَ لاَ يَصْلُحُ فِيْهَا شَيْئٌ مِنْ كَلاَمِ النَّاسِ, وَإِنَّمَا هُوَ التَّسْبِيْحُ وَالتَّكْبِيْرُ وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ

Sesungguhnya solat ini tidak pantas padanya sesuatu dari pembicaraan manusia. Sesungguhnya ia adalah tasbih, takbir dan membaca al-Quran.”
(HR. Muslim).

An-Nawawi rahimahullah berkata, ‘Dalam hadits tersebut mengandung keagungan akhlak Rasulullah saw yang Allah swt bersaksi baginya, kelembutannya kepada orang jahil dan kasih sayangnya kepadanya. Dan padanya: berakhlak dengan akhlaknya dalam sikap lemah lembut kepada orang jahil, pengajarannya yang baik, lemah lembut kepadanya, dan mendekatkan kebenaran kepada pemahamannya.’
Di antara kelembutan dan kasih sayang Nabi saw kepada umatnya, bahawa beliau saw melarang wishal (menyambung) puasa kerana khuatir diwajibkan kepada manusia.
Di antara kelembutan Nabi saw kepada umatnya, bahawa nabi saw melaksanakan solat di malam bulan Ramadan  di masjid selama tiga malam atau lebih, hingga berkumpul di belakangnya jemaah yang banyak. kemudian nabi saw tidak keluar kepada manusia setelah itu kerana khuatir solat ini diwajibkan kepada manusia.

Di antara kelembutan Nabi saw kepada umatnya, bahwa beliau saw dan sahabatnya masuk ke dalam masjid. Ternyata ada tali yang diikat di antara dua tiang. Beliau bertanya,
‘Tali apa ini.’ Mereka menjawab,
‘Ini adalah tali Zainab, apabila dia merasa penat, ia bergantung dengannya.’ Nabi saw bersabda:

حُلُّوهُ، لِيُصَلِّ أَحَدُكُمْ نَشَاطَهُ، فَإِذَا فَتَرَ، فَلْيَقْعُدْ” [مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ]

"Lepaslah, hendaklah seseorang darimu solat sekadar kemampuannya. Apabila ia merasa penat hendaklah ia duduk.”

(Muttafaqun ‘alaih).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan