Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 31 Ogos 2012

H 65 Mencari Pertemuan Dengan Rasulullah Yang Mulia 26

Majlis ke Dua Puluh Enam

Keberanian Nabi saw

Nabi saw adalah manusia paling berani. Hal itu dibuktikan saat beliau berdiri sendirian menghadapi kekafiran. Mengajak kepada tauhid dan ikhlas dalam ibadah. Maka semua orang kafir menentangnya, memeranginya dari satu busur, menyakitinya, melakukan konspirasi untuk membunuhnya, namun semua itu tidak membuatnya gentar dan tidak mengendurkan semangatnya, bahkan menambah semangatnya dalam berdakwah dan berpegang teguh dengan kebenaran yang dipegangnya. Dan beliau bersabda dengan tegas, memberikan tentangan kepada orang-orang zalim di muka bumi:

وَاللهِ لَوْ وَضَعُوا الشَّمْسَ فِي يَمِينِي وَالْقَمَرَ فِي يَسَارِي عَلَى أَنْ أَتْرُكَ هَذَا الْأَمْرَ مَا تَرَكْتُهُ, حَتَّى يُظْهِرَهُ اللهُ، أَوْ أَهْلِكَ دُونَهُ”.

Demi Allah, jikalau mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan perkara ini nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehingga Allah swt menampakkannya atau aku binasa kerananya.”

Dari Anas bin Malik ra, ia berkata, ‘Rasulullah saw adalah manusia terbaik, manusia paling pemurah, manusia paling berani. Dan pada satu malam, orang-orang merasa terkejut kerana mendengar suara keras. Maka orang-orang menuju arah datangnya suara. Tetapi Rasulullah saw ditemui menuju pulang dan nabi saw telah mendahului mereka ke arah datangnya suara. Beliau saw berada di atas kuda Abu Thalhah dan di lehernya ada pedang, dan beliau saw bersabda:

‘Jangan takut, jangan takut.’

An-Nawawi rahimahullah berkata: ‘Padanya ada beberapa faedah: di antaranya, keberanian Nabi saw kerana segeranya keluar menuju musuh dan mendahului semua orang, di mana beliau mencari berita dan kembali sebelum sampainya manusia.

Dari Jabir ra, ia berkata, ‘Di perang Khandak (parit) kami sedang menggali, tiba-tiba ada batu besar yang sangat keras. Mereka datang kepada Nabi saaw seraya berkata, ‘Ini ada batu besar yang menghalangi di parit.’ Nabi saw bersabda: ‘Aku turun.’ Kemudian ia berdiri, sedangkan perutnya diikat dengan batu, dan kami sudah tiga hari tidak merasakan makanan. Maka Rasulullah saw mengambil pacul/cangkul, memukul di batu besar, maka ia hancul berkeping-keping.
(HR. al-Bukhari).

Maksudnya, batu besar yang para sahabat tidak mampu memecahkannya ini, berubah menjadi kerikil kecil yang berhamburan kerana kerasnya pukulan Nabi saw, dan ini menunjukkan kekuatan Nabi saw.
Sungguh Nabi saw memiliki keberanian, keteguhan, ketegaran menghadapi huru hara terberat. Di tempat tertinggi yang tidak ada seorangpun yang menyerupainya, dan tidak mengetahui kadar ketinggiannya kecuali Yang memberikan kemampuan itu kepadanya.
Kerana inilah, Nabi saw terlibat langsung dalam beberapa peperangan di setiap kehidupan jihadnya. Dan tidak pernah sekalipun bahawa beliau saw ingin mundur dari tempat itu barang sejengkalpun. Posisi yang membuat beliau saw selalu menjadi pusat perhatian di antara para sahabatnya. Pemimpin yang ditaati, yang kecil dan besar segera mengikuti isyaratnya. Bukan kerana beliau seorang utusan Allah swt, bahkan tatkala mereka melihat keberanian beliau saw dibandingkan diri mereka, tidak ada apa-apanya. Padahal di antara mereka ada para pahlawan yang keberanian mereka dijadikan perumpamaan.

Dalam hal ini, Ali bin Abu Thalib ra berkata: ‘Adalah kami, apabila peperangan telah berkecamuk dan kaum bertemu kaum, kami berlindung dengan Rasulullah saw, maka tidak ada seorangpun dari kami yang lebih dekat kepada musuh dari pada beliau.’
(HR. Ahmad dan an-Nasa`i).

Ali ra juga berkata: ‘Sungguh kami melihat diri kami di perang Badar dan kami berlindung dengan Nabi saw, sedangkan beliau saw adalah yang paling dekat kepada musuh di antara kami. Beliau saw adalah manusia paling kuat.’
(HR. Ahmad).

Dan dalam perang Uhud, Ubay bin Khalaf maju di atas kudanya ingin membunuh Rasulullah saw dan berkata, ‘Wahai Muhammad, aku tidak selamat jika engkau selamat.’ Orang-orang berkata, ‘Ya Rasulullah, bolehlah salah seorang dari kami menyerang dia?’ Rasulullah saw bersabda, ‘Biarkanlah dia.’ Maka tatkala ia sudah dekat, Rasulullah saw mengambil bayonet/pedang dari al-Harits bin ash-Shammah. Ia tergoncang dengannya, para sahabat berhamburan. Kemudian Rasulullah saw menghadapinya, lalu menusuknya di lehernya satu tusukan yang membuatnya terguling dari kudanya. Lalu ia kembali kepada kaum Quraisy seraya berkata, ‘Muhammad telah membunuhku,’ dan mereka berkata, ‘Tidak apa-apa.’ Ia berkata, ‘Jikalau ia dengan semua manusia, nescaya ia membunuh mereka. Bukankah ia telah berkata, ‘Aku akan membunuhmu, demi Allah, jikalau ia meludahiku nescaya ia akan membunuhku.’ Ia meninggal di jalan ke pulangannya.’

Dan dalam perang Hunain, kaum muslimin berlarian ketika disergap oleh kaum Hawazin dengan panah dan Nabi saw tetap teguh menghadapi musuh sambil bersabda:

أَنَـا النَّبِيُّ لَا كَـذِبْ             أَنَــا ابْـنُ عَبْـدِ المطَّلِبْ

Aku adalah nabi yang tidak bohong
Aku adalah keturunan Abdul Muthalib


Ya Allah, berilah rahmat dan kesejahteraan kepada nabi kami, kekasih kami Muhammad saw, kumpulkanlah kami dengannya di negeri kemuliaannya, berilah kami minuman dari tangannya yang mulia, minuman yang enak, tidak pernah haus lagi untuk selamanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan