Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 29 Ogos 2012

H 46 Mencari Pertemuan Dengan Rasulullah Yang Mulia 7

Majlis ketujuh

Kejujuran dan amanahnya

NABI MUHAMMAD SAW terkenal sejak sebelum diutus menjadi nabi di kalangan kaumnya dengan sifat jujur dan amanah. Beliau dikenal di antara mereka dengan gelar al-Amin, iaitu gelar yang tidak dimiliki kecuali orang kepada orang yang telah mencapai puncak dalam kejujuran dan amanah, serta selain keduanya dari perkara-perkara kebaikan.

Musuh-musuhnya bersaksi untuk beliau dengan sifat itu. Abu Jahal yang sangat membenci dan mendustakannya mengetahui bahawa beliau adalah seorang yang jujur. Kerana itulah, ketika seorang lelaki bertanya kepadanya, ‘Apakah Muhammad itu benar atau bohong? Ia menjawab, ‘Celakalah engkau, demi Allah, sesungguhnya Muhammad itu seorang yang jujur. Muhammad tidak pernah berdusta.

Seperti ini pula Abu Sufyan, – pada waktu itu ia belum masuk Islam dan termasuk oarng yang sangat memusuhi NABI MUHAMMAD SAW, ketika Heraklius bertanya kepadanya, ‘Apakah kamu menuduhnya berbohong sebelum dia mengatakan hal ini (risalah)? Maka Abu Sufyan menjawab: tidak. Heraklius berkata, ‘Dan aku telah bertanya kepadamu, apakah kamu pernah menuduhnya berbohong sebelum dia membawa risalah ini? Maka engkau menyebutkan bahawa tidak pernah. Maka aku sudah mengenal bahawa ia tidak pernah berbohong terhadap manusia dan berdusta terhadap ALLAH SWT.

Inilah Khadijah radhiyallahu ‘anha, ketika NABI MUHAMMAD SAW datang kepadanya sambil gementar dan berkata, Selimutilah aku, selimutilah aku.’ Dan hal itu setelah turunnya wahyu di gua Hira. Ia berkata kepadanya, ‘Bergembiralah, sekali-kali tidak. Demi Allah, ALLAH SWT tidak akan pernah menghinakan engkau, sesungguhnya engkau menyambung tali silaturrahim, jujur dalam ucapan …’ 
(Muttafaqun ‘alaih).

Dan daripada Ibnu Abbas ra, ia berkata, ‘Tatkala turun ayat :

وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ اْلأَقْرَبِينَ

“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.”
(Surah Asy-Su’ara : ayat 214)

Rasulullah saw keluar hingga menaiki Bukit Shafa, lalu berseru: ‘Wahai orang-orang yang ada di pagi hari.’ Mereka bertanya-tanya, ‘Siapakah ini?’ Maka mereka berkumpul kepadanya. Lalu beliau bersabda, ‘Bagaimana pendapatmu jika aku mengabarkan bahawa pasukan berkuda yang ada di lembah ingin menyerang kalian, apakah kalian membenarkan beritaku?’ Mereka semua menjawab, ‘Benar, kami tidak pernah mencuba atasmu kecuali kebenaran.; Beliau berkata,


فَإِنِّي نَذِيْرٌ لَكُمْ بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيْدٍ

Maka sesungguhnya aku memberikan peringatan kepadamu di hadapan siksaan yang keras.”   
(Muttafaqun ‘alaih).

Sesungguhnya kejujuran NABI MUHAMMAD SAW dan sifat amanahnya membuat kaum musyrikin  membuat-buat dalam menuduhnya. Terkadang mereka berkata, ‘Dia adalah penyihir lagi pendusta. Kadangkala mereka berkata : Dia seorang penyair.  Terkadang mereka berkata: Dia seorang dukun.  Dan di saat lain mereka berkata : Dia seorang yang gila. Dan mereka saling mencela  dalam hal itu, kerana mereka mengetahui  bebasnya NABI MUHAMMAD SAW dari semua sifat dan gelar yang tercela.

Inilah an-Nadhr bin al-Harits yang sangat menyakiti NABI MUHAMMAD SAW, ia berkata kepada kaum Quraisy: Wahai sekalian kaum Quraisy, sesungguhnya –demi Allah- telah terjadi padamu satu perkara yang kaum belum pernah mengalaminya sebelumnya. Sungguh Muhammad merupakan seorang pemuda yang paling kamu senangi dari sisi akal, paling jujur dalam ucapan, paling agung dalam memegang amanah. Sehingga apabila kamu melihat janggut pada dua pelipisnya dan ia datang kepadamu dengan sesuatu yang dibawanya, kamu mengatakan dia seorang penyihir. Tidak, demi Allah, dia bukanlah seorang penyihir. Kamu mengatakan dia seorang dukun, tidak –demi Allah- dia bukanlah seorang dukun. Dan kamu mengatakan dia seorang penyair, dia seorang yang gila. Kemudian ia mengatakan, ‘Wahai sekalian kaum Quraisy, perhatikanlah pada perkaramu. Maka sesungguhnya –demi Allah- telah turun satu perkara besar.

Adapun sifat amanah NABI MUHAMMAD SAW, maka ia merupakan penyebab keinginan Khadijah radhiyallhu ‘anha agar ia menjadi isteri NABI MUHAMMAD SAW, di mana beliau membawa perdagangannya ke negeri Syam, dan ia telah mengetahui dari budaknya yang bernama Maisarah sesuatu yang membuatnya kagum dari sifat amanah dan kemuliaan akhlaknya.
Dan di antara sifat amanahnya bahawa orang-orang kafir Quraisy –padahal mereka tidak beriman dan mendustakan beliau- mereka menitipkan harta mereka di sisinya dan memberikan amanah atasnya. Dan ketika ALLAH SWT mengizinkan beliau hijrah ke Madinah, beliau menitipkan kepada Ali ra untuk menyerahkan semua amanah kepada para pemiliknya.

Sesungguhnya amanah terbesar yang dipikul oleh NABI MUHAMMAD SAW dan disampaikan dengan sebaik-baiknya adalah amanah wahyu dan risalah yang ALLAH SWT memberikan tugas kepadanya untuk menyampaikannya kepada manusia. Maka NABI MUHAMMAD SAW menyampaikan risalah dengan sempurna dan menunaikan amanah dengan sebaik-baiknya, berjihad melawan musuh-musuh ALLAH SWT dengan hujjah dan penjelasan, pedang dan panah. Maka ALLAH SWT memberikan kemenangan kepadanya dan menerangi dada orang-orang beriman dengan dakwahnya, maka mereka beriman kepadanya, membenarkannya, menolong dan membantunya. Sehingga tinggilah kalimah tauhid, tersebarlah Islam di Timur dan Barat. Maka tidak ada rumah di perkotaan dan pedesaan kecuali ALLAH SWT telah memasukkan agama ini ke dalamnya. Semua rahmat dan kesejahteraan ALLAH SWT selalu tercurah kepada yang jujur lagi dipercaya, yang telah berjihad kerana ALLAH SWT  dengan sebenar-benarnya hingga kematian datang menjemputnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan