Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 31 Ogos 2012

H 72 Mencari Pertemuan Dengan Rasulullah Yang Mulia 33

Majlis ke Tiga Puluh Tiga

Keadilan Nabi saw

Islam datang dengan keadilan yang absolut, seperti dalam firman Allah swt:

Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat.
(QS. an-Nahl :90)

Dan firman-Nya:

Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.
(QS. al-Maidah :8)

Di antara gambaran keadilan Nabi saw yang merata, sesungguhnya seorang perempuan terhormat dari Bani Makhzum mencuri. Persoalan perempuan ini menarik perhatian kaum Quraisy, dan mereka ingin mencari perantara di sisi Rasulullah saw untuk menghindarkan hukum had darinya. maka mereka berkata, ‘Siapakah yang membicarakan kepada Rasulullah saw dalam persoalannya? Mereka berkata, ‘Tidak ada yang berani atasnya kecuali Usamah bin Zaid ra yang dicintai Rasulullah saw. Maka perempuan itu dibawa ke hadapan Rasulullah saw, lalu Usamah bin Zaid ra membicarakan tentang perempuan itu kepada Rasulullah saw. Maka berubahlah raut muka Rasulullah saw dan bersabda:

أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللهِ؟

Apakah engkau memberi syafaat dalam had dari had-had Allah?”

Usamah ra berkata, ‘Mintakanlah ampunan untukku, wahai Rasulullah.’ Maka tatkala di waktu isyak, Rasulullah saw berdiri memberikan pidato. Lalu beliau saw memuji Allah swt sebagaimana mestinya, kemudian bersabda:

“أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّما أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الحَدَّ، وَإِنِّي وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ، لَقَطَعْتُ يَدَهَا” [مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ].

Amma ba’du, sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu adalah bahawa mereka, apabila orang yang mulia mencuri di antara mereka, mereka membiarkannya. Dan apabila orang yang lemah mencuri pada mereka, mereka menegakkan hukum atasnya. Dan sesungguhnya aku, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, jika sesungguhnya jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan memotong tangannya.”
(Muttafaqun ‘alaih).
Inilah keadilan Nabi saw yang tidak membezakan di antara orang yang mulia dan hina, atau di antara yang kaya dan miskin, atau di antara pemerintah dan rakyat. Semuanya berada di dalam timbangan kebenaran dan keadilan dalam porsi yang sama.

Dan termasuk dalam gambaran hal itu pula, sesungguhnya an-Nu’man bin Basyir ra berkata,
‘Ayahku memberikan satu pemberian kepadaku, lalu ibunya Umrah binti Rawahah radhiyallahu ‘anha berkata,
‘Aku tidak redha sehingga Rasulullah saw bersaksi. Maka ia datang kepada Rasulullah saw seraya berkata,
‘Sesungguhnya aku memberikan satu pemberian kepada anakku dari Umrah bin Rawahah ra, lalu ia menyuruhku  agar mempersaksikan kepada engkau, wahai Rasulullah. Rasulullah saw bersabda, 
‘Apakah engkau memberikan seperti ini kepada semua anakmu? Ia menjawab,
‘Tidak.’ Beliau saw bersabda:

فاتَّقُوا اللهَ وَاعْدِلُوا بَيْنَ أَبْنَائِكُمْ

Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah di antara anak-anakmu.’

Maka Basyir ra pulang dan menarik kembali pemberiannya.’
(Muttafaqun ‘alaih).

Dalam satu riwayat, ia berkata,
‘Apakah engkau mempunyai anak selain dia? Ia menjawab,
‘Ya.’ Beliau saw bersabda,
‘Apakah engkau memberikan semuanya seperti ini? Ia menjawab,
‘Tidak.’ Beliau saw bersabda,
‘Maka aku tidak mau bersaksi di atas kezaliman.’ 
(Muttafaqun ‘alaih).

Zulkhuwaishirah at-Tamimi datang saat Nabi saw membagi harta, lalu berkata,
‘Berlaku adillah, wahai Rasulullah! Maka Rasulullah saw bersabda:

“وَيْلَكَ! وَمَنْ يَعْدِلُ إِذَا لَمْ أَعْدِلْ؟ قَدْ خِبْتُ وَخَسِرْتُ إِذَا لَمْ أَكُنْ أَعْدِلُ” [متفقٌ عَلَيْهِ

"Celakalah engkau, siapakah yang adil apabila aku tidak adil?  Sungguh aku merugi apabila aku tidak berlaku adil."
(Muttafaqun 'alaih).

Dialah yang Allah swt memberikan kurnia kepadanya, meluruskannya, memberikan amanah wahyu kepadanya, bagaimana mungkin dia tidak adil? Sedangkan dialah yang bersabda:

"إِنَّ المقْسِطِينَ عِنْدَ اللهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ، الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وُلّوا" [رَوَاهُ مُسْلِم].

Sesungguhnya orang-orang yang adil di sisi Allah  berada di atas minbar dari cahaya, iaitu orang-orang yang berlaku adil dalam hukum mereka, keluarga mereka, dan apa yang mereka pegang.”
(HR. Muslim).

Adapun keadilan di atara semua isteri, sungguh Nabi saw melaksanakan dengan sebenarnya. Di mana beliau saw membagi di antara mereka apa yang dia mampu membaginya berupa rumah, nafkah, dan selain keduanya dengan keadilan sempurna saat safar dan muqim. Menginap di sisi setiap isteri satu malam. memberi nafkah apa yang ada di tangannya dengan pembahagian yang sama. Membangun bagi setiap orang satu kamar. Apabila akan safar, beliau saw mengundi di antara mereka, setiap orang pada gilirannya. Dan tatkala hal itu terasa berat atasnya dan mereka menyedari bahawa beliau saw ingin menetap di rumah Aisyah radhiyallahu ‘anha, mereka mengizinkan beliau saw agar menetap saat sakit di rumah Aisyah. Maka beliau saw tinggal di rumahnya hingga wafat. Kendati sudah berlaku adil seperti itu, beliau meminta uzur kepada Allah swt seraya berkata:

اللهُمَّ هَذَا قَسَمِي فِيمَا أَمْلِكُ، فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ” [رواه أبوداود والترمذيُّ].

Ya Allah, inilah pembahagian yang boleh kulakukan, maka janganlah Engkau mencelaku pada sesuatu yang Engkau miliki dan aku tidak memiliki.”
(HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Dan Nabi saw memberikan peringatan sikap cenderung kepada salah seorang isteri dengan mengurangi hak yang lain. Nabi saw bersabda:

مَنْ كَانَتْ لَهُ امْرَأَتَانِ, فَمَالَ إِلَى إِحْدَاهُمَا, جَاءَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَشِقُّهُ مَائِلٌ” [رواه مسلم].

Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu ia cenderung kepada salah seorang dari keduanya, nescaya ia datang pada hari kiamat sedangkan sebelahnya miring.”

(HR. Muslim).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan