Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 31 Ogos 2012

H 76 Mencari Pertemuan Dengan Rasulullah Yang Mulia 37

Majlis ke Tiga Puluh Tujuh

Sifat Wafa (memenuhi janji) Nabi saw

Islam adalah agama memenuhi janji, menghormati perjanjian, transaksi dan kesepakatan. Firman Allah I:

“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad itu”.
(QS. al-Maidah :1)

Dan firman Allah swt:

“dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya”. 
(QS. al-Israa`:34)

dan firman-Nya:

(iaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merosak perjanjian,
(QS. ar-Ra’d :20)

Dan Nabi saw bersabda:

مَنْ كَانَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ قَوْمٍ عَهْدٌ؛ فَلَا يَحُلَّنَّ عُقْدَةً وَلَا يَشُدَّهَا حَتَّى يَمْضِيَ أَمَدُهُ، أَوْ يَنْبِذَ إلَيْهِمْ عَلَى سَوَاءٍ”

Dan barangsiapa yang ada perjanjian di antaranya dan di antara kaum, maka janganlah ia melepaskan ikatan dan jangan pula mengikatnya sehingga berlalu masanya, atau melemparkan kepada mereka secara sama.”
(HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Dan ketika datang kepada Nabi saw dua orang utusan Musailamah al-Kadzdzab (pembohong), lalu keduanya berbicara, Nabi saw bersabda:

“لَوْلَا  أَنَّ الرُّسَلَ لَا تُقْتَلُ, لضَرَبْتُ أَعْنَاقَكُمَا” فَجَرت سنتُه أَلا يُقْتَل رَسُولٌ”. [رواه أبوداود].

Jikalau tidak (ada aturan) bahawa para utusan tidak boleh dibunuh nescaya aku memenggal leher kamu berdua”.

Maka berlakukan sunnah bahawa utusan tidak boleh dibunuh.
(HR. Abu Daud).

Di antara contoh bahawa Nabi saw sangat memenuhi janji bersama orang kafir, iaitu yang diriwayatkan dalam kisah perjanjian Hudaibiyah. Dalam perdamaian yang ditetapkan Nabi saw bersama utusan Quraisy, Suhail bin ‘Amr. Dan di antara poin perjanjian ini bahawa lelaki yang datang kepada Nabi saw dari kaum Quraisy di masa perjanjian ini, dia saw mengembalikannya kepada kaum Quraisy, sekalipun dia seorang muslim. Saat mereka menulis sisa perjanjian ini, tiba-tiba datang Abu Jandal bin Suhail bin Amr dalam ikatannya. Dia keluar dari bagian bawah kota Mekah sehingga melemparkan dirinya di antara kaum muslimin. Suhail berkata, ‘Wahai Muhammad, ini permulaan aku meminta kepadamu agar mengembalikannya kepadaku.’ Nabi saw bersabda, 
‘Sesungguhnya kita belum membatalkan kitab.‘ Ia berkata,
‘Kalau begitu aku tidak membuat perjanjian  kepadamu untuk selamanya.’ Nabi saw bersabda, 
‘Maka laksanakanlah untukku.’ Ia berkata,
‘Aku tidak akan melaksanakannya untukmu.’ Nabi saw bersabda, 
‘Bahkan, lakukanlah.’ Ia menjawab,
‘Aku tidak melakukan.’ Maka Abu Jandal berteriak dengan suara keras,
‘Wahai sekalian kaum muslimin, apakah aku dikembalikan kepada kaum musyrikin yang mengujiku dalam agamaku, dan sungguh aku datang sebagai seorang muslim.’

Rasulullah saw bersabda, 

‘Wahai Abu Jandal, sabar dan berharaplah pahala, sesungguhnya Allah akan menjadikan untukmu dan orang-orang lemah yang bersamamu kelapangan dan jalan keluar. Sesungguhnya kami telah membuat perjanjian di antara kami dan kaum Quraisy dan kami telah memberikan hal itu kepada mereka, dan mereka memberikan kepada kami janji Allah, maka kami tidak boleh melanggar janji dengan mereka.
(HR. al-Bukhari).

Demikian pula telah kabur Abu Bashir, dia seorang lelaki dari bani Tsaqib sekutu kaum Quraisy. Maka ia pergi kepada Nabi saw. Lalu kaum Quraisy mengutus dua orang untuk mencarinya. Maka Nabi saw mengembalikannya berdasarkan kesepakatan perjanjian Hudaibiyah. Dalam hal ini merupakan bukti bahawa Nabi saw menepati janji, menghormati perjanjian dan kesepakatan, sekalipun nampaknya secara lahir merupakan kezaliman terhadap kaum muslimin.

Di antara bukti kesungguhan Nabi saw terhadap perjanjian dengan orang-orang kafir, adalah berdasarkan cerita yang diriwayatkan oleh al-Bara`, sesungguhnya ketika Nabi saw ingin umrah, beliau mengutus kepada penduduk Mekah meminta izin kepada mereka agar boleh masuk kota Mekah, maka mereka memberikan syarat bahawa beliau saw tidak boleh menetap lebih dari tiga hari, tidak memasukinya kecuali dengan pedang tetap di sarungnya, dan tidak mengajak seseorang dari mereka.

Ia berkata: ‘Maka Ali bin Abi Thalib ra menulis persyaratan di antara mereka, maka dia menulis: Inilah yang diputuskan oleh Muhammad utusan Allah. Mereka berkata,
‘Jika kami mengetahui bahawa engkau adalah seorang utusan Allah, tentu kami tidak menghalangimu dan kami pasti mengikutimu. Akan tetapi tulislah: Inilah yang diputuskan oleh Muhammad bin Abdullah. Maka Rasulullah saw bersabda:
Aku –demi Allah- adalah Muhammad putra Abdullah, dan Aku –demi Allah- adalah utusan Allah.’ Maka beliau saw bersabda kepada Ali ra: 
Hapuslah kata-kata ‘Rasulullah’. Ali ra berkata,
‘Demi Allah, aku tidak akan pernah menghapusnya.’
Beliau saw bersabda, 
‘Perlihatkanlah kepadaku.’ Diapun memperlihatkannya kepada beliau saw. Maka Nabi saw menghapusnya dengan tangannya. Maka tatkala beliau masuk (kota Mekah) dan telah berlalu beberapa hari, mereka berkata,
‘Suruhlah temanmu (Rasulullah saw), hendaklah ia pulang/berangkat.’ Ali ra menyebutkan hal itu kepada Rasulullah saw, maka beliau bersabda:
‘Ya.’ Maka beliau berangkat.
(muttafaqun ‘alaih).

Dalam cerita tersebut, sesungguhnya Nabi saw menepati janjinya terhadap mereka dan tidak menambah atas hal itu.

Dan beliau saw bersabda memberikan ancaman terhadap sifat menipu dan tidak menepati janji:

“مَنْ أَمَّنَ رَجُلاً عَلَى نَفْسِهِ فَقَتَلَهُ، فَأَنَا بريءٌ مِنَ القَاتِلِ, وَإِنْ كَانَ المقْتُولُ كَافِرًا” [رواه النسائي وصححه الألباني].

“Barangsiapa yang memberikan jaminan keamanan kepada seorang lelaki, lalu ia membunuhnya, maka aku berlepas diri dari yang membunuh, sekalipun yang dibunuh adalah orang kafir.”
(HR. an-Nasa`i dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

Dan beliau saw bersabda:

مَا نَقَضَ قَوْمٌ العَهْدَ إِلَّا كَانَ الْقَتْلُ بَيْنَهُمْ” [رواه الحاكم وصححه على شرط مسلم وصححه الألباني].

Tidaklah suatu kaum membatalkan perjanjian kecuali (akan terjadi) peperangan di antara mereka”.
(HR. al-Hakim dan ia menshahihkannya, dan dishahihkan pula oleh Syaikh al-Albani).

Dan Nabi saw berlindung (kepada Allah swt) dari sifat khianat, lawan dari sifat menepati janji, beliau berdo’a:

“… وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الخِيَانَةِ فَإِنَّها بِئْسَتِ البِطَانَةُ” [رواه أبوداود والنسائي وحسنه الألباني].

“…dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat khiyanat, sesungguhnya ia adalah sejahat-jahat teman.”
(HR. Abu Daud dan an-Nasa`i dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

Dan Nabi saw mengharamkan perbuatan menipu dan berkhianat, beliau bersabda:

“لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ يَوْمَ القِيَامَةِ يُعْرَفُ بِهِ” [متفق عليه].

“Bagi setiap penipu itu ada bendera yang dikenal di hari kiamat.”
(Muttafaqun ‘alaih).

Dan beliau menegaskan bahawa nabi saw tidak membatalkan perjanjian, beliau bersabda:

إِنِّي لَا أَخِيْسُ بِالْعَهْدِ” [رواه أحمد وأبوداود وصححه الألباني].

“Sesungguhnya aku tidak mengurangi janji.”

(HR. Ahmad dan Abu Daud dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan