Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 1 September 2012

H 83 Inilah Cahaya Ilahi

Siapa Ingin Cahaya Yang Sempurna…?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Selawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada Nabi dan Rasul yang paling mulia, junjungan kita Muhammad saw, keluarga dan para sahabatnya, amma ba’du :

Sesungguhnya Allah jalla wa ‘ala telah memilih keturunan Ismail dari anak Adam, memilih Kinanah dari keturunan Ismail, memilih Suku Quraisy dari keturunan Kinanah, memilih Bani Hasyim dari suku Quraisy dan memilih Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi Wasallam dari Bani Hasyim untuk menjadi manusia terbaik dan tersuci, penutup para Nabi dan Rasul serta penghulu untuk orang-orang terdahulu dan orang yang datang kemudian.

Allah swt juga memilih Jibril ‘alaihissalam sebagai ruhul amin, penyampai wahyu dari Allah swt Tuhan alam semesta. Allah swt berfirman :

 “Allah memilih utusan-utusan-(Nya) dari malaikat dan dari manusia; Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Melihat “.
(QS. Alhajj : 75)

Allah swt telah memilih Islam sebagai agama yang diredai-Nya, Dia tidak akan menerima agama seseorang selain agama Islam. Allah swt berfirman :

Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. 
( QS. Ali Imran: 19)

Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
( QS. Ali Imran: 85)

Allah swt memilih Al-Quran sebagai kitab yang paling utama dan paling lengkap, juga menjadi penguji untuk kitab-kitab yang ada, Allah swt berfirman :

“Dan kami Telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan penguji terhadap kitab-kitab yang lain itu”.
( QS. Al-Maidah: 48 )

Demikianlah, Allah swt memilih apa yang Ia kehendaki dari apa saja yang Dia ingini sesuai dengan hikmah yang Dia ketahui.
Adapun dalam Islam sendiri, maka Allah swt telah mengutamakan Solat dibandingkan ibadah-ibadah lainnya selain tauhid. Allah memilihnya ( solat ) sebagai pemisah antara keimanan dan kekafiran. Sebagaimana Sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam:

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر . رواه الترمذي وغيره.

 “Perjanjian/pembatas antara kita dan mereka ( orang kafir ) adalah solat, maka siapa saja yang meninggalkannya bererti dia telah kafir”.
(HR. Tirmizi dan lainnya).
بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة . رواه مسلم

(Batas) antara seseorang dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat”. 
(HR. Muslim).

Makanya cara penyampaian kewajipan solatpun berbeza dengan ibadah-ibadah lainnya, Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam dimikrajkan ke langit dan disampaikan kewajipan solat tersebut tanpa ada perantara, supaya umat ini tahu betapa pentingnya solat dan mereka boleh menghargainya sesuai dengan porsinya.

Terlebih lagi solat subuh yang diistimewakan dengan keutamaan dan pahala serta ganjaran yang berlipat ganda.
Solat subuh merupakan penguji keimanan, tanda penyerahan diri dan ketundukan (kepada Allah swt). Dia boleh membezakan antara seorang mukmin dengan seorang munafik. Ibnu Umar – radiyallahu ‘anhu – pernah berkata :

كنا إذا فقدنا الرجل في الفجر والعشاء أسأنا الظن به . رواه الطبراني وابن خزيمة .

Kalau kami tidak melihat seseorang melaksanakan solat Subuh dan Isyak maka timbul su’uzhan ( prasangka buruk ) dalam diri kami”.
(HR. Thabrani dan Ibnu Khuzaimah).

Allah Subhanahu wata’ala menjanjikan pahala yang sangat besar bagi orang yang selalu menjaga solat subuhnya melebih pahala yang lainnya. Orang yang solat subuh dikelilingi oleh berbagai macam keutamaan, banyak kegembiraan yang boleh diperolehnya.

Semenjak dia keluar dari rumahnya untuk melaksanakan solat, maka berbagai macam berita gembira sudah menantinya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

بشّر المشائين في الظلم إلى المساجد بالنور التام يوم القيامة. ( رواه أبو داود والترمذي وصححه الألباني )

 Berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang mau menempuh kegelapan malam menuju masjid dengan cahaya yang sempurna di hari kiamat nanti”.
( HR. Abu Daud, Tirmizi dan dishahihkan oleh Al-Bani ).
Ketika dia melaksanakan solat sunat Fajar ( sunat subuh ) maka dia mendapatkan kebaikan yang melebihi dunia dan isinya. Sebagimana diriwayatkan oleh ‘Aisyah –radiyallahu ‘anha – beliau berkata : Rasulullah – Shalallahu ‘alaihi Wassalam – bersabda:
ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها . ( رواه مسلم ).

Solat ( sunnah ) dua rakaat sebelum Subuh lebih baik dari pada dunia dan isinya”.
(HR. Muslim).

Ketika dia duduk menunggu solat ( subuh ) maka dia bererti dalam solat selama duduknya kerana menunggu solat.

ومن جلس ينتظر الصلاة صلّت عليه الملائكة، وصلاتهم اللهم اغفر له اللهم ارحمه . ( رواه أحمد)

Dan siapa saja yang duduk menunggu solat, maka malaikat akan solat untuknya, dan solat mereka adalah ( dengan mengucapkan ) : Ya Allah, ampunilah dia, Ya Allah, Kasihanilah dia”.
( HR. Ahmad ).

Ketika Iqamat sudah dikumandangkan dan dia segera ikut melaksanakan solat yang di dalamnya terdapat kemenangan dan pahala. Alangkah besarnya keutamaan ( solat subuh tersebut ) dan berita gembira yang sangat banyak. Dia sekarang sedang berdiri di hadapan Allah swt, disaksikan oleh para malaikat, sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wata’ala :

Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
( QS. Al-Isra’ : 78 )

Berkata Abu Hurairah – radiyallahu ‘anhu -, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam bersabda :

تجتمع ملائكة الليل وملائكة النهار في صلاة الفجر , قال أبو هريرة: اقرؤوا إن شئتم ( ﭷ   ﭸ  ﭹ    ﭺ        ﭻ  ) . متفق عليه

Malaikat malam dan malaikat siang berkumpul ketika solat subuh, Abu Hurairah kemudian berkata : Silakan kalian baca ( firman Allah ) : Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat) ”.
( Muttafaqun ‘alaihi )

Dan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam bersabda :

لن يلج النار أحد صلّى قبل طلوع الشمس وقبل غروبها . رواه مسلم .

Tidak akan masuk ke dalam neraka orang yang melaksanakan solat sebelum matahari terbit dan sebelum matahari itu tenggelam ”.
( HR. Muslim ),
maksudnya solat subuh dan solat asar.

Dari Abu Musa Al-Asy’ari – radiyallahu ‘anhu - bahwasanya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam bersabda :

من صلّى البردين دخل الجنة . متفق عليه .

Siapa saja yang melaksanakan solat ketika dua waktu dingin maka dia akan masuk syurga ”.
( Muttafaqun ‘alaihi ).

Dua dingin maksudnya adalah solat subuh dan solat asar.
Orang yang menjaga solat Subuh dan Solat Asar diharapkan akan melihat Allah ‘Azza wa jalla di akhirat nanti, sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir – radiyallahu ‘anhu – dia berkata : Suatu ketika kami duduk bersama Rasulullah – Shalallahu ‘alaihi Wasallam -, di malam bulan purnama, Rasul melihat bulan dan bersabda :

أما إنكم سترون ربكم كما ترون هذا القمر، لا تضامون في رؤيته، فإن استطعتم ألا تغلبوا على صلاة قبل طلوع الشمس وقبل غروبها .متفق عليه .

Kalian pasti akan melihat Tuhan kalian seperti kalian melihat bulan (purnama ini), tidak ada yang menghalangi kalian melihat-Nya. Kalau kalian boleh tidak meninggalkan Solat sebelum matahari terbit dan sebelum matahari itu terbenam”.
( Muttafaqun ‘alaihi ).

Maksudnya solat Subuh dan Asar.
Hafizh Ibnu Hajar mengatakan : Para ulama mengatakan, hubungan antara penyebutan kedua solat ini dengan melihat Allah swt adalah  kerana solat merupakan ibadah yang paling afdhal, sementara kedua solat ini ( subuh dan ashar ) mempunyai keutamaan yang lebih dibanding yang lainnya seperti berkumpulnya para malaikat di kedua solat tersebut, amalan diangkat (ke langit) dan sebagainya, jadi keduanya merupakan solat yang paling utama, maka wajar kalau seandainya orang yang mau menjaga kedua solat tersebut mendapatkan hadiah yang sangat mulia iaitu kesempatan untuk melihat Allah Subhanahu Wata’ala.
Dari Ustman bin “Affan – radiyallahu ‘anhu – dia berkata : saya mendengar RasulullahShalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

من صلّى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلّى الصبح في جماعة فكأنما صلّى الليل كله . ( رواه مسلم )

Siapa yang melaksanakan solat isyak berjamaah maka seolah-olah dia melaksanakan solat separuh malam, dan siapa saja yang melaksanakan solat subuh berjamaah maka seolah-olah dia solat semalam penuh”.
( HR. Muslim )
Keutamaan yang diperolehnya tidak terputus dengan selesainya solat, tapi dia sentiasa mendapatkan pahala yang besar dan keutamaan yang mulia, dia dinaungi oleh perhatiaan dari Allah swt, para malaikat sentiasa memohon ampun untuknya. Dari ‘Ali – radiyallahu ‘anhu – dia berkata : Saya mendengar Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

من صلّى الفجر ثم جلس في مصلاه صلّت عليه الملائكة، وصلاتهم عليه اللهم اغفر له اللهم ارحمه. (رواه أحمد)

Siapa yang solat subuh kemudian dia duduk di mushallanya, maka malaikat akan solat untuknya, dan solat mereka adalah ( dengan mengucapkan ) : Ya Allah, ampunilah dia, Ya Allah, Kasihanilah dia”.
( HR. Ahmad ).

Kalau azam (tekad)nya  sudah kuat, dia boleh menguasai jiwanya sehingga dia duduk sampai terbit matahari maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah. Dari Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

من صلّى الفجر في جماعة ثم قعد يذكر الله حتى تطلع الشمس ثم صلّى ركعتين كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة . ( رواه الترمذي وصححه الألباني )

Siapa yang solat subuh berjamaah kemudian dia duduk zikir (mengingat) Allah sampai terbit matahari kemudian dia solat dua rakaat (dhuha) maka dia mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah secara sempurna…. sempurna…sempurna.” 
(HR. Tirmizi, dishahihkan oleh Al-Bani ).

Berita gembira sentiasa datang kepadanya silih berganti, dan dia sentiasa dalam lindungan Allah Subhanahu Wata’ala.
Dari Jundub bin Abdullah Radiyallahu ‘anhu dia berkata : Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

من صلّى صلاة الصبح فهو في ذمة الله فلا يطلبنكم الله من ذمته بشيء فإنه من يطلبه من ذمته بشيء يدركه ثم يكبه على وجهه في نار جهنم . ( رواه مسلم )

Siapa yang melaksanakan solat subuh maka dia berada dalam tanggungan (jaminan) Allah, maka janganlah sampai Allah mengambil ( lagi ) tanggungan-Nya itu, kerana kalau Allah mengambilnya maka Dia pasti boleh, ( akibatnya ) kemudian orang tersebut akan dimasukkannya ke dalam neraka. 
( HR. Muslim ).

Allahu Akbar, anda boleh lihat sendiri betapa banyak kebaikan dan keutamaan yang didapat oleh orang yang mau memelihara solat subuhnya. Dan betapa banyak juga pahala yang besar disia-siakan oleh orang yang meninggalkan solat tersebut.
Benar… tidaklah dihalangi (diharamkan) untuk mendapatkan keutamaan ini kecuali orang yang tidak mau melaksanakannya. Dia tidak hanya kehilangan keutamaan dan pahalanya tapi lebih dari itu, orang yang lalai melaksanakan solat akan terjerumus ( tergelincir ) ke dalam mara bahaya dan akhir yang sangat menyedihkan. Dari Samurah bin Jundub Radiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah menceritakan mimpi yang beliau lihat, beliau bersabda :

إنه أتاني الليلة آتيان وإنهما قالا لي انطلق وإني انطلقت معهما، وإنا أتينا على رجل مضطجع وإذا آخر قائم عليه بصخرة، وإذا هو يهوي بالصخرة لرأسه فيثلغ رأسه فيتهدهد الحجر هاهنا فيتبع الحجر ويأخذه فلا يرجع إليه حتى يصح رأسه كما كان ثم يعود عليه يفعل به مثل ما فعل المرة الأولى، قال: قلت لهما: سبحان الله ! ما هذا ؟ قال: قالا لي انطلق، قال: فانطلقنا… ( وفي آخر الحديث قال ) قالا لي: أما الرجل الأول الذي أتيت عليه يثلغ رأسه بالحجر فإنه الرجل يأخذ القرآن فيرفضه وينام عن الصلاة المكتوبة . ( رواه البخاري )

Tadi malam saya didatangi dua orang (tamu), mereka berkata : mari ikut kami, maka sayapun mengikuti mereka, kami datang (melihat) seseorang sedang berbaring dan ada orang lain berdiri (dekatnya) memegang batu, kemudian dia memukulkan batu tersebut ke kepala (orang yang tidur tadi), kemudian batu itu menggelinding (bergulir) dan dia mengikutinya kemudian mengambilnya lagi, ketika dia kembali kepala orang tadi sudah sembuh lagi maka diapun melakukan (memukulkan batu tadi) seperti dia melakukan pertama kalinya. Kemudian Rasul berkata: Saya bertanya kepada keduanya (tamu tadi) : Subhanallah (maha suci Allah)! ada apa ini? Mereka berkata kepada saya : mari kita berangkat lagi, maka kamipun berangkat…. ( di bahagian akhir hadits Rasul menyebutkan ), mereka (berdua) berkata kepadaku: Adapun orang pertama tadi yang kepalanya dipukul dengan batu maka dia itulah orang yang mengambil al-quran kemudian dia menolaknya dan dia tidur (tidak melaksanakan) solat wajib. 
( HR. Bukhari ).

Dalam riwayat lain disebutkan :
فعل به ما رأيت إلى يوم القيامة . ( رواه أحمد )

apa yang kamu lihat itu dilakukan kepada sampai hari kiamat” .
( HR. Ahmad )

Kita berlindung kepada Allah swt dari kemurkaan dan Azab-Nya yang sangat pedih.
Disamping itu, lalai dari melaksanakan solat berjamaah termasuk tanda-tanda kemunafikan.

صلّى النبي صلى الله عليه وسلم الفجر يوماً ثم قال : أشهد فلان الصلاة؟ ، قالوا: لا، قال : وفلان ؟ ، قالوا: لا، قال : إن هاتين الصلاتين من أثقل الصلاة على المنافقين ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً . ( رواه النسائي )

“Suatu hari Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wasallam solat Subuh, kemudian beliau bertanya: Apakah si fulan ikut solat (berjamaah)? mereka (para sahabat) menjawab : tidak, kemudian Nabi bertanya lagi : dan si fulan (apakah ikut solat berjamaah)? mereka menjawab : tidak. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhanya solat yang dua rakaat ini adalah solat yang paling berat (untuk dilaksanakan) bagi orang-orang munafik, kalaulah mereka mengetahui (keutamaan dan pahala) yang ada di dalamnya pasti mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak. 
( HR. Nasa’i )

Di dalam kitab Shahihain dari Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu, dia berkata: Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

ليس صلاة أثقل على المنافقين من الفجر والعشاء ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبوا، لقد هممت أن آمر المؤذن فيقيم ثم آمر رجلاً يؤم الناس ثم آخذ شعل من نار فأحرق على من لا يخرج إلى الصلاة بعد ( وفي حديث آخر ) : والذي نفسي بيده لو يعلم أحدهم أنه يجد عرقاً سميناً أو مرماتين حسنتين لشهد العشاء . متفق عليه

Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang-orang munafik selain solat Subuh dan Isyak, kalaulah seandainya mereka mengetahui apa yang ada pada keduanya pasti mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak, sungguh saya sudah berkeinginan untuk menyuruh muazzin untuk azan kemudian iqamah dan seorang lelaki ku suruh untuk menjadi imam, kemudian aku mengambil api untuk membakar orang-orang yang tidak keluar melaksanakan solat ( dalam hadits lain disebutkan), demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, kalaulah salah seorang di antara mereka mengetahui bahawasanya mereka akan mendapatkan daging empuk yang banyak atau dua besi yang bagus pasti mereka akan datang melaksanakan solat Isyak. 
( Muttafaqun ‘alaihi )

Pernah diceritakan kepada Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wasallam tentang seorang lelaki yang tidur sampai pagi dan tidak solat, maka beliau bersabda :

ذاك رجل بال الشيطان في أذنه .متفق عليه

Lelaki itu telah dikencingi oleh syaitan di telinganya. 
( Muttafaqun ‘alaihi )

Dan lebih berbahaya dari itu adalah para ulama berpendapat bahawa orang yang tidak melaksanakan solat subuh sampai keluar waktunya secara sengaja maka dia menjadi kafir berdasarkan hadist-hadits yang ada. Terlepas dari kuat atau lemahnya pendapat ini, cukuplah rasanya bagi kita untuk ditakuti ketika kita tahu bahawa para ulama sudah berselisih tentang keislaman orang yang sengaja tidak melaksanakan solat subuh sehingga keluar waktunya.

Kita memohon kepada Allah swt semoga diberi ampunan dan keselamatan.
Saudaraku, di mana posisi kita dari orang-orang berikut ini…?

Dari Bardu maula Said bin Musayyib, dia berkata : tidaklah berkumandang azan semenjak empat puluh tahun melainkan Said sudah berada dalam masjid.
Waki’ bin al-Jarrah bercerita tentang A’masy Sulaiman bin Mahran : “dia ( A’masy ) sudah hampir tujuh puluh tahun tidak pernah ketinggalan takbir yang pertama (takbiratul ihram imam ).
Muhammad bin al-Mubarak mengatakan : Sa’in bin Abdul ‘aziz at-Tanukhi kalau ketinggalan solat berjamaah maka dia menangis.
Diriwayatkan dari Muhammad bin Khafif bahwa dia mengalami sakit pinggang, kalau sakitnya datang maka dia tidak boleh bergerak, ketika datang panggilan untuk solat maka dia digendong orang lain, tatkala dikatakan kepadanya : kenapa anda tidak mengambil keringanan untuk diri anda? Maka dia menjawab : Kalau kalian mendengarkan Hayya ‘alash shalah ( mari laksanakan solat ) dan kalian tidak melihatku berada di shaf, maka carilah aku di kuburan.

‘Amir bin Abdullah bin Zubair mendengarkan muazzin sedangkan dia sedang sakit, dia berkata : bantulah saya (untuk pergi solat berjamaah), maka dikatakan kepadanya : kamu sedang sakit. Maka dia berkata : Saya mendengar seruan kepada Allah, kenapa saya tidak menjawabnya? Maka merekapun membantunya, dan diapun solat maghrib bersama imam, dia ikut solat satu rakaat kemudian meninggal.

Saudaraku yang mulia…
Sesungguhnya orang yang mau memperhatikan kondisi manusia sekarang pasti dia akan sedih dengan berlumba-lumbanya mereka mencari dunia sementara untuk mencari redha dan syurga Allah swt mereka malas. Ketika ada panggilan Ash shalatu khairun minnan naum ( Solat lebih baik dari pada tidur ) , maka kamu tidak mendengar (merasakan) kecuali sunyi dan senyap, hampir-hampir tidak ada orang yang terlihat. Tapi beberapa jam kemudian, ketika datang kesibukan dunia, datang waktu untuk beraktiviti duniawi maka kesunyian tadi akan berubah suasana menjadi ribut yang tidak ada putusnya, kesenyapan berubah menjadi berbagai macam aktiviti yang tidak ada hentinya. Subhanallah, maha benar Allah swt ketika berfirman :
ﭽ ﭑ  ﭒ  ﭓ  ﭔ  ﭕ  ﭖ  ﭗ  ﭘ  ﭙ  ﭼ الأعلى: ١٦ – ١٧

Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal”.
(QS. Al-A’la : 16-17 )

Saudaraku yang mulia…
Sekarang kamu sudah mengetahui segalanya, dalil-dalil sudah sampai kepadamu, dan kamu sudah tahu bahawa menjaga syiar yang mulia ini adalah merupakan jalan untuk meninggikan darjat, menghapus kesalahan-kesalahan ( yang pernah dilakukan ), melalaikannya akan menjadi salah satu penyebab terjerumus ke dalam lembah kesesatan.
Memang dia perlu usaha dan pengorbanan… Maka waspadalah, jangan sampai kamu dikalahkan oleh dirimu sendiri, sehingga syaitan akan menguasaimu. Sungguh syurga itu diliputi oleh berbagai macam duri sementara neraka dihiasi dengan berbagai macam nafsu.

Intropeksilah dirimu sebelum kamu diminta pertanggung jawab, bangunlah sebelum datang penyesalan yang tidak ada gunanya lagi. Kamu akan kehilangan keluargamu, karib kerabat, tetangga dan orang-orang yang kamu cintai.

Panutanmu (Nabi) Shalallahu ‘Alaihi Wasallam melewati pintu anaknya Fatimah selama enam bulan, ketika beliau pergi untuk solat subuh, beliau berkata :

الصلاة يا أهل البيت ﭽ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً ﭼ (الأحزاب:33 ) ( رواه مسلم ) .

(Dirikanlah) solat wahai ahli bait. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu Hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”
(QS. Al-Ahzab:33) . ( HR. Muslim )

Ketahuilah bahawa istirehat yang sebenarnya itu adalah tatkala kamu meletakkan kedua kakimu di dalam kemuliaan dan kamu selamat dari siksaan dan kehinaan, bukan dengan mementingkan tidur yang sebentar ataupun kelazatan yang sekejab.
Kita berdoa kepada Allah swt semoga diberi taufik-Nya untuk mendapatkan keredhaan-Nya, dan semoga Allah swt memberikan kepada kita Al-Husna ( Syurga )dan tambahannya (melihat Allah swt di hari kiamat).

Semoga Selawat sentiasa tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarga, sahabat dan para pengikutnya.

Nota :
Maaf Para Sahabat kerana Semuanya petikan ini dalam bahasa Indonesia.
tetapi buku ini dikeluarkan di timur  tengah. boleh dikatakan semua buku yang dikeluarkan di timur tengah jika dalam bahasa Melayu pasti Melayu Indonesia… walaubagaimanapun demi mengejar ilmu belajarlah dan tuntutlah walau dalam bahasa apa sekalipun…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan