Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 30 Ogos 2012

H 50 Mencari Pertemuan Dengan Rasulullah Yang Mulia 11

Majlis ke sebelas

Di antara keutamaan NABI MUHAMMAD SAW

Ketahuilah,  sesungguhnya keutaman Nabi kita NABI MUHAMMAD SAW sangat banyak dan pujian untuknya sangat berlimpah, di antaranya adalah:

ALLAH SWT telah memujinya kerana akhlak yang mulia dan sifat yang terpuji. Firman ALLAH SWT:

“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
(Surah  al Qalam : ayat 4)

Dan NABI MUHAMMAD SAW bersabda:

وَقَالَ r: “إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ  الْأَخْلَاقِ” [رواه الطبراني].

Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak /budi pekerti.’

Pujian yang diberikan ALLAH SWT kepadanya berupa rahmat dan kasih sayang kepada umatnya dan semua umat manusia, sebagaimana firman ALLAH SWT :

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”
(Surah al Anbiya’: ayat 107)

Dan firmanNya:

“Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.”
(Surah al Ahzaab : Ayat 43)

Dan firmanNya:

“Maka disebabkan rahmat dari ALLAH-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.”
(Surah  Ali Imran : ayat 159)

Dan sabda-Nya:
وَقَوْلِه r: “إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ” [رَواهُ الحاكِمُ وصحَّحهُ الألبَانِيُّ].

Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan.”
 (HR. Al-Hakim dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

Perhatian ALLAH SWT kepada beliau sejak kelahirannya, berdasarkan firman ALLAH SWT :

“Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. * Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. * Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan”.
(Surah adh-Dhuha: ayat 6-8).

Keterangan tentang dilapangkan dadanya dan diangkat sebutannya, firman Allah swt:

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.”
(Surah Insyirayh : ayat 1-4)

Beliau sebagai penutup para nabi, firman ALLAH SWT.

Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu.
(QS. al-Ahzab :40)

Dan NABI MUHAMMAD SAW bersabda:

مَثَلِي وَمَثَلُ الْأَنْبِيَاءِ مِنْ قَبْلِي كَمَثَلِ رَجُلٍ بَنَى بَيْتًا فَأَحْسَنَهُ وَأَكْمَلَهُ، إِلَّا مَوْضِعَ لَبِنَةٍ مِنْ زَاوِيَةٍ مِنْ زَوَايَاهُ، فَجَعَلَ النَّاسُ يَطُوفُونَ وَيَعْجَبُونَ مِنَ البُنْيَانِ وَيَقُولُونَ: أَلَا وَضَعْتَ هَاهُنَا لَبِنةً، فَيَتِمَّ بُنْيَانُكَ؟ فَكُنْتُ أَنَا اللَّبِنَةَ” [مُتَّفَقٌ عليْهِ].

Perumpamaan aku dan para nabi sebelumku adalah seperti perumpamaan seorang lelaki yang membangun rumah, maka memperbaikinya dan menyempurnakannya kecuali satu tempat bata dari salah satu sudutnya. Maka manusia berkeliling dan merasa kagum terhadap bangunan itu dan berkata, ‘Andaikan engkau meletakkan di sisi satu bata, maka sempurnalah bangunannya? Maka akulah bata itu.’
(Muttafaqun ‘alaih).

Melebihkannya dari semua nabi: berdasarkan sabda NABI MUHAMMAD SAW :

فُضِّلْتُ عَلَى الْأَنْبِيَاءِ بِسِتٍّ: أُعْطِيتُ جَوَامِعَ الْكَلِمِ، وَنُصِرْتُ بِالرُّعْبِ، وَأُحِلّتْ لِيَ الْغَنَائِمُ، وَجُعِلَتْ لِيَ الْأَرْضُ طَهُورًا وَمَسْجِدًا، وَأُرْسِلْتُ إِلَى الْـخَلْقِ كَافَّةً, وَخُتِمَ بِيَ النَّبِيُّونَ” [رَواهُ مسْلِم].

Aku diberikan kelebihan dari semua nabi dengan enam perkara: aku diberikan jawami’ alkalim (kalimat singkat, padat makna), aku ditolong dengan rasa (dari musuh), dihalalkan ghanimah untukku, bumi dijadikan suci untukku sebagai alat bersuci dan masjid,  dan aku diutus kepada semua makhluk, dan semua nabi ditutup denganku.”
(HR. Muslim).

Sesungguhnya beliau adalah makhluk yang paling bertakwa dan paling mulia.  NABI MUHAMMAD SAW bersabda:

أَنَا مُحمَّدُ بْنُ عَبْدِاللهِ  ابْنِ عَبْدِ المطَّلِب؛ إِنَّ اللهَ تَعَالَى خَلَقَ الخَلْقَ، فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهِمْ، ثُمَّ جَعَلَهُمْ فِرْقَتَيْنِ, فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهِمْ فِرْقَةً, ثُمَّ جَعَلَهُمْ قَبَائِلَ، فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهِمْ قَبِيلَةً، ثُمَّ جَعَلَهُمْ بُيُوتًا، فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهِمْ بَيْتًا، فَأَنَا خَيْرُكُمْ بَيْتًا، وَخَيْرُكُمْ نَفْسًا” [رواه أحمد وأبوداود وصححه الألباني].

Aku adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib, sesungguhnya telah menciptakan makhluk, lalu menjadikan aku dalam sebaik-baik mereka. Kemudian Dia swt menjadikan mereka dua golongan, maka Dia swt menjadikan aku pada sebaik-baik mereka secara golongan. Kemudian Dia swt menjadikan mereka beberapa kabilah, maka Dia swt menjadikan aku dalam sebaik-baik mereka secara kabilah. Kemudian Dia swt menjadikan mereka beberapa rumah, maka aku adalah sebaik-baik kamu dari sisi rumah dan sebaik-baik kamu dari sisi jiwa.”
(HR. Ahmad dan Abu Daud dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

Sesungguhnnya beliau adalah pemilik telaga dan syafaat di hari kiamat. NABI MUHAMMAD SAW bersabda:

أَنَا فَرَطُكُمْ عَلَى الْـحَوْضِ أَنْتَظِرُكُمْ, لِيُرفَعَ لِي رِجَالٌ مِنْكُمْ، حَتَّى إِذَا عَرَفْتُهُمْ, اخْتُلِجُوا دُونِي، فَأَقُولُ: رَبِّ أَصْحَابِي! فَيُقَالُ: إِنَّكَ لَا تَدْرِي مَا أَحْدَثُوا بَعْدَكَ” [رواه البخاري].

“Aku mendahuluimu di atas telaga sambil menunggumu, agar diangkat untukku beberapa orang lelaki darimu sehingga aku mengenal mereka, menyelinap di belakangku. Maka aku berkata, ‘Wahai Rabb, sahabatku, sahabatku.’ Maka dikatakan: sesungguhnya engkau tidak tahu apa yang telah mereka perbuat sesudahmu.’
(HR. Al-Bukhari).

Dan NABI MUHAMMAD SAW bersabda:

إِنَّ لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةً قَدْ دَعَا بِهَا، فَاسْتُجِيبَتْ لَهُ, وَإِنِّي قَدْ اخْتَبَأْتُ دَعْوَتِي شَفَاعَةً لِأُمَّتِي يَوْمَ القِيَامَةِ” [متَّفقٌ عليهِ].

Sesungguhnya untuk setiap nabi ada satu doa yang dia telah berdoa dengannya, lalu telah dikabulkan untuknya. Dan sesungguhnya aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku di hari kiamat.’
(Muttafaqun ‘alaih).

NABI MUHAMMAD SAW adalah pemimpin umat manusia di hari kiamat. Berdasarkan sabdanya :

أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَلَا فَخْرَ، وَبِيَدِي لِوَاءُ الْـحَمْدِ وَلَا فَخْرَ, وَمَا مِنْ نَبِيٍّ يَوْمَئِذٍ آدَمَ فَمَنْ سِوَاهُ إِلَّا تَحْتَ لِوَائِي، وَأَنَا أَوَّلُ شافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ وَلَا فَخْرَ” [رواه أحمد والتِّرمذيُّ وصحَّحه الألبانِيُّ]

Sesungguhnya aku adalah pemimpin keturunan Adam dan aku tidak bangga, di tanganku ada bendera pujian dan aku tidak merasa bangga, tidak ada seorang nabi dari sejak zaman nabi Adam hingga sesudahnya kecuali berada di bawah benderaku, dan aku yang pertama memberi syafaat dan yang pertama diberi syafaat dan aku tidak merasa bangga.”
(HR. Ahmad dan at-Tirmidzi, dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

NABI MUHAMMAD SAW adalah orang yang pertama-tama masuk syurga: NABI MUHAMMAD SAW bersabda:

أَنَا أَوَّلُ مَنْ يَقْرَعُ بَابَ الجنَّةِ، فَيَقُولُ الخَازِنُ: مَنْ أَنْتَ؟ فَأقُولُ: أَنَا مُحَمَّدٌ. فَيَقُولُ: أَقُومُ فأفْتَحُ لَكَ، فَلَمْ أَقُمْ لِأَحَدٍ قَبْلَكَ، وَلَا أَقُومُ لِأَحَدٍ بَعْدَكَ” [رواهُ مسْلم].

Akulah yang pertama-tama mengetuk pintu syurga. Maka penjaga berkata, ’Siapakah engkau? Maka aku menjawab, ‘Aku adalah Muhammad.’ Maka ia berkata, ‘Aku berdiri membuka pintu untukmu, maka aku tidak pernah berdiri untuk seseorang setelah engkau.”
(HR. Muslim)

NABI MUHAMMAD SAW adalah panutan terbaik bagi setiap manusia yang mengharapkan ALLAH SWT dan keberuntungan dengan mendapatkan syurganya dan selamat dari nerakanya. Sebagaimana firman ALLAH SWT :

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH.
(Surah  al-Ahzab : ayat 21)

NABI MUHAMMAD SAW terhindar dari ucapan kerana hawa nafsu, bahkan sesungguhnya ucapannya yang berhubungan dengan agama dan syariat dipandang termasuk wahyu yang tidak didatangi kebatilan, sebagaimana firman ALLAH SWT :

“dan tiadalah yang diucapkannya itu (al Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).”
(Surah an-Najm: ayat 3-4)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan