Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 28 Ogos 2012

H 41 Mencari Pertemuan Dengan Rasulullah Yang Mulia 2

Majlis kedua:

Di antara hak-hak al-Mushthafa (2)
Pembicaraan masih melanjutkan hak-hak Nabi saw terhadap umatnya:

Kelima: Menyebarkan dakwahnya:

Sesungguhnya di antara kesetiaan terhadap Rasulullah saw adalah bahawa kita melaksanakan penyebaran Islam dan menyampaikan dakwah ke segenap pelusuk bumi. Nabi saw bersabda:

بَلِّغُوْا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku, walau hanya satu ayat.’
(HR. al-Bukhari)

Dan beliau saw bersabda:
لأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجَلاً وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمُرِ النَّعَمِ

Sungguh Allah memberi petunjuk kepada seorang lelaki dengan perantaraan engkau lebih baik bagimu dari unta merah.” 
(Muttafaqun ‘alaih).

Dan mengabarkan sesungguhnya beliau: 

‘Membanggakan dengan banyaknya jumlah kamu kepada semua umat di hari kiamat.’
(HR. Ahmad dan ashhabus sunan)

Dan di antara penyebab banyaknya umat: melaksanakan dakwah kepada Allah swt dan masuknya manusia ke dalam agama Islam. Dan Allah swt menjelaskan bahawa dakwah kepadaNya adalah tugas para rasul dan para pengikutnya, firmanNya:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاوَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللهِ وَمَآأَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah: “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.”
(QS. Yusuf:108)

Maka umat harus berpegang kepada tugas Rasulullah saw yang Allah swt bebankan kepada beliau, iaitu berdakwah, menyampaikan, menyuruh berbuat makruf dan melarang dari perbuatan mungkar. Sebagaimana firman Allah swt:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللهِ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.
(QS. Ali Imran :110)

Keenam: membesarkannya nabi saw, hidup dan mati:

Ini juga termasuk hak Nabi saw yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia, firman Allah swt:

إِنَّآأَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا . لِّتُوْمِنُوا بِاللهِ وَرَسُولِهِ وَتُعَزِّرُوهُ وَتُوَقِّرُوهُ وَتُسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً .

Sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, * supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan RasulNya, menguatkan (agama)Nya, membesarkanNya, Dan bertasbih kepadaNya di waktu pagi dan petang.
(QS. al-Fath :8-9)

Ibnu as-Sa’di berkata: ‘Menguatkan rasul dan membesarkannya: maksudnya: mengagungkan dan melaksanakan hak-haknya.
Para sahabat Nabi saw telah membesarkannya dan menghormatinya sebagaimana mestinya. Sungguh apabila beliau berbicara, mereka menundukkan kepalanya, sehingga seolah-olah di atas kepala mereka adalah burung. Dan tatkala turun firman Allah swt:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَتَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلاَتَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَالَكُمْ وَأَنتُمْ لاَتَشْعُرُونَ .

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata padanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari.
(QS. al-Hujuraat:2)

Abu Bakar ra berkata: ‘Demi Allah, aku tidak berbicara kepadamu sesudahnya kecuali seperti saudara (yang sedang berbicara rahsia).

Adapun membesarkannya setelah wafatnya, maka dengan cara mengikuti sunnahnya, membesarkan perintahnya, menerima hukumnya, beradab bersama ucapannya, dan tidak menyalahi haditsnya kerana suatu pendapat atau mazhab. Imam asy-Syafi’I rahimahullah berkata: semua kaum muslimin ijmak (konsensus) bahawa barangsiapa yang sudah jelas baginya sunnah Rasulullah saw, tidak boleh baginya meninggalkannya kerana ucapan seseorang.’

Ketujuh: mengucap selawat kepadanya setiap saat namanya disebut:

Allah swt memerintahkan kepada orang-orang beriman agar selalu mengucap selawat kepadanya, firman-Nya :

إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَآأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
 (QS. al-Ahzab:56)

Dan Nabi saw bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Sangat aib seorang lelaki yang aku disebutkan di sisinya, lalu ia tidak mengucapkan selawat kepadaku.”
(HR. Muslim)

Dan beliau saw bersabda:

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلاَةً

Sesungguhnya manusia paling utama terhadapku di hari kiamat adalah yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.
(HR. at-Tirmidzi dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani).

Dan beliau saw juga bersabda:
البَخِيْلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيّ

Orang yang kikir adalah yang disebutkan namaku di sisinya dan ia tidak mengucapkan selawat kepadaku.”
(HR. Ahmad dan at-Tirmidzi dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

Maka termasuk bentuk pengabaian terhadap Rasulullah saw iaitu bila seorang muslim mendengar sebutan nama Rasulullah saw, kemudian ia enggan untuk mengucapkan selawat kepada beliau. Imam Ibnu al-Qayyim rahimahullah banyak menyebutkan faedah membaca selawat kepada Nabi saw dalam kitabnya ‘Jala`ul afhaam fi ash-Shalati was salami ‘ala khairil anaam‘, maka tela`ahlah.

Kelapan: bersikap wala’ (loyal) kepada wali-walinya dan membenci musuh-musuhnya:

Firman Allah swt:

لاَّتَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلأَخَرِ يُوَآدُّونَ مَنْ حَآدَّ اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا ءَابَآءَهُمْ أَوْ أَبْنَآءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُوْلاَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ اْلإِيمَانَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ

Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dengan pertolongan yang datang daripadaNya.
(QS. al-Mujadilah :22)

Termasuk sikap loyal kepadanya adalah loyal kepada para sahabatnya dan mencintai mereka, berbakti, mengenal hak-haknya, memuji, mengikuti, dan memintakan ampunan untuk mereka, menahan diri terhadap peristiwa yang terjadi di antara mereka, memusuhi orang yang memusuhi atau mencela mereka, atau mencaci salah seorang dari mereka. Demikian pula mencintai keluarganya, bersikap loyal kepada mereka, membela mereka, dan tidak ghuluw (tidak berlebihan) terhadap mereka.
Dan termasuk hal itu adalah mencintai para ulama ahlus sunnah, loyal kepada mereka, tidak merendahkan mereka dan meninggalkan membicarakan kehormatan mereka.

Dan termasuk sifat loyal kepada Nabi saw adalah memusuhi musuh-musuhnya dari kalangan orang-orang kafir dan munafik serta selain mereka dari golongan ahli bidaah dan sesat.

Seorang lelaki dari pengikut hawa nafsu berkata kepada Ayyub as-Shakhtiyani: ‘Bolehkah aku bertanya kepadamu tentang satu kalimat? Maka Ayyub rahimahullah berpaling sambil memberi isyarat dengan jemarinya: ‘Tidak akan, walaupun hanya setengah kalimat,’ kerana membesarkan sunnah Nabi saw dan memusuhi musuh-musuhnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan