Majlis ke
Empat Puluh
Kasih
Sayang Nabi saw (3)
Kasih
sayang Nabi saw terhadap anak-anak:
Nabi saw
adalah manusia yang paling menyayangi anak kecil. Dari Abu Hurairah ra, ia
berkata, ‘Rasulullah saw mengecup Hasan bin Ali ra, sedangkan di sisinya ada
Aqra’ bin Habis at-Tamimi ra sedang duduk. Aqra’ berkata,
‘Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, aku tidak pernah
mengecup seorangpun dari mereka.’ Rasulullah saw memandang kepadanya, kemudian
bersabda:
“مَنْ لَا
يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ” [متفق عليه].
“Barangsiapa yang tidak menyayangi nescaya tidak disayangi.”
(Muttafaqun
‘alaih).
Dari
‘Aisyah rha, ia berkata, ‘Datang orang-orang dari Arab Badawi kepada Rasulullah
saw, mereka berkata,
‘Apakah kamu mengecup anak-anakmu? Mereka menjawab,
‘Ya. Mereka
berkata,
‘Sungguh kami –demi Allah- tidak mengecup.’ Rasulullah saw bersabda:
أَوَ أَمْلِكُ إِنْ كَانَ اللهُ
نَزَعَ مِنْكُمُ الرَّحْمَةَ” [متَّفَقٌ عليه].
“Apakah aku memiliki jika Allah mengambil sifat kasih
sayang dari hatimu?‘ (Muttafaqun
‘alaih).
Di dalam
dua hadits ini merupakan penjelasan keagungan kasih sayang nabi saw kepada
anak-anak, dan sesungguhnya mengecup anak kecil merupakan cerminan kasih
sayang. Dan dalam sabdanya:
“مَنْ لَا
يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ” [متفق عليه].
“Barangsiapa yang tidak menyayangi nescaya tidak disayangi.”
Merupakan
dalil bahawa balasan itu sesuai amal perbuatan. Barangsiapa yang menghalangi
anak-anak dari sifat kasih sayang, nescaya Allah swt menghalanginya dari kasih
sayang di hari kiamat.
Dan di
antara gambaran kasih sayang Nabi saw kepada anak-anak, sesungguhnya ia menemui
puteranya Ibrahim, saat ia sakaratul maut, maka Rasulullah saw menitiskan air
matanya dan bersabda:
“إِنَّ
الْعَيْنَ تَدْمَعُ، وَإِنَّ القَلْبَ يَحْزَنُ، وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يُرْضِي
رَبَّنَا وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لمحْزُونُونَ” [رواه البخاري].
“Sesungguhnya air mata menitis, hati berduka, kami tidak
mengucapkan kecuali apa yang menyenangkan Rabb kami, dan sesungguhnya kami
berduka cita kerana berpisah denganmu, wahai Ibrahim.‘
(HR.
al-Bukhari).
Maka Nabi
saw memberikan kepada Rabb-Nya haq pengabdian dalam sabar, redha, berserah diri
perkara Allah swt. Dan nabi saw memberikan kepada puteranya haq kasih sayang,
menitiskan air mata, dan duka cita kerana berpisah, dan ini merupakan
kesempurnaan gambaran penghambaan.
Dan
ketika cucunya (putra dari puterinya) wafat, kedua matanya menangis, maka Sa’ad
bin ‘Ubadah ra bertanya,
‘Apakah ini wahai Rasulullah? Beliau bersabda,
إِنَّهَا رَحْمَةٌ, جَعَلَهَا
اللهُ فِي قُلُوبِ عِبَادِهِ، وَإِنَّمَا يَرْحَمُ اللهُ مِنْ عِبَادِهِ
الرُّحَمَاء” [متفق عليه].
“Sesungguhnya ini adalah kasih sayang yang diberikan
Allah di hati hamba-hamba-Nya, dan sungguh Allah memberi rahmat
kepada hamba-hamba-Nya yang penyayang.’
(Muttafaqun
‘alaih).
Di antara
gambaran kasih sayang Nabi saw kepada anak-anak, sesungguhnya beliau berkunjung
kepada anak kecil Yahudi yang sakit, yang melayani beliau saw. Nabi saw
bersabda kepadanya,
‘Ucapkanlah Laailaahaillah.’ Anak kecil itu memandang
kepada bapaknya, bapaknya berkata,
‘Taatilah Abul Qasim (Rasulullah saw). Maka anak kecil itu
mengucapkannya. Nabi saw bersabda:
“الحمْدُ
للهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ” [رواه البخاري].
‘Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari
api neraka.’
(HR.
al-Bukhari).
Di
antaranya, sesungguhnya anak kecil Anas bin Malik ra yang bernama ‘Umair
mempunyai burung kecil, yang dia bermain dengannya. Lalu burung itu mati, maka
anak kecil itu bersedih. Maka Nabi saw yang penuh kasih sayang pergi kepadanya,
mengunjungi untuk menghibur dan bercanda kepadanya, beliau saw bersabda,
يَا أَبَا عُمَيْرٍ! مَا فَعَلَ
النُّغَيْرُ” [متفق عليه].
“Wahai Abu Umair, apakah yang dilakukan oleh Nughair.’
(Muttafaqun
‘alaih).
Dari
Abdullah bin Syaddad, dari bapanya, ia berkata, ‘Rasulullah saw keluar kepada
kami di salah satu solatku di waktu isyak, dan beliau saw mengangkat Hasan atau
Husain. Rasulullah saw maju, lalu meletakkannya, kemudian membaca takbir untuk
solat. Maka nabi saw sujud dalam solatnya satu sujud yang sangat lama. Syaddad
ra mengangkat kepalanya, ternyata anak kecil itu berada di atas punggung
Rasulullah saw. Maka ketika Rasulullah saw menyelesaikan solatnya, orang-orang
bertanya, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau melaksanakan sujud di dalam
solatmu satu sujud yang sangat lama, sehingga kami mengira bahawa telah terjadi
satu peristiwa atau diturunkan wahyu kepadamu. Beliau bersabda:
كُلُّ ذلكَ لَمْ يكُنْ, ولكِنَّ
ابْنِي ارْتَحَلَنِي, فَكَرِهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَه”
[رواه النسائي وصححه الألباني].
“Semua itu tidak pernah terjadi, akan tetapi anakku (cucuku)
telah menunggangku, maka aku tidak suka menyegerakannya sebelum dia selesai
menunaikan hajatnya.”
(HR.
an-Nasai dan dishahihkan oleh al-Albani).
Di antara
kasih sayang Nabi saw kepada anak kecil, beliau berkunjung kepada kaum
anshar, memberi salam kepada anak kecil dari mereka dan mengusap kepala mereka.
(HR. an-Nasa`i dan dishahihkan oleh syaikh Albani).
Di antara
kasih sayangnya kepada anak kecil, sesungguhnya anak kecil dibawa kepadanya,
lalu nabi saw memberikan berkah kepada mereka dan mentahnik mereka. (HR.
Muslim).
Dan
pengertian memberi berkah: mengusap mereka dengan tangannya yang mulia dan
mendoakan mereka.
Nabi saw
pernah solat sambil membawa Umamah binti Zainab, apabila nabi saw sujud ia
meletakkannya dan apabila berdiri ia mengangkatnya.
Maka
semoga rahmat Rabb-ku dan kesejahteraannya tetap tercurah kepada Nabi yang
mulia lagi penyayang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan