Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 1 September 2012

H 82 SEPULUH RENUNGAN PADA MEREKA YANG BERPUASA

Wahai saudaraku yang sedang menjalankan ibadah puasa, aku mengucapkan salam Islam yang abadi pada anda

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku memohon pada Allah ‘Azza wa Jalla (Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia) agar anda sehat wal afiat dan semoga Allah memberkahi dan menjadikan kita termasuk mereka yang berpuasa dan mendirikan malam Bulan Ramadan sesuai dengan tuntunan yang benar dan semoga Allah menerima amalan kita, sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa.
Wahai saudaraku yang berpuasa, pada kesempatan ini saya ingin menjelaskan secara ringkas beberapa renungan tentang Bulan yang utama ini

Renungan pertama:

Wahai saudaraku yang berpuasa, pertama-tama aku ucapkan selamat atas datangnya Bulan Ramadan yang diberkahi, Bulan Al-Quran dan solat malam. Kerana itu sedarilah nikmat yang agung ini serta bergembiralah dengan datangnya bulan yang mulia.
Bulan yang mulia ini menaungi untuk mendekatkan anda pada Allah Yang Maha Suci, dan agar anda menyedari anugerah yang telah Allah swt berikan sehingga anda termasuk dari mereka yang menjumpainya. Ketahuilah bahawa sebahagian orang terluput dari bulan ini disebabkan kekufuran wal-’iyadzubillah, tetapi Allah swt dengan kurnia-Nya menganugerahkannya pada anda. Sebahagian yang lain ada yang menemui ajalnya sebelum menjumpai Bulan Ramadan. Maka bersyukurlah atas kurnia-Nya, dan bergegaslah. Nabi saw bersabda:

“Apabila Bulan Ramadan datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka Jahanam dan syaitan-syaitan dibelenggu” 
(Muttafaqun ‘Alaih)

Renungan kedua:

Wahai saudaraku yang sedang berpuasa, semoga Allah swt menunjuki anda segala kebaikan. Aku berwasiat agar anda memanfaatkan kesempatan dalam bulan yang agung ini untuk mendapatkan ampunan dari segala dosa dan kesalahan serta mendekatkan diri pada Allah ‘Azza wa Jalla dengan membaca Al-Quran baik di malam maupun siang hari. Bulan Ramadan adalah bulan Al-Quran, maka jangan sampai anda kikir pada diri anda dari kebaikan. Allah swt berfirman:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. 
(Q.S Al-Baqarah 185)

Berkata Umar bin Abdul Aziz: “Sesungguhnya malam dan siang melaluimu, maka beramallah di saat kedatangannya”.

Renungan ketiga:

Wahai saudaraku yang sedang berpuasa, demi Allah swt berapa banyak kesempatan bagi anda untuk terlepas dari dosa dan introspeksi diri di medan keimanan ini untuk menambah kebaikan dan ketakwaan serta bermuhasabah. Jika anda masih banyak kekurangan, maka bertaubatlah pada Allah swt kerana pintu (taubat) masih terbuka. Jika anda termasuk mereka yang Allah swt anugerahi kebaikan dan petunjuk, maka tingkatkanlah kadar ketakwaan anda dan jangan berhenti pada tingkatan tertentu.

Wahai saudaraku yang sedang berpuasa, Adalah suatu kesempatan berharga di saat anda berpegang pada syariat Allah swt dan berhenti dari apa yang diharamkan Allah swt sebagai realisasi ketaatan pada-Nya.

Jika dengan tekad dan kesungguhan anda mampu berhenti dari kemaksiatan yang anda lakukan, maka jangan menambah atau ragu-ragu dalam mendekatkan diri pada Allah swt di bulan yang mulia ini. Jadikan Ramadan sebagai awal dari sebuah lembaran baru untuk merendah diri pada Allah ‘Azza wa Jalla agar Dia mengurniakan pada anda taubat nasuha dan menetapkan hati anda di atas jalan yang lurus.

Wahai orang yang berbuat dosa di Bulan Rajab
Hingga Bulan Syaaban masih juga ia bermaksiat pada Tuhannya
Bulan Ramadan telah mendatangimu setelah kedua bulan berlalu
Maka janganlah engkau melakukan hal yang sama dengan bermaksiat
Bacalah Al-Quran dan bertasbihlah di bulan itu dengan bersungguh-sungguh
Ramadan adalah bulan tasbih dan bulan Quran
Berapa banyak engkau ketahui mereka yang dahulunya berpuasa
Baik mereka dari keluarga, tetangga ataupun teman
Kematian telah mengantarkan mereka dan setelah itu
Engkau masih menjalani kehidupan, betapa dekatnya orang yang bermaksiat dengan ajalnya

Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah berkata:
“Wahai anak Adam, engkau ibarat hari-hari. Jika sebuah hari berlalu bererti sebahagian dari dirimu juga pergi”.

Renungan keempat :

Wahai saudaraku yang sedang berpuasa, sering kita dengar sebahagian orang mengatakan ‘Ramadan Karim’ / Ramadan bulan yang mulia. Itu memang benar, akan tetapi berdalih dengan ungkapan di atas adalah tidak benar. Boleh jadi ia berbuat kesalahan atau maksiat lalu mengatakan bahawa Ramadan adalah karim/bulan yang mulia. Ia mendengarkan nyanyian dan menyaksikan apa yang diharamkan dengan dalih Ramadan adalah bulan yang mulia. Ini adalah tidak benar. Ramadan adalah bulan mulia bagi siapa yang melakukan ketaatan dengan membaca Al-Quran, Solat Tarawih, puasa dan solat malam, dan sebaliknya tidak mulia bagi kemaksiatan. Maka renungkanlah semoga Allah swt memberkahi anda. Alllah swt berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” 
(Q.S Al-Baqarah 183)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah kecuali Allah akan menjauhkannya dari neraka sepanjang perjalanan tujuh puluh musim disebabkan puasanya di hari itu”  
(H.R Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Renungan kelima :

Sebahagian wanita semoga Allah swt memberikan hidayah pada mereka, jika datang Bulan Ramadan sibuk untuk mempersiapkan berbagai macam menu makanan dan minuman sehingga waktunya yang berharga di bulan yang mulia ini berlalu begitu saja selama berjam-jam di siang hari Ramadan hanya untuk di dapur dan pergi ke pasar di malam hari. Ia lalui Ramadan dalam keadaan seperti ini. Wallahul Musta’an(kepada Allahlah tempat meminta pertolongan). Wahai saudariku yang sedang berpuasa, jangan sampai anda tertipu di bulan yang mulia ini.

Renungan keenam :

Wahai saudaraku yang sedang berpuasa, akhlak yang baik memiliki darjat yang tinggi yang dengannya seorang muslim dekat dengan Rasulullah saw. Akan tetapi amat disayangkan, sebahagian orang ada yang masih buruk akhlaknya terutama di Bulan Ramadan. Ia tidak ingin diajak bicara atau berbicara dengan orang lain, juga tidak mau menanggung kesalahan baik di rumah maupun di jalan. Allah Taala berfirman:

“Dan hamba-hamba yang baik dari Rabb Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan” 
(Q.S Al-Furqan: 63)

Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang mukmin dengan kebaikan akhlaknya akan mendapatkan darjat orang yang berpuasa dan solat malam”
(H.R Abu Dawud). 

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah:
“Barangsiapa yang buruk akhlaknya, maka jiwanya akan tersiksa”.

Renungan ketujuh :

Wahai saudaraku yang sedang berpuasa, bulan yang mulia ini adalah kesempatan berharga bagi kaum beriman untuk menambah amalan-amalan utama. Rasulullah SAW  bersabda:

“Barangsiapa mendirikan Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu” 
(Muttafaq ‘Alaih).

Termasuk dari mendirikan (Bulan Ramadan) adalah solat tarawih yang merupakan sunnah yang ditetapkan. Maka peliharalah Solat Tarawih bersama imam sampai selesai. Rasulullah saw bersabda:

“Seseorang yang solat bersama imam hingga ia selesai, maka akan dituliskan baginya pahala solat malam” 
(H.R Abu Dawud, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah)

Semoga Allah swt memberi hidayah pada sebahagian orang yang menyia-nyiakan Solat Tarawih, dan barangkali ia solat dua rakaat lalu berpaling, seakan-akan dengan perbuatannya tersebut ia kikir pada dirinya sendiri dengan pahala. Maka manfaatkanlah wahai saudaraku bulan yang agung ini, hari-harimu adalah terbatas, bersegeralah sebelum datangnya sesuatu yang menghancurkan kelazatan dan memisahkan dari teman (maksudnya kematian).

Renungan kelapan:

Wahai saudaraku yang sedang berpuasa, di antara keutamaan Bulan Ramadan bahawa di dalamnya terdapat Lailatul Qadar yang mana Allah berfirman:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. 
(Q.S Al-Qadr 1-5)

Maka bersungguh-sungguhlah semoga Allah swt memberkahi anda untuk memanfaatkan malam yang mulia ini yang di antara keutamaannya adalah:

1.    Kitabullah (Al-Quran) diturunkan di malam itu.
2.    Lebih baik dari seribu bulan.
3.    Para malaikat dan Jibril turun temurun disebabkan banyaknya keberkahan di malam itu. Selain itu malam Lailatul Qadar adalah keselamatan dari siksaan bila seorang hamba menjalankan apa yang diperintahkan Allah swt.

Nabi Muhammad SAW  menanti datangnya malam lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir, terlebih lagi pada malam-malam ganjilnya. Maka bersemangatlah untuk mencari malam tersebut dan janganlah engkau menunda-nunda, kerana sikap tersebut telah membinasakan kaum yang telah lalu.

Renungan kesembilan:

Wahai saudaraku yang sedang berpuasa, ada sebahagian orang yang bersemangat untuk menunaikan umrah di Bulan Ramadan. Tidak diragukan lagi bahawa amalan tersebut memiliki keutamaan yang besar, sebagaimana sabda nabi  :

“Umrah di Bulan Ramadan itu sama nilainya dengan haji bersamaku” 
(Muttafaq ‘Alaih)

Pada kesempatan ini ada beberapa catatan yang ingin penulis sampaikan, di mana sebahagian orang yang menunaikan umrah melakukannya:

1. Sebahagian orang ada yang menunaikan umrah di Bulan Ramadan dan ia meninggalkan anak-anak serta keluarganya tanpa ada rasa tanggungjawab dan perhatian. Hal ini jelas tidak dibenarkan. Perkara yang disunnahkan tidak didahulukan atas perkara yang wajib.

2.  Sebagian orang ada yang membawa keluarga dan anak-anaknya ke Masjidil Haram. Ini adalah sesuatu yang baik, akan tetapi ia menghabiskan sebahagian besar waktunya di dalam Masjidil Haram sedang anak-anaknya keliling di pasar atau bermain-main di gedung perumahan. Sedang sang ayah tidak berkumpul dengan mereka lagi kecuali di saat buka puasa atau sahur. Adapun waktu lainnya sama sekali tidak ia ketahui apa yang mereka lakukan. Kerana itu agar anda tidak terjatuh dalam hal ini, maka barhati-hatilah dan agar anda memperhatikan/mementingkan segala sisi dan tidak meninggalkan satu sisi yang boleh jadi lebih penting.

Renungan kesepuluh :

Wahai saudaraku yang sedang berpuasa, setiap amalan bergantung pada kesudahannya, yang saya maksud adalah menambah amalan pada sepuluh hari yang akhir dari Bulan Ramadan. Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada sepuluh hari yang akhir tidak seperti pada malam-malam sebelumnya. 
(H.R Muslim).

Beliau membangunkan keluarganya dan bersungguh-sungguh. Maka bersungguh-sungguhlah anda wahai saudaraku, semoga Allah swt memberkahi anda untuk menambah amalan. Janganlah termasuk orang-orang yang bersungguh-sungguh di awal Bulan Ramadan lalu sedikit demi sedikit menurun sampai ketika datang akhir bulan yang mana kebaikan dan pahala dilipat gandakan, rasa malas mulai muncul untuk membaca Al-Quran dan solat tarawih serta solat malam.

Wahai saudaraku yang sedang berpuasa, teladanilah pada orang yang Allah swt utus  untuk mengambil sikap teladan darinya. Allah swt berfirman:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” 
(Q.S Al-Ahzaab 21)

Sebagai penutup, marilah kita memohon pada Allah ‘Azza Wa Jalla agar menerima puasa dan solat malam kita dan agar Dia berkenan mengampuni dosa-dosa serta menghilangkan kegundahan kita. Sesungguhnya Allah swt adalah Yang Maha Pelindung lagi Maha Berkuasa.
Semoga selawat dan salam tetap tercurah atas nabi kita Muhammad, keluarga beserta sahabat beliau.

Nota :
Maaf Para Sahabat kerana Semuanya petikan ini dalam bahasa Indonesia.

tetapi buku ini dikeluarkan di timur  tengah.boleh dikatakan semua buku yang dikeluarkan di timur tengah jika dalam bahasa Melayu pasti Melayu Indonesia… walaubagaimanapun demi mengejar ilmu belajarlah dan tuntutlah walau dalam bahasa apa sekalipun…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan