Majlis ke
Enam Belas
Masa
Diutusnya Menjadi Rasul dan Dakwah kepada kaumnya
Nabi saw
dibangkitkan (diangkat menjadi Rasul) setelah mencapai usia 40 tahun, iaitu
usia sempurna. Maka turunlah kepadanya malaikat di goa Hira pada hari isnin 17
Ramadan. Apabila wahyu turun kepadanya, hal itu nampak berat atasnya, wajahnya
berubah dan keningnya berkeringat.
Tatkala
malaikat turun kepadanya, ia berkata kepadanya,
‘Bacalah.’ Dia
menjawab,
‘Aku tidak boleh membaca.’ Maka malaikat itu memeluknya hingga ia merasa
berat. Kemudian ia berkata lagi:
“Bacalah.’ Beliau kembali menjawab,
‘Aku tidak boleh membaca.’ Kejadian ini berlangsung sebanyak tiga kali.
Kemudian ia berkata:
Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan,* Dia telah
menciptakan manusia dengan segumpal darah. * Bacalah, dan Rabbmulah Yang
Paling Pemurah,* Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. * Dia
mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
(QS.
al-’Alaq:1-5)
Kemudian
Rasulullah saw pulang kepada Khadijah radhiyallahu ‘anha sambil
gementar, menceritakan kepadanya apa yang dilihatnya, maka ia (Khadijah)
memberikan ketenangan kepadanya dan berkata kepadanya: “Bergembiralah, demi Allah,
Allah tidak akan menghinakanmu. Sesungguhnya engkau menyambung tali
silaturrahim, benar dalam ucapan, memikul yang sudah, mengusahakan yang tiada,
menjamu tamu dan menolong terhadap musibah.
Kemudian
Khadijah radhiyallahu ‘anha pergi bersamanya untuk bertemu
Waraqah bin Naufal. Dia adalah anak paman Khadijah (saudara sepupu). Dia adalah
seseorang yang beragama Nasrani di masa jahiliyah. Dia menulis kitab berbahasa
Ibrani, maka dia menulis Injil dengan bahasa Arab yang dikehendaki Allah swt
yang dia tulis. Dia seorang tua sepuh yang telah buta. Khadijah radhiyallahu
‘anha berkata kepadanya: “Wahai anak pamanku, dengarlah anak saudaramu ini.
Waraqah berkata kepadanya, ‘Wahai anak saudaraku, apakah yang telah
engkau lihat? Maka beliau saw menceritakan apa yang telah dilihatnya. Maka
Waraqah berkata kepadanya, “Inilah adalah Namus (Jibril as) yang telah
diturunkan Allah swt kepada Musa as. Andaikan aku masih kuat. Andaikan aku
masih kuat saat kaummu mengeluarkan engkau.’ Maka Nabi saw bertanya, ‘Apakah kaumku
akan mengusirku? Ia menjawab, “Benar, belum pernah ada seseorang yang datang
seperti yang engkau datang dengannya kecuali dimusuhi. Dan jika aku sempat
menemui harimu nescaya aku akan menolongmu dengan pertolongan yang kuat.”
Kemudian tidak berapa lama, Waraqah wafat.
Kemudian
terputuslah wahyu, maka Rasulullah saw diam dalam waktu yang Allah swt
menghendaki agar beliau saw diam, tidak melihat sesuatu. Maka dia merasa
berduka atas hal itu dan merasa rindu terhadap turunnya wahyu.
Kemudian
malaikat menampakkan diri di hadapannya di antara langit dan bumi di atas
kursi, maka ia menenteramkannya dan memberikan kabar gembira bahawa dia seorang
utusan Allah swt yang sebenarnya. Maka tatkala Rasulullah saw melihatnya, ia
merasa takut darinya dan pergi kepada Khadijah radhiyallahu ‘anha dan berkata,
‘Selimutilah aku, selimutilah aku. Lalu Allah swt menurunkan wahyu kepadanya:
"Hai orang yang berkemul (berselimut), * bangunlah, lalu berilah
peringatan! * dan Rabbmu agungkanlah, * dan pakaianmu bersihkanlah,"
(QS.
al-Mudatsir:1-4)
Maka
Allah swt memerintahkan kepadanya di dalam ayat ini supaya memberikan
peringatan kepada kaumnya dan mengajak mereka kepada menyembah Allah swt,
mengagungkan Allah swt, dan membersihkan dirinya dari perbuatan maksiat dan
dosa.
Maka
Rasulullah saw mulai melaksanakan tugas dan dia mengetahui bahawa dia adalah
utusan Allah swt yang sebenarnya, berdiri tegak dalam taat kepada Allah swt
dengan sebenarnya, mengajak yang tua dan muda kepada Allah swt, yang merdeka
dan budak, lelaki dan wanita, yang hitam dan putih, Maka ada segolongan manusia
dari setiap kabilah yang memenuhi dakwahnya, yang Allah swt menghendaki
keberuntungan dan keselamatan mereka di dunia dan akhirat. Maka mereka masuk
Islam di atas dasar cahaya dan mata hati. Lalu orang-orang bodoh dari penduduk
Mekah mulai menyakiti dan menyiksa mereka dan Allah swt menjaga Rasul-Nya
melalui perantara pamannya Abu Thalib. Sungguh dia seorang yang mulia dan
dipatuhi oleh mereka, terpandang di antara mereka. Mereka tidak berani mengejutkannya
sekecil apapun dalam perkara Rasulullah swt, kerana mereka mengetahui cintanya
kepadanya. Sebagaimana ia tetap di atas agama mereka, dan inilah yang membuat
mereka bersabar atasnya dan tidak berani terang-terangan memusuhinya.
Ibnu
al-Jauzi rahimahullah berkata, ‘Dan beliau melaksanakan dakwah secara
sembunyi selama tiga tahun. Kemudian turunlah kepadanya firman Allah swt:
“Maka sampaikanlah olehmu segala apa yang diperintahkan (kepadamu).”
(QS.
al-Hijr :94)
Maka
beliau berdakwah secara terang-terangan. Maka tatkala turun firman Allah swt:
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.”
(QS.
asy-Syu’ara :214)
Rasulullah
saw keluar hingga menaiki bukit Shafa, lalu beliau berseru: ‘Wahai pagi.’
Mereka bertanya-tanya, siapakah gerangan yang berseru. Mereka menjawab,
‘Muhammad,’ maka berkumpul kepadanya, lalu beliau saw bersabda:
: “يَا
بَنِي فُلانٍ! يَا بَنِي فُلَانٍ! يَا بَنِي عَبْدِ مَنَافٍ! يَا بَنِي عَبْدِ
المطَّلِبِ”
“Wahai Bani fulan, wahai bani fulan, wahai bani Abdul Manaf,
wahai bani Abdul Muthalib."
Maka
mereka berkumpul kepadanya. Lalu beliau saw bersabda:
“Bagaimana
pendapatmu jika aku mengabarkan kepadanya bahawa rombongan berkuda keluar
di puncak gunung ini, apakah kamu mempercayaiku? Mereka menjawab, ‘Kami tidak
pernah mengetahui engkau pernah bohong.’ Beliau bersabda:
فَإِنِّي نَذِيرٌ لَكُمْ بَيْنَ
يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ”
“Sesungguhnya memberikan peringatan kepadamu di hadapan
azab/siksa yang amat keras."
Maka
pamannya Abu Lahab berkata, “Celakalah engkau, apakah engkau mengumpulkan kami
hanya kerana ini?” Kemudian ia berdiri, lalu turunlah firman Allah swt:
"Celakalah kedua belah tangan Abu Lahab dan celakalah dia." (al-Lahab: 1).
(Muttafaqun
‘alaih).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan