Majlis ke
Dua Puluh
Tanda-Tanda
Kenabian Yang Terbesar
Sesungguhnya
tanda kenabian Nabi kita Muhammad saw yang terbesar adalah al-Quran yang agung.
Itulah kitab yang Allah swt memberikan tantangan kepada bangsa arab dan selain
mereka –hingga hari kiamat- agar mendatangkan semisalnya. Firman Allah swt:
Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al-Quran yang Kami wahyukan
kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal al-Quran
itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang
memang benar.
(QS.
al-Baqarah :23)
Dan
firman Allah swt:
“Atau (patutkah) mereka mengatakan: ‘Muhammad membuat-buatnya’.
Katakanlah: ‘(Kalau benar yang kamu katakan itu), maka cubalah datangkan sebuah
surat seumpamanya dan panggillah siapa-siapa yang dapat kamu panggil (untuk
membuatnya) selain Allah, jika kamu orang yang benar”.
(QS.
Yunus :38)
Ibnu
al-Jauzi rahimahullah berkata, ‘Dan al-Quran merupakan mukjizat dari berbagai
sisi:
Pertama:
Kandungan yang terdapat di dalamnya berupa fashahah (kefasihan), balaghah dalam
meringkas dan memanjangkan. Terkadang terdapat cerita dengan kata-kata yang
panjang, kemudian mengulanginya dengan kata-kata yang ringkas, maka tidak
mengurangi tujuan yang pertama.
Kedua:
berbezanya dari susunan kalam dan timbangan syair. Dan dengan dua pengertian
ini bangsa arab ditantang. Maka mereka merasa lemah dan bingung serta mengakui
keutamaannya, sehingga Walid bin al-Mughirah berkata, ‘Demi Allah, sesungguhnya
baginya ada rasa manis dan sesungguhnya atasnya terdapat keindahan.
Ketiga:
Berita tentang umat-umat di masa lalu yang dikandungnya, cerita para nabi yang
sudah dikenali oleh para ahli kitab, padahal yang membawanya adalah seorang
yang ummi yang tidak boleh membaca dan menulis, serta tidak pernah diketahui
bahawa ia pernah duduk bersama para pendeta dan dukun.
Dan
Bangsa Arab yang pandai menulis dan membaca serta duduk bersama para pakar
sejarah, tidak mengetahui yang diberitakan oleh al-Quran.
Keempat:
al-Quran mengabarkan perkara ghaib yang akan terjadi di masa akan datang yang
menunjukkan kebenarannya secara pasti kerana benar-benar terjadi berdasarkan
beritanya, seperti firman-Nya bagi kaum Yahudi:
“maka inginilah kematian(mu), jika kamu memang benar”.
(QS. al-Baqarah:94)
kemudian
Allah swt berfirman:
“Dan sekali-kali mereka tidak akan mengingini kematian itu
selama-lamanya”,
(QS.
al-Baqarah:95)
Dan
firman-Nya:
“buatlah satu surat (saja) yang seperti al-Quran itu”
(QS.
al-Baqarah :23)
Kemudian
Dia berfirman:
“dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya)”
(QS.
al-Baqarah :24)
Maka
mereka tidak boleh melakukannya.
Dan
firman-Nya:
“Katakanlah kepada orang-orang yang kafir: ‘Kamu pasti akan dikalahkan
(di dunia ini)’ …”.
(QS. Ali
Imran:12)
Dan
mereka benar-benar dikalahkan.
Dan
firman-Nya:
bahawa sesunguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah
dalam keadaan aman, …
(QS.
al-Fath :27)
dan
mereka memasukinya.
Dan
firman-Nya dalam perkara Abu Lahab:
Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. * Dan (begitu pula)
isterinya, pembawa kayu bakar. * Yang di lehernya ada tali dari sabut.
(QS.
al-Lahab 3-:5)
Ini
merupakan dalil bahawa keduanya akan meninggal dalam keadaan kafir, dan
kenyataannya memang seperti itu.
Kelima:
Sesungguhnya al-Quran terpelihara dari perbezaan dan kontradiksi:
Kalau kiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka
mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.
(QS.
an-Nisaa`:82)
Dan
firman-Nya I:
:
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami
benar-benar memeliharanya.
(QS. al-Hijr :9)
Dari Abu
Hurairah ra, dari Nabi saw, sesungguhnya nabi saw bersabda:
“مَا مِنَ
الأنْبِياءِ مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا وَقَدْ أُعْطِي مِنَ الْآيَاتِ مَا آمَنَ
عَلَيْهِ البَشَرُ, وَإِنَّمَا كَانَ الَّذِي أُوتِيتُ وَحْيًا أَوْحَى اللهُ
عَزَّ وَجَلَّ إِليَّ, فَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَكْثَرَهُمْ تَابِعًا يَوْمَ
القِيَامَةِ” [متفقٌ علَيْه].
“Tidak ada seorang nabi kecuali telah diberikan tanda yang
manusia beriman atasnya. Dan sesungguhnya yang diberikan kepadaku adalah wahyu
yang Allah menurunkan wahyu kepadaku, maka aku berharap bahawa aku menjadi
nabi yang paling banyak pengikut di hari kiamat.”
(Muttafaqun
‘alaih).
Ibnu Aqil
rahimahullah berkata, “Di antara mukjizat al-Quran bahawa tidak mungkin bagi
seseorang bahawa ia mengambil maknanya dari ucapan yang telah terdahulu. Maka
sesungguhnya manusia sentiasa membuka sebahagian mereka dari sebahagian yang
lain. Dikatakan: al-Mutanabbi mengambil dari al-Buhturi.
Ibnu
al-Jauzi rahimahullah berkata: Sungguh aku mengeluarkan dua makna yang
mengagumkan:
Pertama:
Sesungguhnya mukjizat para nabi hilang bersama wafatnya mereka. Maka jikalau
orang yang ingkar berkata: Apakah bukti kebenaran Muhammad saw dan Musa as?
Maka
ditakan kepadanya: Muhammad saw, bulan dibelah untuknya dan Musa as, laut
dibelah untuknya, nescaya ia berkata: ini tidak masuk akal.
Maka
Allah swt menjadikan al-Quran ini sebagai mukjizat yang abadi sepanjang masa,
untuk menampakkan bukti kebenarannya setelah wafatnya, dan menjadikannya
sebagai bukti kebenaran para nabi, kerana ia membenarkan bagi mereka dan
menceritakan keadaan mereka.
Kedua:
sesungguhnya ia mengabarkan kepada para ahli kitab bahwa sifat Muhammad saw
telah tertulis di sisi mereka di dalam Taurat dan Injil, bersaksi untuk Hathib
dengan iman dengan kebebasan. Ini adalah persaksian atas yang ghaib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan