Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 30 Ogos 2012

H 58 Mencari Pertemuan Dengan Rasulullah Yang Mulia 19

Majlis ke Sembilan Belas

Mencintai Nabi saw

Di antara konsekuensi iman adalah mencintai pemimpin umat manusia Muhammad saw. Bagaimana mungkin seorang muslim tidak mencintai nabinya, sedangkan beliau adalah penyebab seseorang mendapat petunjuk ke jalan cahaya dan iman, dan penyebab keselamatannya dari kekafiran dan api neraka.

Nabi saw bersabda:
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ” [مُتَّفقٌ عليْهِ].

Tidak beriman (yang sempurna) seseorang darimu hingga aku lebih dicintainya daripada anaknya, orang tuanya, dan semua manusia.’
(Muttafaqun ‘alaih).

Bahkan cinta kepada Nabi saw melewati rasa cinta manusia terhadap dirinya sendiri, sebagaimana Umar bin Khathab ra berkata kepada Nabi saw,

‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau paling kucintai dari segala sesuatu kecuali terhadap diriku sendiri.’ Mana Nabi saw bersabda:

“لَا وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ”

Tidak, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, sehingga aku engkau cintai dari pada dirimu sendiri.’

Maka Umar ra berkata kepadanya,

‘Sesungguhnya sekarang –demi Allah- engkau lebih kucintai daripada diriku sendiri. Maka Nabi saw bersabda:

“الْآنَ يَا عُمَرُ” [رَواهُ البُخارِيُّ]

‘Sekarang wahai Umar.’
(HR. Al-Bukhari).

Maksudnya, sekarang engkau tahu, lalu engkau mengucapkan sebagaimana mestinya.
Sesungguhnya mencintai Nabi saw diakui oleh setiap orang. Diklaim oleh para pengikut hawa nafsu dan ahli bidaah. Diakui oleh para penyembah kuburan, ahli sihir dan tukang sulap. Bahkan diakui oleh kebanyakan orang-orang fasik. Akan tetapi persoalanannya bukan pengakuan rasa cinta, tetapi hakikat cinta itu. Kerana konsekuensi cinta kepada Nabi saw adalah taat terhadap perintahnya dan menjauhi larangannya, dan ia tidak menyembah Allah swt kecuali sesuai syariatnya, bukan dengan bidaah dan hawa nafsu. Kerana itulah, sesungguhnya Nabi saw bersabda:

“كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الجنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى” قَالُوا: وَمَنْ يأْبَى يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: “مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الجنَّةَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى” [متفقٌ عَلَيْهِ].

Setiap umatku pasti masuk syurga kecuali orang yang enggan.’ Mereka bertanya, ‘Dan siapakah yang enggan wahai Rasulullah? Beliau menjawab, ‘Barangsiapa yang taat kepadaku tentu ia masuk syurga dan barangsiapa yang durhaka kepadaku bererti ia adalah orang yang enggan.”
(Muttafaqun ‘alaih).

Sesungguhnya mencintai Nabi saw bukan dengan melaksanakan perayaan maulid dan bukan pula berkumpul dalam berduka cita, serta bukan pula dalam menciptakan qasidah-qasidah pujian yang berlebihan, tetapi cinta itu dalam mengamalkan sunnahnya, membesarkan syariatnya, menghidupkan petunjuknya, membela beliau dan sunnahnya, membenarkan beritanya, merasakan wibawanya saat berbicara tentang dia, mengucapkan selawat kepadanya saat disebutkan namanya, meninggalkan bidaah dalam syariatnya, mencintai para sahabatnya dan membela mereka, mengenal keutamaan mereka, membenci orang yang memusuhi sunnahnya, atau menyalahi syariatnya, atau menganggap remeh para pemikul dan perawinya. Maka setiap orang yang menyalahi sesuatu dari hal itu, maka dia berada jauh dari mencintai Nabi saw sekadar menyalahinya.
Nabi saw  bersabda,

: “مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ” [متَّفقٌ عليْهِ].

Barangsiapa yang menciptakan dalam perkara kami ini yang bukan merupakan bahagian darinya, maka ia ditolak.”
(Muttafaqun ‘alaih).

Dan nabi saw bersabda:

“إِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ” [رَوَاهُ أَهْلُ السُّنن].

Jauhilah perkara-perkara bidaah, maka sesungguhnya setiap yang baru itu adalah bidaah.”
(Diriwayatkan oleh para pengarang kitab sunnan).

Dan adanya ancaman seperti ini, datanglah manusia yang melakukan tindakan bidaah dalam agama Allah swt yang bukan merupakan bahagian darinya, menganggap baik bidaah-bidaah ini, bahkan mereka mengira bahawa ia merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi saw, memalsukan hadits dan menyandarkannya kepada Nabi saw, dan mereka berkata,

‘Kami berdusta untuknya dan kami tidak berdusta atasnya (yang membahayakannya). Ini termasuk kedustaan terbesar dan kejahatan terburuk, kerana syariat Allah swt sudah sempurna, tidak memerlukan kebohongan dan kebatilan mereka.
Dan termasuk jenis ini, sesungguhnya Nabi saw melarang mencela para sahabatnya, beliau bersabda:

“لَا تَسُبُّوا أَصْحَابِي، فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا، مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ” [مُتَّفقٌ عليْه].

Janganlah engkau mencela sahabatku, jika salah seorang darimu berinfak emas sebesar bukit Uhud, nescaya tidak boleh mencapai satu dan tidak pula setengah mud dari (infak) mereka.”
(Muttafaqun ‘alaih).

Kendati demikian, datanglah manusia yang mencela para sahabat Rasulullah saw, mengutuk Abu Bakar ra dan Umar ra, menuduh wanita suci lagi bersih ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha dengan tuduhan yang Allah swt membebaskannya dari tuduhan itu dalam kitab-Nya (al-Quran). Mereka mengira bahawa mereka melakukan hal itu kerana cinta kepada Rasulullah saw dan membela ahli baitnya.

Dan termasuk jenis ini pula, sesungguhnya Nabi saw melarang bersifat ghuluw (berlebihan) dalam memujinya. Nabi saw bersabda:

لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ, إِنَّمَا أَنَا عَبْدُه، فَقُولُوا عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُه” [رَوَاهُ البخاريُّ].

Janganlah engkau memujiku sebagaimana kaum Nashrani memuji Isa putra Maryamu, sesungguhnya aku adalah hamba-Nya, maka ucapkanlah: hamba Allah dan rasul-Nya.
(HR. Al-Bukhari).


Kendati sudah dilarang dengan jelas seperti ini, tetap ada para manusia yang mengikuti jalan-jalan ahli kitab, mereka memberikan sifat kepada Nabi saw dengan sifat-sifat yang tidak pantas kecuali dengan Yang Maha Pencipta, meminta kepadanya rezeki, sembuh dari sakit, selamat dari bahaya,  dan selain hal itu yang tidak boleh diminta kecuali hanya kepada Allah swt. Kemudian mereka mengira bahawa hal itu termasuk di antara tanda-tanda cinta kepada Nabi saw. Sebenarnya hal itu merupakan tanda kebodohan, kesyirikan, dan menyalahi perintah Allah swt dan Rasul-Nya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan