Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 28 Ogos 2012

H 44 Mencari Pertemuan Dengan Rasulullah Yang Mulia 5

Majlis kelima

Petunjuk Nabi saw di bulan Ramadan (3)

Dan termasuk petunjuk Nabi saw bahawa apabila sudah terbit fajar, sedangkan beliau sedang junub, maka beliau mandi setelah terbit fajar –maksudnya setelah azan subuh- dan beliau tetap puasa. Dan beliau mengecup sebahagian isterinya saat puasa di bulan Ramadan, dan menyerupakan mengecup isteri bagi yang puasa seperti berkumur-kumur dengan air.

Petunjuk Nabi saw pada orang yang makan dan minum kerana lupa

Termasuk petunjuknya menggugurkan kewajipan mengqadak dari orang yang makan dan minum kerana lupa, dan sesungguhnya Allah swt telah memberi makan dan minum kepadanya. Makan dan minum ini bukanlah diberikan kepadanya maka ia berbuka dengannya. Maka ia hanya berbuka dengan apa yang dilakukannya. Hal ini sama dengan makan dan minumnya di saat tidurnya, kerana tidak ada beban (taklif) dengan perbuatan orang yang tidur, dan tidak pula orang yang lupa.

Hal-hal yang membatalkan puasa


Yang shahih dari Nabi saw bahawa yang membatalkan puasa adalah: makan, minum, berbekam (?), dan muntah.
Dan al Quran menunjukkan bahawa jimak membatalkan puasa, seperti makan dan minum dan tidak ada perbezaan pendapat padanya. Dan tidak ada riwayat yang shahih darinya dalam memakai celak, dan shahih darinya bahawa beliau saw bersiwak saat puasa.
Imam Ahmad rahimahullah menyebutkan darinya bahawa beliau menyiramkan air ke atas kepalanya saat berpuasa.
Beliau saw berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung saat berpuasa, dan melarang yang berpuasa dari berlebihan dalam memasukkan air ke hidung.
Tidak ada riwayat yang shahih darinya bahawa beliau saw berbekam saat berpuasa, imam Ahmad mengatakan hal itu.
Dan tidak riwayat yang shahih bahawa beliau melarang bersiwak di permulaan siang dan tidak pula di akhirnya.

Petunjuknya  dalam iktikaf

Beliau saw iktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan hingga wafat, beliau pernah meninggalkannya sekali lalu mengqadaknya di bulan Syawal.
Beliau pernah iktikaf sekali di sepuluh hari yang pertama, kemudian di pertengahan, kemudian di sepuluh hari terakhir, kerana mengharapkan lailatul qadar. Kemudian nyatalah baginya bahawa lailatul qadar berada di sepuluh hari yang terakhir. Lalu beliau menekuni iktikafnya hingga akhir hayatnya.
Beliau meminta dibuatkan khemah/tenda, lalu dibuatkan untuknya di masjid, beliau menyendiri di dalamnya dengan Rabb-nya.
Apabila beliau saw ingin iktikaf, beliau saw solat fajar kemudian memasukinya.
Nabi saw  melakukan iktikaf setiap tahun selama sepuluh hari. Maka tatkala di tahun yang beliau wafat, beliau iktikaf selama dua puluh hari.

Jibril as membacakan al Quran kepada beliau sekali setiap tahun, maka di tahun beliau wafat, ia membacakannya sebanyak dua kali.
Beliau juga membacakan al Quran kepadanya sekali setiap tahun, maka beliau membaca kepadanya pada tahun itu sebanyak dua kali.
Apabila beliau saw iktikaf, beliau memasuki khemahnya sendirian.
Beliau tidak memasuki rumahnya di saat iktikaf kecuali untuk keperluan tertentu.
Dan beliau mengeluarkan kepalanya dari masjid ke rumah Aisyah ra, lalu ia menyisir rambutnya dan membasuhnya, sedangkan beliau tetap di dalam masjid dan dia radhiyallahu ‘anha sedang haid.

Sebahagian isteri beliau mengunjunginya saat beliau sedang iktikaf. Apabila ia berdiri, beliau ikut berdiri menghantarnya, dan hal itu terjadi di malam hari.
Beliau saw tidak melakukan apapun terhadap isteri-isterinya saat iktikaf, tidak mengecup dan tidak pula yang lainnya.
Apabila beliau sedang iktikaf, diberikan kepadanya kasur dan diletakkan ranjangnya di tempat iktikafnya.

Apabila beliau keluar untuk menunaikan hajatnya, beliau melewati orang yang sakit, sedangkan beliau berada di jalannya, maka beliau tidak menyapanya dan tidak bertanya tentang dirinya.
Dan beliau pernah iktikaf di kubah turki, menggelar tikar di atas ambang pintunya. Semua itu untuk mencapai tujuan iktikaf dan semangatnya. Bukan seperti yang dilakukan sebahagian orang-orang jahil yang menjadikan tempat iktikaf sebagai tempat keluar, menarik/mengundang para pengunjung dan bercengkerama di antara mereka. Ini adalah satu jenis, dan iktikaf Nabi jenis yang lain. Wallahul muwaffiq.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan