Majlis ke
Tiga Puluh Satu
Kasih
Sayang (Kelembutan) Nabi saw Kepada Umatnya (2)
Di antara
gambaran kelembutan Muhammad saw, sesungguhnya seorang pemuda datang kepada
Nabi saw, ia berkata,
‘Ya Rasulullah, izinkanlah aku berzina.’ Maka orang-orang menghadap
kepadanya dan mengherdiknya serta berkata,
‘Diam, diam.’ Nabi saw bersabda,
‘Mendekatlah.‘ Lalu ia
mendekat kepadanya. Nabi saw bersabda,
‘Apakah engkau menyukainya untuk ibumu? Ia berkata,
‘Tidak demi Allah.’
Nabi saw
bersabda,
‘Semua manusia tidak menyukainya untuk ibu mereka, apakah engkau
menyukainya untuk puterimu?’ Ia menjawab,
‘Tidak demi Allah, wahai Rasulullah. Semoga Allah menjadikan diriku
sebagai tebusanmu.’
Nabi saw
bersabda,
‘Semua manusia tidak ada yang menyukainya untuk puteri-puteri mereka.
Apakah engkau menyukainya untuk saudarimu? Ia menjawab,
‘Tidak, demi Allah. Semoga Allah menjadikan diriku sebagai tebusan
engkau.’
Nabi saw
bersabda,
“Semua manusia tidak ada yang menyukainya untuk saudari-saudarinya,
apakah engkau engkau menyukainya untuk bibimu (saudari bapakmu)? Ia menjawab,
‘Tidak, demi Allah, semoga Allah menjadikan diriku sebagai tebusan
engkau.’
Nabi saw
bersabda,
‘Semua manusia tidak ada yang menyukainya untuk bibi mereka, apakah
engkau menyukainya untuk bibimu (saudari ibumu)? Ia menjawab,
‘Tidak, demi Allah, semoga Allah menjadikan diriku sebagai tebusan
engkau.’
Nabi saw
bersabda,
‘Dan semua manusia tidak ada yang menyukainya untuk bibinya (saudari
ibu)? Ia
menjawab,
‘Tidak, demi Allah, semoga Allah menjadikan diri sebagai tebusan
engkau.’
Beliau
saw bersabda,
‘Dan semua manusia tidak ada yang menyukainya untuk bibi mereka.‘ Kemudian beliau saw
meletakkan kedua tangannya kepadanya dan berdoa:
“اللَّهُمَّ
اغْفِرْ ذَنْبَه، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ”، فَلَمْ يَكُنْ بَعْدَ
ذَلِكَ الْفَتَى يَلْتَفِتُ إِلى شَيْءٍ. [رَواه أَحْمد].
“Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkanlah hatinya, dan
jagalah kemaluannya.’
Maka
pemuda itu tidak pernah melihat kepada perzinaan setelah itu.’
(HR.
Ahmad).
Dengan
uslub (metode, tata cara) yang lembut seperti ini, Nabi saw boleh memasukkan ke
dalam hati pemuda ini dan membuatnya merasa kotor terhadap perbuatan zina yang
dia meminta izin kepadanya, dan hal itu menjadi penyebab kesolehan istiqamah
dan iffahnya pemuda ini.
Di antara
kelembutan Nabi saw terhadap umatnya, terdapat pada hadits yang diriwayatkan
Abdullah bin Abbas ra, ia berkata, ‘Ketika Nabi saw sedang khutbah, tiba-tiba
ada seorang lelaki berdiri, maka beliau bertanya tentang dia, mereka menjawab,
‘Abu Israil bernazar bahawa ia berdiri di panas matahari dan tidak duduk, tidak
berteduh dan tidak berbicara, dan berpuasa.’ Maka Nabi saw bersabda:
“مُرُوه
فَلْيَتَكَلَّمْ, وَلْيَسْتَظِلَّ, وَلْيَقْعُدْ، وَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ” [رواهُ
البخَارِيُّ].
Suruhlah dia, hendaklah dia berbicara, berteduh, duduk, dan meneruskan
puasanya.”
(HR.
al-Bukhari).
Di antara
hal itu, hadits yang diriwayatkan Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash ra, ia berkata,
‘Nabi saw diberitahu bahawa aku berkata,
‘Demi
Allah, aku akan selalu puasa di siang hari dan solat di malam hari selama
hidupku.’ Nabi saw bertanya,
‘Apakah
engkau yang mengatakan hal itu? Aku berkata kepadanya,
‘Sungguh
aku telah mengatakannya, -tebusan engkau adalah ayah dan ibuku- wahai
Rasulullah. Beliau saw bersabda:
فَإِنَّكَ لَا تَسْتَطِيعُ ذَلِكَ،
فَصُمْ وَأَفْطِرْ، وَنَمْ وَقُمْ, وَصُمْ مِنَ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ,
فَإِنَّ الحسَنَةَ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا, وَذَلِك مِثْلُ صِيَامِ الدَّهْرِ”.
‘Engkau tidak mampu melakukan hal itu.’ Maka puasa dan
berbuka, tidur dan solat, puasalah tiga hari dalam sebulan, maka
sesungguhnya kebaikan mendapat balasan sepuluh kali lipat, dan hal itu sama
seperti puasa setahun.”
Dalam
satu riwayat,
‘Apakah benar kabar kepadaku bahawa engkau puasa di siang hari dan solat
di malam hari? Aku
menjawab,
‘Benar, wahai Rasulullah. Beliau saw bersabda,
‘Janganlah engkau lakukan, puasa dan berbukalah, tidur dan solatlah.
Maka sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak atasmu, kedua matamu mempunyai hak
atasmu, isterimu punya hak atasmu, tamu engkau mempunyai hak atasmu,
sesungguhnya cukuplah engkau puasa tiga hari setiap bulan. Sesungguhnya untukmu
setiap kebaikan dibalas sepuluh kali lipat, maka sesungguhnya hal itu sama
puasa setahun.
Abdullah
ra berkata,
‘Aku memberatkan diri, maka diberatkan kepadaku.’ Aku berkata,
‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai kekuatan.’ Beliau bersabda,
‘Puasalah seperti puasa nabiyullah Daud, jangan engkau tambah atasnya.‘ Aku bertanya,
‘Seperti apakah puasa Nabi Daud? Beliau menjawab,
‘Puasa setengah tahun.’ Maka Abdullah ra berkata setelah lanjut usia,
‘Andaikan aku menerima keringanan yang diberikan Rasulullah.”
(Muttafaqun
‘alaih).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan